"Aku terima nikahnya..."
"Sah.?"
"Sah.!"
"Sah.!"
"Alhamdulillah.."
Dengan sekali nafas sahaja, kini Nairah sudah sah menjadi isteri ke pada Naydien Zarief.
Setelah selesai membaca doa, Naydien datang menghampiri Nairah untuk sesi batalkan wuduk. Naydien menyarungkan sebentuk cincin di jari Nairah. Kemudian Nairah menkucup tangan Naydien penuh kasih. Dia menundukkan padangan kerana perasan malu telah menguasai diri. Naydien tergelak kecil melihat Nairah yang 'shy shy cat' tu..
"Terima kasih sayang, sudi terima Naydien dalam hidup sayang. Mulai hari ini, Naydien akan jaga sayang penuh kasih, Naydien janji tak kan tinggal sayang, Naydien janji tak akan buat sayang menangis sampai merah hidung macam haritu uu.. Sayang, Naydien tahu Naydien tak sempurna tapi Naydien akan cuba sehabis baik Naydien to make you happy dan bahagia.. Sayang dah jadi sebahagian dalam diari hidup Naydien. Sayang nanti mesti akan nampak banyak keburukan dalam diri Naydien.. Naydien janji akan baiki sikap buruk Naydein eh sayang.? Terima kasih Maira Nairah kerana sudi terima Naydien sekali gus melengkapi hidup Naydien. Naydien bersyukur sangat." Bisik Naydien di telinga Nairah, lalu mencium ubun ubun Nairah dengan penuh kasih sayang..
"Maira janji akan sayang Naydien selalu, walau apa pun jadi awak tetap di hati.." Kata Nairah. Mereka berpandangan antara satu sama lain untuk seketika waktu..
*KLIK*
"Nice.. Sama cantik, sama padan.! Selamat pengantin baru korang.." Ucap Iyyad sambil mengambil beberapa gambar mereka berdua. Naydien hanya tersenyum lalu mengucapkan terima kasih, manakala Nairah hanya mengangguk kepala. Jujur saat ini, dia berasa sangat malu untuk bersemuka dengan Naydien..
"Eh jom la, sampai bila nak duduk sini.? Kita bergambar dulu sekejap lepas tu baru boleh makan." Kata mummy, ceria. Mereka semua menuju ke arah pelamin untuk mengambil gambar. Majlis mereka hanya dibuat secara kecil kecilan di rumah mummy. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja di jemput hadir...
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Selesai bergambar, kini tiba masa untuk mereka semua menjamu selera. Walau pun tidak ramai yang hadir, suasana meriah tetap dapat dirasainya. Tambahan pula, Alif menyediakan set barangan karaoke untuk sesiapa sahaja yang berminat.
"Naydien, suap la Nairah makan. Aku nak ambil gambar korang." Kata Iyyad selaku camera man yang tidak berbayar. Dia sendiri yang request untuk menjadi camera man.
"Heh boleh je, sayang aaaa hubby nak suap." Kata Naydien dengan nada manja sambil menghulurkan sudunya ke mulut Nairah seperti 'roket' yang selalu orang buat untuk suap baby. Nairah mengeleng laju. Tetapi naydien tetap sama seperti tadi, jadi nak atau tak Nairah relakan diri untuk disuap makan oleh Naydien. Iyyad yang memerhati dari tadi hanya ketawa melihat gelagat merpati dua sejoli itu sambil mengambil gambar setiap moments indah itu..
"Elele makan bersuap suap pulaa diaa nii." Usik Airis diikut yang lain. Lisa, Haziq, Fikri Dan Eliza juga dijemput hadir. tetapi dari tadi kami langsung tak nampak batang hidung fikri..
"Happy birth.. Eh silap hehe.. Selamat pengantin korangg.!" Ucap Haziq kepada mereka berdua diikuti yang lain..
"Happy birthday apa kau.?" Kata Naydien serentak dengan gelak tawa yang lain.
"Thank you korang semua." Kata Nairah dengan nada ceria, dalam masa yang sama sedikit malu..
"Nairah jom karaoke.!" Ajak Lisa. Nairah hanya mengeleng kepala.
