Harini Nairah hanya Menghabiskan masa dirumah sahaja, manakala Alif awal pagi lagi sudah keluar bersama Adrian dan Naydien. Cepat betul mereka semua bermesra. Macam adik beradik kandung.
"Alif kau bayar boleh?" soal Adrian kepada Alif sambil menunjukkan dompet dia. Kononnya nak minta simpati, dompet dah kosong.
"Alaa ingatkan Abang Ad bayarr.. Alif tertinggal duit dekat rumah.. hehe," jawab Alif sambil tersengih. Adrian menggeleng kepala manakala Naydien menepuk dahinya..
"Alif, kau sengaja je kan tinggal duit kat rumah?" sampuk Naydien sambil mengangkat keningnya. Alif hanya mengangkat dua jadi membuat peace sambil tersenyum manis.
Nak atau tak, mahu atau tidak, terpaksa la Naydien keluar duit untuk bayar makan. Kemudian mereka menuju ke kereta untuk ke destinasi seterusnya.
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
"Weh Nay, kau tak nak ke Nairah ingat kat kau balik?" soal Adrian setelah kesian lama semua membisu di dalam kereta.
"Gila kau, aku tak nak? Mesti la nak. Dia dah lama kot, bertakhta di hati jiwa ku ini..." jawab Naydien. Adrian dan Alif menjulingkan mata.
"So? Apa rancangan Abang Nay?" soal Alif pula.
"Rancangan? Rancangan Apa?"
Soalan dijawab dengan soalan. Alif menepuk dahinya seperti yang Naydien selalu buat manakala Adrian tergelak kecil.
"Ishh kan Abang Nay nak akak ingat abang balikkk!" kata Alif lalu menjeling tajam ke arah Naydien. Naydien hanya tersengih.
"Entah, korang ada idea tak? Mana tau korang ada idea nak buat itu ini? Kan?" soal Naydien kepada mereka. Mereka hanya mengangkat bahu begitu juga dengan Naydien.
Tiba tiba Naydien teringat sesuatu lalu tersenyum seorang diri. Alif menjadi hairan melihat Naydien tersenyum seorang diri seperti kerang busuk, tetapi Alif pilih untuk mendiam kan diri. Kalau ditanya macam la dia nak jawab...
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Sementara itu...
Dirumah, Nairah sedang leka membaca novel diganggu sebentar kerana mummy meminta tolong Nairah untuk membeli beberapa bahan masakan.
Kalau nak minta tolong Alif tak tahu la bila budak tu nak balik. Jadi terpaksa la Nairah keluar sebentar untuk membeli barang tersebut.
"Pelik la rasanya barang ni semua baru je beli? Tak kan dah habis? Cepatnya," bisik hatinya sambil melihat senarai barang yang perlu dibeli.
"Hmm alang alang dah sampai sini, hihi."
Dengan segera Nairah mencari barang barang tersebut. Setelah selesai, Nairah menuju ke kaunter pembayaran tetapi sebelum itu... Apa lagi kalau bukan beli buah delima! Hihi..
"Asal aku nak beli buah je mesti tinggal sikit... Hmm angkut semua lah," bisik Nairah sambil ambil satu per satu buah tersebut.
"Ehh kejap, Maira bagi aku sikit. Ingat dia sorang je nak buah ni," muncul satu suara yang amat aku kenali dari arah belakang. Siapa lagi kalau bukan Naydien..
"Sibukk je dia nii!! Tak sah kan kalau aku beli buah ni kau tak muncull! Ish!" bebel Nairah lalu menoleh ke belakang, nampaknya Naydien tidak berkeseorangan. Dia bersama Alif dan Adrian. Mereka semua menayang sengih.
"Jadi ini lah rancangan Abang Naydien. Seperti tahu tahu je yang akak akan datang sini untuk membeli buah delima," bisik hati Alif.
"Dah la, lantak kau la aku nak cepat ni," kata Nairah lalu berlalu pergi.
"Eh akakk kejap kejapp! Nak pergi mana cepat cepat ni. Banyak nye barangg akak beli," kata Alif lalu menahan troli yang ditolak oleh Nairah.
