1 • Langgar Lari?

108 20 12
                                    

"Wei Nairah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wei Nairah... Sapa Mr. Merah Delima yang kau cakap haritu?" soal Airis, Nairah sudah boleh teka mesti Airis tertanya-tanya siapa dia.

"Hmm dia senior aku dulu masa sekolah menengah. Dia selalu tolong aku setiap kali Farah buli aku. Hmm Farah tu cousin dia kalau aku tak silap la.. Aku bagi dia gelaran Mr. Merah Delima sebab.." kata kata terhenti seketika untuk memikirkan perkataan apa yang sesuai bagi menggambarkan dia.

"Sebab dia memang hantu buah delima, disebabkan dia jugak lah tak pasal-pasal aku pun suka makan buah tu," terang Nairah tentang Mr. Merah Delima kepada Airis...

"Oh, apa nama dia??" soalan Airis membuatkan Nairah terfikir panjang..

"Hmm tu la masalahnya aku lupa nama dia... Aku selalu lupa nama walaupun banyak kali aku tanya," jawab Nairah jujur.

Seingatnya, setiap kali Nairah tanya nama dia, Nairah hanya mampu menayang sengih mengenangkan wajah tidak puas hati Mr. Merah Delima kerana Nairah selalu lupa nama dia.

"Kau mana pernah nak ingat nama orang. Dah jom keluar," sindir Airis sebelum keluar dari kereta tersebut. Mereka baru sahaja tiba di sebuah supermarket.

Mereka terpaksa meletakkan kereta mereka jauh sedikit dari supermarket tersebut kerana itu sahaja tempat yang masih kosong. Mahu tidak mahu mereka terpaksa melintas jalan.

Nairah membawa laptopnya sekali untuk dihantar ke sebuah kedai, ada sedikit masalah yang dia mahu baiki pada laptopnya.

Tiba tiba...

*Buk*

"Aduh sakit la! Apa masalah orang ni!! Banyak lagi kot ruang nak jalan kat sini! Aku jugak kau nak langgar!! Ishh!" marah Nairah ke arah lelaki itu. Lelaki tersebut hanya toleh memandangnya dan langsung tidak meminta maaf.

"Dahh, Nairah banyak kereta ni," Airis menarik Nairah ke tepi jalan. Tanpa disedari mereka..

Beg laptop yang Nairah bawa tadi, berada betul betul di tengah jalan raya itu, seperti satu kebetulan sebuah lori menuju ke arah itu dan...

'PRAKK!'

Nairah dan Airis hanya mampu melihat dengan pasrah isi di dalam beg laptop tersebut. Habis rosak kedua-dua buah laptopnya, pen drive dan semua barang yang ada di dalamnya termasuklah talifon bimbitnya, habis hancur semuanya langsung tiada rupa seperti keadaan asal.

"Nii semua sebab lelaki tu! Ishh Jangan fikir kau boleh lepas dari aku!! Sebab kau tak pasal-pasal habis rosak semua barang aku!!" bebel Nairah semahu mahunya. Itu la kali pertama Airis melihat Nairah seperti itu.

Airis memegang bahu Nairah dan suruh dia istighfar dan bertenang.

"Sabar Nairah tarik nafas... Hembus...." Nairah mengikut apa saja yang Airis kata. Keadaan sunyi seketika.

"Nairah, kenapa dua-dua laptop kau dalam beg tu bukan selalu kau tinggal satu ke kat office ke?"

Selalunya Nairah akan tinggal satu di dalam pejabat dan lagi satu laptop hanya untuk dia release tension buka YouTube atau bermain game hehe.

"Lagi satu, kenapa kau letak phone kau dalam beg tu selalu nya kau pengang atau letak dalam poket? Mimpi apa kau ni?" tanya Airis lagi..

"Hmm aku malas nak pegang phone so aku letak la dalam beg tak expect pula boleh jadi macam ni," jawabnya. Dia hanya memandang sayu semua barangnya yang sudah dilenyek lori tersebut.

"Hmm redha je la nasi dah jadi bubur tapi aku tak kan lepaskan laki tu. Siap dia kalau aku boleh jumpa dia semula!" kata Nairah yang masih menyimpan rasa geram dan marah terhadap lelaki yang langgar dia tadi..

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

*Tuk tuk tuk*

Nairah dan Airis saling berpandangan apabila mendengar bunyi ketukan di pintu.

"Masuk"

Pintu tersebut dibuka dari luar dan kelihatan Shaza tersenyum manis lalu mengingatkan Nairah bahawa dia ada meeting bersama syarikat Dato Muhammad Azman iaitu sahabat baik daddy sebentar lagi.

"Alamakk Airiss macam mana nii laptop dengan pen drive akuu dah hancurrr!!" Nairah terus gelabah apabila teringat tentang meeting tersebut..

"Tak kan dalam pen drive tu je kau simpan semua maklumat... Bukan kau ada banyak pen drive ke??" Airis memandang aku sambil mengangkat keningnya.

"Ha!! Airis gelang aku," Nairah tersenyum senang hati manakala Airis melihat Nairah dengan penuh hairan.

"Kenapa pula dengan gelang kau?" tanya Airis pelik. Nairah membuka gelang tersebut dan hukurkan pada Airis..

"Wahhh hebat la kau selama ni aku fikir tu gelang biasa rupanya pen drive... Cool! Bukan besye-besye kawan aku ni," Airis membelek pen drive tersebut penuh minat. Aku hanya menggeleng kepala.

"Tak kan benda ni pun kau tak tahu.."

*Haah lebih kurang cam ni la pen drive tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Haah lebih kurang cam ni la pen drive tu

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

"Assalamualaikum maaf saya terlambat," Nairah masuk ke ruang meeting itu dengan seyuman.

Dia bersalaman dengan beberapa orang yang berada di situ. Sebelum dia memulakan bicara dia melihat wajah satu per satu yang ada di sini.

Daripada pandangan tiba tiba bertukar kepada renungan apabila dia terpandang satu wajah yang amat dia kenali itu. Yep, lelaki itu lah yang langgar dia tadi!

Cepat cepat dia membuang rasa dendam kepadanya dan teruskan meeting tanpa melihat muka lelaki itu agar fokusnya tidak terganggu.

𐡘♡𐡘 𐡘 Bersambung 𐡘 𐡘♡𐡘

Cinta Si Merah DelimaWhere stories live. Discover now