Pada awal pagi lagi Nairah dan Iyyad sudah gerak ke airports untuk menjemput Naydien dan Adrian. Alif dan Mawar tidak ikut kami bersama kerana mereka masih lena di ulit mimpi...
Setelah hampir 30 minutes kami menunggu akhirnya baru la mereka nampak batang hidung Naydien dan Adrian. Dari jauh Naydien melambaikan tangan pada mereka dan membuat flying love kepada Nairah. Nairah hanya menjeling tetapi lain pula dengan Iyyad. Dia membuat gaya seperti menangkap sesuatu dan letak di dada lalu mengenyitkan mata pada Naydien. 'Wait... Dia tangkap lying kiss Naydien.?! WHAT THE.?! Dia goda Naydien aku ke gila.?!'
Nairah memukul bahu Iyyad dengan kuat. Jadi menyampah apabila Naydien layankan perangai gila gila Iyyad. Tapi.. Mereka nampak macam berkawan rapat.. Iyyad hanya menayang sengih pada Nairah begitu juga Naydien dan Adrian.
"Sayanggggg.!! Rinduu." Sapa Naydien lalu menghulur kan beg galas nya kepada Nairah. Nairah hanya membuat tidak endah. Dia menjeling Naydien, tajam. Naydien hanya tersengih dia tahu yang Nairah akan marah dia sebab sejak Nairah cakap tentang Farah, dia asyik cuba mengelak dengan alasan busy..
"Rinduu.! Awak jugak..!" Balas Iyyad dengan senyuman mengejek. Naydien menayang sengih lalu menghulurkan beg balasnya pada Iyyad. Iyyad menggeleng kepala tanpa tidak mahu tolong tetapi dia sambut juga beg tersebut, antara ikhlas tak ikhlas.
"Haih rindu berdua je ke.? Nak join jugak.!" Sampuk adrian dan membuat benda yang sama seperti Naydien. Dia menghulurkanbeg computernya kepada Iyyad dan disambut oleh Iyyad. Mereka terlalu rancak bersembang sehingga tidak sedar yang Nairah sudah lama beredar dari situ...
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Kami semua menuju ke rumah mummy kerana seperti yang dijanjikan olehnya, dia akan sedia kan lunch untuk kami semua. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Nairah hanya diam seribu bahasa. bukan sahaja kerana dia merajuk pada Naydien, malah dia dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. dia mendapat message dari mummy, mummy mengarahnya untuk pulang ke rumah sekarang. Dan cara mummy itu lain daripada biasa. Seperti... Dia dalam keadaan marah. Sangat marah...
"Sayang.. Kenapa senyap je ni.?" Tegur Naydien, sekali gus menyentak lamunan Nairah. Nairah hanya menggeleng kepala. Naydien mengeluh kecil.
"Sayang kita nak sampai dah ni.. Cuba cakap apa apa, senyap je.. Sayang merajuk dengan Naydien eh.?" Sekali lagi Naydien menegur nya. Dia cuba menarik perhatian Nairah untuk bercakap. Namun hampa, Nairah hanya diam sahaja.
"Love you sayang.." Bisik Naydien pada Nairah. Naydien dan Nairah duduk di belakang, Iyyad yang memandu, manakala Adrian duduk di sebelah tempat pemandu iaitu sebelah Iyyad. Nairah sama seperti tadi, hanya mendiam kan diri...
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Setibanya di rumah mummy, kami agak terkejut. Kerana dari luar rumah kedengaran agak riuh, bukan seperti 'makcik makcik bawang' tetapi kedengaran seperti pertengkaran. Nairah terus berlari masuk ke dalam rumah unruk melihat apa yang berlaku begitu juga yang lain..
"Mummy, mama kenapa ni.?" sampuk Nairah lalu menghampiri mummy yang kelihatan sangat marah. Manakala Naydien pergi ke arah ibunya. Adrian lupa menghampiri Alif dan Mawar. Iyyad Menyuruh Mawar duduk dengan alif sementara dia melihat apa yang berlaku antara mereka semua..
"Nairah.! Mummy tak nak kamu jumpa Naydien dah lepas ni.!" Putus Mummy tegas. Nairah dan Naydien agak terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut mummy.
"Naydien mama nak batalkan majlis kamu berdua, dia tak layak untuk kamu.!" Kata Aunty Laila, tegas.
"But why.?" Soal Naydien dengan muka yang sukar ditafsirkan. Sama ada marah, tidak putus hati, sedih dan yang sewaktu dengannya.
YOU ARE READING
Cinta Si Merah Delima
RomanceComedy tapi sweet tapi lawak. Begitu la kira kira ⋆ ˚。⋆ʚ🎀ɞ⋆ ˚。⋆ Kehidupan seorang gadis bernama Maira Naira bukan mudah. Dihantui kenangan lama. Mencari identiti di sebalik gelaran Mr Merah Delima. Siapa Mr Merah Delima? "Kenangan itu mudah terpa...