Part 26 • Stranger

39 10 7
                                    

"Akakkkkk.!!!! Akakkkk Maira nak pergi manaaa.? Mawar nak ikut bolehhh.!!!!" Kata Mawar dengan penuh riang, lalu dia mengkelip kelip matanya supaya nampak comel. ketika ini, Nairah yang baru sahaja ingin melangkah keluar rumah untuk ke pejabat terhenti langkahnya akibat ditahan oleh Mawar.

"Eleh ingat comel buat macam tu, akak lagi comel tauu.. Hehe akak nak pergi kerja la.. Nanti akak balik kerja kita jalan jalan okey.?" Kata Nairah sambil mencubit pipi Mawar, geram.!

"Okey akakk.!!!" Jawab Mawar. Seperti selalu penuh dengan kecerian dan kegembiraan.

"Kalau Mawar pergi jalan jalan dengan akak, papa pun nak ikut." Kata Iyyad lalu mengenyitkan mata kepada Nairah. Nairah hanya menjeling nya, dia tahu yang Iyyad suruh Mawar ajak dia keluar jalan jalan. Iyyad tu bukan reti duduk diam aku nak 'kesana kesini kesana kesini' je..

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

Jam sudah menunjukkan pukul 3:40 petang, perut Nairah pun dari tadi 'berparty' minta di isi tetapi Nairah masih lagi sibuk menyiapkan kerjanya. Yep Nairah sudah dibenarkan semula untuk masuk kerja buat sementara waktu.

"Nairah jom makan.! Aku lapar la.." Ajak Airis, yang tiba tiba menerjah masuk office nya. Nairah agak terkejut dengan kehadiran Airis. Dengan tak ada salam nye terus ajak pergi makan, tapi tak pe kebetulan Nairah pun tengah lapar. Dia mengangguk kepala lalu mengemas sedikit meja kerjanya sebelum berlalu keluar pergi ke kedai makan berdekatan.

"Tak sangka la aku, kawan aku sorang nii. Tak lama lagii jadii wife oranggg..!" Usik Airis memecahkan kesunyian antara mereka. Nairah hanya membuat isyarat tangan agar dia diam, tumpuan dia sekarang ini tertumpu pada seorang lelaki yang berhampiran dengan mereka.

"Kau dah kenapa Nairah.?" Soal Airis, namun tidak dijawab oleh Nairah. Jadi Airis memandang ke arah yang Nairah sedang pandang. Airis ternampak lelaki yang agak... Mencurigakan. Dia sedang perhatikan kami.. atau Nairah sahaja.? Entahla...

Tapi sangat mencurigakan, dengan topi hitam dan baju hitamnya. Airis menyepak kaki Nairah perlahan. Apabila Nairah memandang nya, dia membuat isyarat mata untuk pergi dari situ.

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

Mereka terus berlalu pergi dari situ dan terus ke bangunan syarikat mereka..
Lelaki itu pulak mengikut mereka sehingga di pintu bagunan tersebut, tetapi dia tidak ikut masuk ke dalam bangunan tersebut. Dari jauh kami nampak dia mengeluarkan talifon lalu dia call seseorang. Tapi siapa.?!

"Selama ni dia memang dia follow kau ke Nairah.?" Soal Airis dengan muka serious nya.

"Aku tak tahu Airis, aku baru perasan yang dia follow kita. Tapi... Aku macam pernah nampak la dia tu.. Macam familiar sangat muka dia.. Entah entah dia dah lama follow aku.!!" Jawab Nairah. Matanya masih tertumpu pada lelaki itu.. Sangat familiar muka dia...

"Kita buat report polis laa. Nanti dia buat apa apa kat kauu, tak pasal pasal tak dapat kawen dengan Naydien.!" Kata Airis bersahaja. Nairah menjeling nya, tajam. Airis hanya menayang sengih..

"Nak makan macam mana sekarang ni? Dah la kita blah je dari kedai tadi.. Bising la owner kedai tuu.. huhu.." Kata Airis sambil menggeleng kepala manakala Nairah pula mengangguk kepala.

Nairah ternampak Syaza dari jauh lalu ditahannya.

"Eh wait, Syaza awak nak keluar ke?" Soal Nairah, ramah.

"Ye, saya nak pergi makan sekejap. Kenapa ye puan.?" Jawab Syaza.

"Hm berapa kali nak cakap jangan panggil puan. Panggil je Nairah. Hmm, kami nak kirim makan boleh?" Soal Nairah sambil menayang sengih. Begitu juga Airis. Syaza mengangguk kepala tanda boleh...

Cinta Si Merah DelimaWhere stories live. Discover now