BAB 12

4.4K 420 38
                                    

AQILAH hanya merenung Siti Safea yang sedang sibuk menyiapkan kerja sekolahnya. Pada mulanya, Siti Safea hanya membiarkan sahaja. Lama-kelamaan renungan Aqilah itu semakin mengganggu konsentrasinya dalam menyiapkan tugasan. Dia berasa tidak selesa pula apabila Aqilah merenungnya seperti hendak telan sahaja.

"Kau kenapa tengok aku macam tu? Aku ada buat salah apa-apa ke?" tanya Siti Safea pelik. Tidak pernah pula Aqilah berkelakuan begini.

Aqilah hanya tersengih. Sebenarnya pelbagai persoalan yang timbul untuk ditanyakan kepada Siti Safea mengenai Haziq Arfan. Dia sangat pelik apabila Siti Safea masih lagi suka dan cinta kepada Haziq Arfan walaupun lelaki bermulut lancang itu suka menghina kekurangan diri sahabat baiknya.

Apa istimewanya Haziq Arfan sampaikan Siti Safea masih lagi menyukai lelaki itu? Takkanlah disebabkan mukanya yang tampan sampaikan gadis itu sanggup mengadah kata-kata hinaan dari Haziq.

"Aku… nak tanya kau tapi kau kena jujur dengan aku."

Siti Safea terus memberhentikan kerjanya. Matanya tunak memandang Aqilah yang kelihatan serius sahaja. Nampaknya macam ada hal yang sangat serius untuk diperbincangkan sahaja.

"A… apa?" tanya Siti Safea yang sedikit tergagap.

Aqilah mengeluh perlahan. Dia serba salah untuk menanyakan soalan itu. Tapi kalau dia tidak tanya sekarang, peluang ini akan hilang begitu sahaja. Rasa ingin tahunya semakin membuak-buak.

"Kenapa kau suka sangat kat Haziq tu? Dia banyak hina kau… ejek kau. Tapi kau tetap suka kat dia tu. Kenapa?"

Siti Safea hanya tersenyum kecil. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Sempat lagi dia melihat sekeliling perpustakaan sekolah itu. Masih ada beberapa orang yang membaca buku. Ada yang sedang mengulangkaji pelajaran.

Siti Safea memandang semula ke arah Aqilah. Aqilah masih lagi menunggu jawapan. Ya… memang ada sebab kenapa dia begitu tertarik dengan Haziq Arfan. Bukan semata-mata disebabkan rupa paras semata-mata.

Disebabkan satu peristiwa yang telah terjadi pada tahun lepas membuatkan hatinya sangat tertarik dengan Haziq. Walaupun dari segi luaran, Haziq sangat sombong dan mulutnya sangat lancang tetapi dia tahu Haziq mempunyai hati yang baik. Peristiwa yang terjadi pada tahun lepas telah menjadi bukti segala-galanya.

"Aku suka kat dia bukan sebab dia handsome, Qilah. Aku tak pandang semua tu. Dia orang yang baik. Ada sebab kenapa aku tetap sukakan dia," ujar Siti Safea dengan perlahan.

"Dia ejek kau, Saf. Dia hina kau. Dia benci kau. Takkan kau tak sedar lagi? Apa yang baik dia tu kalau selalu ejek dan sakitkan hati kau, Safea. Berhenti buat kerja sia-sia. Berhenti hantar coklat yang kau selalu bagi kat dia. Tolonglah…"

Nada suara Aqilah sudah seperti merayu sahaja. Ya… dia tidak sanggup melihat kawannya sendiri makan hati dan sedih dengan hinaan-hinaan yang dilemparkan oleh Haziq Arfan. Dia akui Siti Safea memang seorang gadis yang mempunyai kesabaran yang tinggi. Masih lagi boleh tersenyum apabila ada orang yang cuba mengejek wajahnya itu.

"Dia pernah selamatkan aku."

Aqilah membulatkan matanya. Kenyataan yang dikatakan oleh Siti Safea memang sangat mengejutkan.

"Aku tak faham. Haziq pernah selamatkan kau?" tanya Aqilah semula dengam riak muka tidak percaya. Siti Safea hanya mengangguk perlahan-lahan.

Hilang moodnya untuk menyiapkan tugasan. Rasanya sudah tiba masanya, dia menceritakan tentang peristiwa tersebut pada Aqilah supaya kawannya itu tidak buruk sangka lagi terhadap Haziq.














SITI SAFEA berjalan perlahan-lahan untuk pulang ke rumahnya. Bungkusan makanan dipegang dengan kemas. Bau enak yang semerbak itu membuatkan perut Siti Safea semakin berkeroncong. Puan Halimah yang menyuruh Siti Safea membeli nasi ayam penyet di gerai yang berdekatan rumahnya.