"Ishh akak nak cepat la, mummy dah tunggu kat rumah. Ni barang ni mummy yang suruh akak beli," kata Nairah dan terus melangkah pergi..
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Sebaik sahaja Nairah tiba dirumah, kelihatan mummy dan daddy sedang rancak bersembang bersama Aunty Laila dan Uncle Azman.
"Assalamualaikumm."
Seperti biasa sebelum masuk rumah, perlu beri salam terlebih dahulu.
"Waalaikumussalam," jawab mereka semua serentak. Aunty Laila memandang Nairah dengan senyuman.. Tetapi.. Nairah tak tahu apa maksud dibalik senyuman itu... So suspicious..
"Ery, kami balik dulu ye," kata aunty kepada mummy. Mummy hanya tersenyum lalu mengangguk.
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
"Waaa mummy.. Banyaknya makanan nyummmmm!" kata Alif meleret. Nairah menjeling dia. Kalau bab makan laju je, tak padan dengan saiz..
"Ye la malam ni kita ada tetamu," kata mummy dengan nada yang paling teruja sekali. Nairah mengerut dahi lalu mengangkat kening kepada mummy, tanda menyoalnya 'siapa?' Mummy hanya mengenyit mata. Pelik.
"Assalamualaikum."
Aunty Laila memberi salam. Kedengaran amat ceria ditelingaku. Jadi tetamu yang dikatakan oleh mummy tadi adalah Aunty Laila, Uncle Azman, Naydien dan... Farah?
"Waalaikumussalam."
"Jemput la duduk," pelawa mummy kepada mereka, lalu mereka mengambil tempat duduk. Naydien duduk bertentangan dengan Nairah.. Macam tak ada tempat lain nak duduk.
Manakala Farah disebelahnya menjeling Nairah.𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Selesai sahaja makan, Nairah ingin pergi ke bilik namun dihalang oleh mummy. Jadi Nairah duduk semula ditempatnya.
Begitu juga dengan Naydien, dia ingin meminta diri untuk pulang ke rumah, namun dihalang oleh Aunty Laila. Nairah mula rasakan sesuatu yang pelik..
"Hmm sebenarnya aunty datang dinner kat sini, ada hajat besar..." kata Aunty Laila, lalu memandang mummy daddy Nairah dan Naydien dengan senyuman yang sangat manis.
"Aunty just straight to the point."
Nairah dapat rasakan mummy dan aunty ada merancang sesuatu tanpa mengetahuan kami..
"Okey Nairah, sebenarnya aunty nak jodohkan kamu dengan anak aunty, Naydien Zarief," kata Aunty Laila terus terang tanpa muka dimah atau kata alu aluan.
"Apaa?" Kata kami serentak. Nairah, Alif, Naydien dan Farah..
"Mama nak khawinkan Abang Ad dengan dia?!" soal Farah tidak percaya.
"Serious la mama?!" kata Naydien minta kepastian.
"Mummy! Kenapa tak bincang dengan akak duluu!" kini giliran Nairah pula bersuara.
"Ala apa susah khawin je la," kata Alif selamba. Nairah dan Farah menjelingnya tajam. Dia hanya tersengih dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Mama, mummy, papa dengan daddy tak nak dengar apa apa alasan dari kamu semua! Keputusan kami MUKTAMAD! Minggu depan kamu berdua bertunang," kata Aunty Laila dengan tegas. Mummy, daddy dan Uncle Azman mengangguk tanda setuju.
𐡘♡𐡘 𐡘 Bersambung 𐡘 𐡘♡𐡘
YOU ARE READING
Cinta Si Merah Delima
RomansaComedy tapi sweet tapi lawak. Begitu la kira kira ⋆ ˚。⋆ʚ🎀ɞ⋆ ˚。⋆ Kehidupan seorang gadis bernama Maira Naira bukan mudah. Dihantui kenangan lama. Mencari identiti di sebalik gelaran Mr Merah Delima. Siapa Mr Merah Delima? "Kenangan itu mudah terpa...