Part 23 • Mimpi

59 12 18
                                    

Nairah melihat jam tangannya, kini sudah menunjukkan pukul 4

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nairah melihat jam tangannya, kini sudah menunjukkan pukul 4.13 petang. Hari ini dia berada di airport untuk menyambut kepulangan Airis dan dalam masa yang sama untuk menghantar Adrian. Adrian perlu pulang ke London ada hal sikit katanya.

"Nairahhhhhh!!" laung Airis dari jauh sambil melambaikan tangan dengan senyuman yang sangat manis. Dia menuju ke arah mereka. Tiba sahaja di depan Nairah, Airis terus memeluk Nairah. Adrian dan Alif hanya melihat gelagat mereka berdua. Airis meleraikan peluknya, tiba tiba senyumannya mati apabila terpandang Adrian disitu.

"Erk, awak," sapa Airis kepada Adrian. Adrian tersenyum.

"Hai, Airis lama tak jumpa," kata Adrian lalu mengenyitkan matanya kepada Airis. Wajah Airis berubah rona merah. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Alif berdehem kecil namun tidak dihiraukan oleh mereka.

"Ehem ehem!" Alif berdehem lagi kali ini lebih kuat. Adrian memandangnya lalu menghulurkan sebotol air mineral. Alif menolak air itu lalu menarik muka. Adrian hanya ketawa melihat tindakan Alif itu.

"Kau dah kenapa? Tak kan tu pon nak jealous? Kau kan hari hari dah tenung muka aku," kata Adrian selamba dan di sambut oleh gelak tawa mereka. Alif menarik muka masam.

"Abang tahu tak, apa itu dosa?" kata Alif sekaligus mematikan gelak tawa kami semua.

"Aku tahu la kau jealous. Hmm, aku nak gerak dah ni. Bye semua!" kata Adrian. Mereka semua hanya mengangguk kepala dan melihat dia berlalu pergi.

"Nairah, aku dengar cerita kau dah tunang? dengan siapa?" soal Airis memecah kan suasana sunyi antara kami. Alif sudah pulang ke rumah dengan menaiki teksi, jadi tinggal la mereka berdua. Sebelum pulang kami singgah ke cafe dahulu memandang sudah masuk waktu makan tengah hari, lagipun perut kami juga sedang lapar.

"Hmm, dengan Naydien. Naydien Zarief."

"Laa kenapa kau sedih? Dia tu kan hensem, segak ala ala Mr Merah Delima kau tu. Lepas tu, korang ada persamaan kot. Dua dua suka buah delima, masuk air lepas tu rumah korang pun dekat. Lagi special sebab parents korang pun best friend kan!" kata Airis penuh yakin.

"Ehh kejap kejap.. Aku rasa aku tak bagitau kau lagi tentang dia? Macam mana kau tahu?" soal Nairah, pelik. Seingat Nairah, dia langsung tak bagitahu Airis tentang Naydien tapi macam mana Airis tahu?

"Haa iya ke? Kau pernah la bagitau aku la. Kau tu je yang lupa," jawab Airis.

"Nope, aku tak nyanyuk lagi. Aku tak pernah bagitau kau semua tu," balas Narirah tidak mahu kalah. Dia sangat curiga dengan sikap semua orang di keliling dia. Semua orang sibuk sama kan Naydien dengan Mr Merah Delima.

"Haa erk.. Nairah aku balik dulu tau. Aku penat la nak balik rehat. Byee," kata Airis. Terus dia bangun dan pergi dari situ. Belum sempat Nairah ingin menghalangnya, dia sudah menghilangkan diri. Sebenarnya mereka datang sini naik kereta asing asing jadi boleh la dia larikan diri daripada disoal siasat oleh ku. Tak pe esok boleh soal dia.

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

"you're late, Maira."

"Too late."

"Lepas semua ni jadi baru kau nak cari aku? Baru nak percayakan aku?"

"Nope, You're too late."

"You broke my trust in you."

"Aduh!!" Nairah terjaga dari lenanya akibat terjatuh dari katil, lalu dia melihat jam lonceng di atas meja tepi katil. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi . Entah mengapa mimpi itu memberi impak yang besar dalam dirinya. Lelaki yang di dalam mimpinya itu adalah Naydien.