"Test mic one two three.. Cantekk.. Ehem ehem, kalau tidak keberatan... Alif nak menjemput merpati kita untuk buat persembahan karaoke.. Siapa nak dengar diorang menyanyi kata YOO.!!" Kata ALif menggunakan Microphone sambil memandang mereka dari jauh..
"YOO.!!" Kata hampir semua tetamu yang datang terumata sekali dalam kalangan yang masih 'berdarah muda'. Naydien tergelak kecil lalu menarik tangan Nairah ke arah karaoke yang di sediakan oleh Alif.
"Ehemm.. Korang buat wedding nni macam konsert eh.. Tapi tak pe sebab yang ramai cakap YOO tadi, kitaorang akan nyanyikan satu laguu.." Kata Naydien lalu menghulurkan mic kepada Nairah. Nairah berkira berkira untuk menyambutnya atau tidak.
"Sayangg jom la nyanyii, bila lagii kita boleh macam nii." Kata Naydien lalu menarik Nairah ke depan sedikit dan menyerahkan mic kepadanya...
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
"Sayanggggg..!!" Panggil Naydien dengan manja lalu memeluk isterinya dari belakang. Ketika itu hari sudah malam jadi sementara menunggu Naydien mandi, dia duduk bersantai di beranda bilik.
"Sayang buat apa nii kat sinii, sejuk tau kat luar nii.. Tak baik sayang duduk sini sorang sorang. Kalau dengan hubby tak pe.." Kata Naydien lalu mengeratkan lagi pelukannya. Nairah mengeleng kepala.
"Saja je nak duduk belakang, tengok bintang tu.. Cantikk." Jawab Nairah.
"Hurmm daripada tengok bintang baik tengok muka hubby, hensem pun hensem.." Kata Naydien lalu menarik Nairah masuk ke bilik. Nairah hanya mengikut langkahnya, Dia menutup pintu beranda tersebut lalu menguncinya. Manakala Nairah pula mengambil sikat untuk menyikat rambut panjangnya..
"Sini hubby tolong sikit rambut sayang." Kata Naydien lalu mengambil sikat tersebut dari tangan Nairah. Nairah hanya turutkan sahaja. Sejak bergelar suami ini, Naydien terus berubah menjadi manja, tak berpisah langsung daripada Nairah walau pun sesaat.
"sayang, start from now.. Jangan panggil Naydien lagi atau awak.. No no tak boleh.. Mulai sekarang panggil hubby, Hubby.. H U B B Y." Kata Naydien lalu Mengeja perkataan hubby.
"Kalau tak nak.?" Duga Nairah. Naydien terus menarik Nairah ke dalam pelukannya.
"Kalau tak nak hubby kiss.." Bisik Naydien di telinga Nairah lalu menayang sengih. Nairah mengeleng laju lalu menolak Naydien lembut. Naydien tergelak besar melihat muka Nairah yang merah padam. Dia hanya membiarkan Nairah menjauhi nya, dia tahu Nairah masih 'shy shy cat'.....
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Dibalik senyum tawa mereka semua, ada seorang manusia yang menyimpan dendam yang tinngi mengunung terhadap Nur Maira Nairah...
"Tak hari ni korang bahagia.. Kau tunggu Maira.! Kalau aku tak dapat Naydien so tak de sapa boleh dapat dia.." Kata Farah lalu gelak seorang diri.
"Aku kasi kau peluang dulu sebelum segala gala nya hilang.. Saat itu, aku la orang paling bahagia.." sambung Farah lagi sambil menggunting gambar Nairah dan Naydien sehingga menjadi cebisan kecil....
𐡘♡𐡘 𐡘 Bersambung 𐡘 𐡘♡𐡘
YOU ARE READING
Cinta Si Merah Delima
RomanceComedy tapi sweet tapi lawak. Begitu la kira kira ⋆ ˚。⋆ʚ🎀ɞ⋆ ˚。⋆ Kehidupan seorang gadis bernama Maira Naira bukan mudah. Dihantui kenangan lama. Mencari identiti di sebalik gelaran Mr Merah Delima. Siapa Mr Merah Delima? "Kenangan itu mudah terpa...