Tiba-tiba, Siti Safea ternampak ada dua ekor anjing liar yang sedang memandang tajam ke arahnya. Terus sahaja langkah Siti Safea terhenti. Dua anjing itu menunjukkan gigi taringnya dan membuatkan Siti Safea semakin gerun.

Siti Safea cuba untuk menenangkan diri. Pada waktu sekarang ini, dia tahu dirinya bukan berada di dalam keadaan yang selamat lagi. Siti Safea cuba untuk melangkah ke belakang dengan perlahan-lahan. Tapi dua ekor anjing itu pula semakin menghampirinya.

Dia terus berpaling ke belakang lalu dia terus membuka langkah seribu. Kaki dihayunkan dengan sangat pantas tapi dua ekor anjing itu semakin menghampirinya. Dia takut dua anjing itu akan menggigit kakinya.

Entah bagaimana tiba-tiba sahaja dia tersilap langkah. Kaki Siti Safea termasuk ke dalam longkang dan menyebabkan dia hilang keseimbangan dan dirinya sekali terjerobos masuk ke dalam longkang itu.

Bungkusan makanan yang telah dibeli sudah tercampak entah ke mana. Siti Safea meringis kesakitan. Bahagian siku dan lututnya terasa pedih. Dia melihat bahagian lutut seluarnya sudah koyak dan ada sedikit darah.

Kepalanya menjengul sedikit untuk melihat dua ekor anjing tersebut. Ternyata anjing-anjing itu sedang menggongong bungkusan makanan yang dibelinya tadi.

Siti Safea mengeluh perlahan. Kenapalah nasib dia tidak baik hari ini? Sekarang ini dia tidak tahu mahu meminta tolong kepada siapa kerana tiada orang yang lalu berhampiran dengan longkang tersebut. Sudahlah langit semakin gelap. Mesti ibunya sudah risau.

"Kau okey ke ni?" tanya seseorang.

Siti Safea melihat ada seorang lelaki yang memakai hoodie sedang melihat dirinya dengan riak wajah yang penuh kerisauan. Siti Safia terpempan. Dia kenal dengan lelaki itu. Salah seorang seniornya yang popular di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bergawan. Haziq Arfan!

"Kau boleh bangun ke ni?" tanya Haziq lagi.

"Boleh… tapi kaki saya sakit."

Haziq mengangguk perlahan lalu dia menyuakan tangannya. Tanpa sebarang kata, Siti Safea memegang lengan Haziq dengan kejap dan akhirnya Siti Safea berjaya keluar dari longkang besar tersebut. Habis baju dan tudungnya sudah kotor.

"Siku dengan lutut kau tu luka. Aku bawak kau pergi klinik. Kau tunggu kejap. Aku nak call Grab."

Siti Safea hanya mengangguk sahaja. Dari tadi sebenarnya hati dia sudah berdebar-debar. Haziq Arfan menoleh sekilas ke arah Siti Safea ralit memandangnya lalu dia memberikan senyuman.

Siti Safea terkedu. Dia tidak tahu hendak memberikan reaksi yang bagaimana. Dia tidak pernah merasakan perasaan seperti ini untuk seorang lelaki.
















"LEPAS dah checkup semua, dia temankan aku kat klinik tu sampai mak aku datang. Dia baik, Aqilah. Aku dah banyak kali suruh dia balik tapi dia nak jugak temankan aku."

"Sejak dia tolong kau tu… kau suka kat dia? Macam tu?" tanya Aqilah.

Siti Safea mengangguk perlahan-lahan seraya berkata, "Aku dah banyak kali tepis perasaan tu. Aku tahu tahap aku kat mana. Tapi, entahlah… perasaan tu makin kuat pulak."

Aqilah mengeluh buat kesekian kalinya. Nampak sangat Siti Safea terhutang budi pada Haziq Arfan tapi tidaklah sampai maruah dirinya dipijak dan diejek. Itu memang sudah melampau.

"Tapi dia dah melampau! Kau tak faham lagi ke?"

Siti Safea hanya tersenyum. Mungkin semua orang mengatakan dirinya bodoh kerana sukakan lelaki yang terang-terangan menghina dan mengejek rupa parasnya. Dia tahu Haziq Arfan pasti akan berubah suatu hari nanti.

"Aku tak ada sebab nak benci dia. Kau jangan risau pasal aku. Aku dah biasa kena ejek macam tu."

Siti Safea menyambung semula kerja yang tergendala tadi. Aqilah hanya memandang kesal. Walaupun Siti Safea seorang yang lurus tapi dia tetap akan pendiriannya. Dia tidak tahu cara apa lagi menasihati kawan baiknya itu.



































ShaDhia

Bersambung…



Darlingku Mr Bad CrushWhere stories live. Discover now