Part 25 • Salah Faham

37 9 8
                                    

Seminggu berlalu dan hanya dalam satu minggu itu macam macam telah terjadi, dari hari ke hari yang Nairah lalui hanya dipenuhi dengan senyuman gelak dan tawa mereka sekawan, siapa lagi kalau bukan Lisa, Haziq, Fikri, Naydien, Alif, Airis dan Eliza. Dan pelbagai kenangan semasa zaman sekolah juga telah Nairah ingat... Cikgu Swathi yang digeruni oleh pelajar, Fikri dan Haziq yang selalu buat kacau, Mr Merah Delima yang digilai ramai dan macam macam lagii..!!!

Tetapi untuk hari ini, Nairah hanya menghabiskan masanya dengan membaca novel di rumah. Hari ini semua busy, Naydien pula outstation di negara orang. Nairah pula sentiasa free.! Big boss kan hehe..

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

"Heisy, bakal bini siapa la ni... Pemalas.! Kerja dia asyik baca novel jeeeee." Tegur seorang lelaki dari arah belakang, berhampiran dengan pintu dapur. Nairah yang sedang khusyuk membaca novel sambil makan buah delima di dapur agak terkejut dengan teguran oleh lelaki itu. Dia tidak terus menoleh ke arah lelaki tersebut kerana sebok mencari sesuatu untuk menutup kepalanya. Dia mencapai kain batik yang ada berdekatan dengan nya. Pelik, kenapa kain batik ni selalu ada dekat sini.?

"Hahahahaha.!!" Tawa lelaki tersebut. Nairah merenungnya tajam selepas dapat tahu siapakah lelaki itu. Dia adalah Iyyad Raidi adik kepada papa. Beza umur kami tidak lah jauh mana, hanya lima tahun. Tetapi rupa paras nya nampak seperti lelaki dalam lingkungan 20 ke 25 tahun. Dan dia adalah bapa tunggal dia mempunyai seorang anak perempuan, isterinya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lepas.

"Iyyaddddd.!!! Terkejut Nairah tau.!" Kata Nairah lalu menarik mukanya. Nairah memanggilnya Iyyad pun atas permintaan tuan badan. Kata nampak tua bila Nairah memanggil nya Uncle Iyyad. Iyyad hanya mentertawakannya.

"Nairah patut tengok macam mana gaya Nairah gelabah tadi. Hahaha macam kucing hilang anak. Lagi satu, tu... bukan kain batik yang Mak Mah selalu guna untuk lap lantai ke.? Kalau ada tertumpah sisa makanan or air.?" Kata Iyyad lalu menyilangkan tangan nya ke dada dan bersandar di dinding. Eee poyo je lebih, nampak lipas hilang kelelakian nya. Cakap pasal lipas... hehe..

"Hmm, seronok eh usik orang.Nak minta tolong boleh.. Tu kat atas rak tu, ada buah delima Nairah sorokkan dari Alif.. Tolong ambilkan boleh.." Kata Nairah sambil menunjukkan arah rak tersebut..

"Haih waktu nak letak boleh buat sendiri, now nak ambil minta tolong orang pulak. Hmm kat mana.? Nanti bagi Iyyad sikit." Kata Iyyad sambil melangkah ke arah rak tersebut. Iyyad menghampiri rak tersebut, lalu cuma mencapai buah yang dikatakan oleh Nairah.

"Akakkk.!!!" Sapa Mawar lalu berlari ke arah Nairah. Mawar Afiya anak perempuan Iyyad, satu satunya anak kesayangan dia. Sebaik sahaja Mawar tiba di depan Nairah, Nairah terus mendukungnya.

"Mawar tengok papa Mawar yang hebat tu jadi sotong." Bisik Nairah kepada Mawar. Mawar membuat muka pelik, belum sempat Mawar menyoal soalan. Nairah sudah menjerit jerit.

"Eee iyyadd ada lipassss.!! Tuu.!! Kat tangan tu.!!" Jerit Nairah untuk mengusik Iyyad. Tanpa berlengah Iyyad terus menarik tangannya dari rak dan menjauhkan diri dari rak tersebut. Dia mengibas baju nya untuk memastikan tiada lipas pada bajunya.

"Iyyadd lipass tu belakangg baju Iyyad.!!!" Kata Nairah lagi sambil menjauhkan dirinya dari Iyyad.

"Nairahhh tolongg buang lipasss tuuu.!! Iyyad geliii.!!!" Kata Iyyad sambil mengibas belakang bajunya. Nairah sudah tidak mampu tahan tawa nya. Tanpa ditahan lagi, Nairah terus melepas kan tawa sepuasnya. Iyyad yang perasan dirinya sedang ditertawakan Nairah terus berhenti lalu merenungnya tajam. Dia sudah tahu yang Nairah hanya mempermainkannya.