Dia kelihatan sangat kecewa dengan Nairah. Nairah tak tahu apa yang terjadi tetapi mimpi itu seolah olah realiti, Naydien nampak sangat sangat kecewa dengan dirinya. Sebenarnya sebelum ini pun Nairah ada mimpi tentang Naydien, dalam mimpi tu kami nampak mesra sangat tetapi kenapa tiba tiba kali ni dia dapat mimpi sebegini.

Sebelum Nairah terjaga dari mimpi itu, Nairah perasan dalam mimpi itu Farah juga ada di situ. Dia berdiri belakang Naydien. Naydien meluahkan kata kata nya lalu dia pergi tinggalkan Nairah bersendirian. Dia berlalu pergi dengan Farah. Apa yang Nairah dah buat pada dia? Atau... Farah ada niat jahat untuk pisahkan kami?

Nairah terus bangun menuju ke bilik air untuk mandi, segarkan badan. Selepas selesai semua, Nairah menyarungkan tudung di kepalanya lalu menuju ke bawah untuk ke dapur.

Nairah mengambil segelas air dan menuju ke pintu belakang. Dari jauh dia nampak Alif dengan Naydien duduk dipondok bersama. Dia memasang telinga untuk mencuri dengar perbualan mereka. Dia dapat mendengar bunyi petikan gitar dari Naydien lalu dia mula bernyanyi.

Nairah tergamam mendengar nyanyian nya. Seperti tahu tahu sahaja Nairah dibuai mimipi ngeri. Nairah ingin menghampiri mereka, namun langkahnya mati apabila mendengar kata kata Naydien. Dia kata dia juga mengalami mimpi yang buruk

Dia mimpi Nairah tinggalkan dirinya kerana lelaki lain. Dia kata dalam mimpi tersebut Nairah sangat mesra dengan lelaki itu. Tetapi dia tidak tahu siapa lelaki itu. Dia kata dia tidak pernah melihat wajah lelaki itu. Dia risau kalau mimpi itu jadi kenyataan, tetapi dia percayakan Nairah. Dia percaya yang Nairah akan setia bersamanya. Dia percaya yang Nairah takkan tinggalkannya.

"Eh akak! Akak buat apa kat sini? Tak baik tau curi curi dengar orang bersembang," kata Alif selamba. Naydien agak terkejut melihat kehadiran Nairah si situ.

Nairah tidak tahu mengapa tetapi hatinya kuat mengatakan yang Naydien adalah orangnya. Orang yang selama ini aku cari, yang dia ternanti nantikan kehadirannya. Tetapi kenapa susah sangat untuk dia mengakuinya?

"Maira.. Can we talk?" kata Naydien. Alif seperti faham maksud Naydien, segera dia berlalu pergi dari situ. Nairah hanya mengangguk kepala. Naydien membuat isyarat untuk Nairah datang menghampirinya di pondok. Jadi tanpa melengah Nairah terus menuju ke pondok tetapi Nairah hanya berdiri disitu. Naydien memandangnya pelik.

"Have a sit."

Nairah hanya mengeleng kepala.

"Hmm, okey. Talk something Maira," kata Naydien lagi.

"Kau yang nak bercakap kan? Hm, apa dia?" soal Nairah.

"Do you believe me, if i say i am your Mr Merah Delima?" kata Naydien. Nairah hanya diam terkaku. Dia langsung tidak bercakap walaupun sepatah.

"Maira," panggil Naydien lembut. Nairah memandangnya.

"I believe I'm the one you've been waiting for, because I feel the same way," kata Naydien sebelum pergi dari situ.

Sebaik sahaja kelibat Naydien hilang. Nairah duduk di pondok itu. Dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Jauh di sudut hatinya kuat mengatakan Naydien adalah orang nya tetapi otak dan mindanya asyik menafikan hal itu.

𐡘♡𐡘 𐡘 Bersambung 𐡘 𐡘♡𐡘

Cinta Si Merah DelimaWhere stories live. Discover now