"Hmmm sedap nyee bauu, hubby masak apa nii.." Sapa Nairah dari belakang. Sudah hampir lima bulan mereka bersama namun bayang Farah, Fikri dan Adrian langsung tidak kelihatan. Haziq, Naydien dan Alif pernah cuba untuk menghubungi Fikri dan Adrian namun sehingga hari ini masih tiada sebarang berita dari mereka.
"Sayang, cuba la teka hubby masak apa." Jawab Naydien lalu mengenyitkan mata nya. Nairah pergi menghampiri nya untuk melihat apa yang Naydien masak.
"Hmm macam ada bau buah delima." Teka Nairah. Naydien tergelak kecil lalu menarik Nairah ke dalam pelukannya.
"Hubby hangus nanti masakan hubby. Pergi masak siap siap dulu.." Kata Nairah lalu menolak Naydien dengan lembut. Naydien senyum mengejek dia tahu Nairah masih malu dengan dia. Dia tahu Nairah cakap begitu untuk lepaskan diri.
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Sementara itu, Farah hanya memerhatikan kemesraan antara Nairah dan Naydien dari jauh. Dia sentiasa tahu keadaan Nairah dan Naydien dari semasa ke semasa. Hanya tunggu masa yang sesuai... 'boom' segala galanya akan berputar tiga ratus enam puluh darjah...
"Farah, jangan la kacau diorang lagi. Awak kene terima ni semua. Awak tak boleh terus berdendam dengan diorang, Farah. Allah dah tentukan awak tak ada jodoh dengan Naydien. Move on Farah, mana tahu Allah dah sediakan jodoh Farah orang lagi baik dari Naydien... Jangan macam ni Farah, please.." Kata Fikri panjang lebar.
Sebenarnya Fikri dah lama simpan hati pada Farah, bila dia tahu Naydien dan Nairah bakal bina masjid mereka. Dia tahu yang Farah tidak akan duduk diam, dia tahu Farah pasti merancang sesuatu untuk pisahkan mereka. Jadi selepas berkali kali meminta penunjuk dari sang pencipta akhirnya dia putuskan untuk masuk minang Farah dan siapa sangka pinangan dia diterima oleh keluarga Farah. Majlis pertunangan mereka serentak dengan majlis perkhawinan Naydien dan Nairah.
"Awak diam.! Fikri, awak tahu tak sebab awak tunang dengan saya semua plan saya tak menjadi.! Awak punca semua plan saya rosak.!" Tengking Farah. Fikri tersenyum senget sambil menggeleng kepala.
"Sayang, ingat ni... Jangan sampai yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran.. Awak patut bersyukur masih ada orang yang sayangkan awak, orang tu depan mata awak tapi awak masih nak kejar orang lain. Saya boleh undur diri, tapi tak boleh jamin seratus peratus kalau masih ada orang kat luar sana yang boleh beri kasih dan sayang seikhlas hati mereka.." Kata Fikri sebelum berlalu pergi dari situ.
Farah hanya mendiam diri, dia sendiri sudah celaru dengan pendiriannya, betul dia dapat rasakan keikhlasan Fikri untuk bersamanya sangat jauh beza dengan cara Naydien melayan setiap kerenahnya, namun dia tetap juga dengan niatnya.. Kalau dia tak dapat Naydien tiada sesiapa yang boleh dapat dia.!
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
"Maira, kau jangan fikir yang aku akan biarkan kau bahagia dalam derita aku.. Hanya tunggu masa, segala nya akan berubah.." Bisik Farah sebelum beredar dari situ. Dia mengeluarkan talifon nya lalu mendail nombor seseorang..
"Kau kat mana sekarang ni?" Soal Farah pada orang hujung talifon, dingin.
"....."
"Esok aku nak kau mulakan step pertama kita. Pastikan semua berjalan dengan lancar.! Jangan ada walau sikit pun cacat cela.! Aku nak kau buat kerja betul betul.!" Arahnya lalu menamatkan panggilan talifon...
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Dalam tidak sedar, Adrian hanya menjadi pendengar yang setia di situ.. Sebenarnya Adrian sudah pulang ke malaysia 2 bulan yang lalu, tetapi masih belum ada kesempatan untuk berjumpa mereka semua dan saat dia sedang sibuk dengan urusan kerjanya lah saat itu juga lah mereka menghubungi nya, jadi dia memang tiada masa untuk berhubung dengan mereka walaupun dia sudah berada di Malaysia.
Ketika itu sengaja dia parking kereta jauh dari rumah Nairah dan Naydien untuk mengambil hadiah sempena perkhawinan mereka. Dia tidak mahu mereka perasan kehadiran dia disitu, dia mahu membuat surprise kepada dua pasangan sweet itu. Tetapi lain pula jadinya bila dia ternampak Fikri dan Farah disitu. Dia hanya duduk diam di dalam kereta sambil mendengar satu per satu yang di katakan oleh mereka berdua, terutama sekali Farah. Dia tidak tahu apa yang dirancangkan oleh Farah tetapi dia perlu buat sesuatu untuk Nairah dan Naydien.
Niatnya untuk bertemu dengan Nairah dan Naydien segera dibatalkan. Dia ingin berjumpa dengan Fikri untuk tahu semua nya apa yang telah Farah rancangan kan dan apa hubungan nya dengan Farah. Yep dia perlu tahu itu, sabahat baiknya dalam bahaya tak akan dia akan berdiam diri sahaja...
𐡘♡𐡘 𐡘 Bersambung 𐡘 𐡘♡𐡘
YOU ARE READING
Cinta Si Merah Delima
RomanceComedy tapi sweet tapi lawak. Begitu la kira kira ⋆ ˚。⋆ʚ🎀ɞ⋆ ˚。⋆ Kehidupan seorang gadis bernama Maira Naira bukan mudah. Dihantui kenangan lama. Mencari identiti di sebalik gelaran Mr Merah Delima. Siapa Mr Merah Delima? "Kenangan itu mudah terpa...