"Erk, papa.? Papa cakap papa tak takut lipas.? Akak tipu papa je cakap ada lipas. Itu pun nak takut." Kata Mawar lalu meniru gaya papa nya ketika mengibas baju tadi. Melihat Mawar yang mengajuk papanya makin kuat tawa Nairah bergema.

"Dah cukup.! Mawar jom ikut papa naik atas. Mawar mandi dulu bersihkan badan lepas tu baru main dengan akak." Kata Iyyad lalu melangkah keluar dari dapur.

"Okey papa. Bye akakk.! Mawar nak mandi kejapp." Kata Mawar sambil mengejar papanya naik ke atas...

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

*TUK TUK TUK*

"Nairahhhhhh.!!!!!! NAIRAHHHHHHHHHH.!!!! BANGUNNNN KEJAPPPPPPP.!!!" Laung Iyaad dari luar sambil mengutuk pintu biliknya seperti tiada pintu lain hendak dirobohkannya.

"SIAPAAA PULAKK KACAU ORANG TIDO MALAM MALAM NI.!!!" Jerit Nairah dalam biliknya.

"AKU PENCURII BUKAK PINTU SEKARANG.!!!!" Jawab Iyyad.

"HAAAA ITU LA TUUU, PERGI ROMPAK BILIK ALIFF SANA TUU.!!! ORANG NAK TIDO LAA.!!!" Balas Nairah. Dia bangun perlahan dan menuju ke pintu bilik.

*TUK*

"Aduhhh sakit lah.!" Kata Nairah sambil mengososk kepalanya yang diketuk Iyyad sebaik sahaja dia membuka pintu.

"Ishhh pakcik ni apa.?" Soal Nairah lagi.

"Mawar nak susu, so.." Belum sempat Iyyad menghabiskan ayatnya Nairah terus memotong.

"Dia nak susu Iyyad panggil Nairah nak buat apa.?? Ishhhhh.!" Kata Nairah dengan suara yang sudah naik seoktar. Jangan main main.

"Ya Allah, cuci otak tu bersih bersih.! Iyyad nak ajak keluar kejap. Beli susu Mawar aku lupa nak bawa sekali." Kata Iyyad sambil mencepuk kepala Nairah berkali kali...

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

Banyak kedai runcit yang sudah tutup, kalau buka pun barang yang hendak dibeli sudah habis. Jadi kami buat keputusan untuk pergi ke pasaraya bilion yang berdekatan. Kami masuk ke dalam dan terus melangkah ke bahagian susu bayi memandang tempat nya dah dah tutup dalam masa 15 minit. Jadi kami perlu cepat mengejar masa...

"Eh Nairah wait.!" Kata Iyyad sambil menarik tangan Nairah yang sedang maju menuju ke kaunter pembayaran. Nairah memberhentikan langkahnya lalu memandang Iyyad.

"Erm kejap, coklat ni nampak sedap.? Nak beli tak.?" Soal Iyyad sambil mengambil bekas coklat yang berbentuk hati tersebut.

"Hmm kalau Iyyad nak makan beli la, guna Iyyad bukan Nairah." Jawab Nairah lalu mencapai paket susu tepung di tangan Iyyad, kerana dia kelihatan struggle untuk pilih coklat dalam masa yang sama memegang paket susu tersebut.

"Cepat la sikit pilih tuu." desak Nairah.

"Yee, sabar.." Jawab Iyyad sambil mengangkut beberapa jenis coklat disitu, lalu beredar ke kaunter pembayaran..

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

"Hello boss.." Kata orang di hujung talian.

"Kau nak apa call aku malam malam.?!" Tengking gadis itu, dia agak marah kerana lenanya terganggu.

"Boss, dia keluar dengan sorang lelaki ni.. Aku tak tahu siapa dia. Bukan Haziq, Alif atau Fikri. Orang lain, dia nampak bergaya. Tapi pelik, dia beli susu untuk budak.? And... Coklat love untuk perempuan tu." Terang lelaki itu panjang lebar.

"Lelaki.? Bergaya.? Hmm, kau snap gambar dia tak.?" soal gadis itu dengan senyuman sinisnya.

"Ada boss, saya tengah send. Hmm internet slow sikit, dia boleh pulak buat hal time ni." Jawab lelaki tersebut..

"Hm, aku nak kau siasat siapa lelaki tu.! Apa apa info kat aku.!" Arah gadis itu lalu memutuskan talian...

𐡘♡𐡘 𐡘 Bersambung 𐡘 𐡘♡𐡘

Cinta Si Merah DelimaWhere stories live. Discover now