Selepas selesai meeting, semua orang sudah keluar dan hanya tinggal Nairah seorang diri di situ.
"Fuhh! Nasib ada gelang ni ada, kalau tak. Syukur Alhamdulliah aku save semua data ni dalam gelang ni,"
Nairah mengeluh kecil sambil membebel seorang diri sebelum pulang ke pejabatnya."Erk hai, awak ni Cik Maira Nairah kan?" tiba tiba ada satu suara menyapa Nairah sebaik saja dia membuka pintu bilik tersebut untuk kembali ke pejabat.
Nairah memandang wajah lelaki yang menyapanya itu.
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
"Hai Nairah!! Farah masih kacau awak tak?" Nairah yang saja ingin menyusun langkah untuk ke kantin terhenti bila terdengar orang menyebut namanya.
"Haii. Farah? Hmm dia cuma jeling jeling je sekarang... Tapi kenapa Farah nampak macam benci sangat kat saya? Apa salah saya?" kedengaran sayu di hujung ayatnya. Nairah menundukkan kepalanya ke bawah.
"hmm jangan la sedih. Oneday dia mesti okey punya dengan awak. Saya kenal dia dari kecil lagi. Dia nampak je macam tu tapi sebenarnya dia tu baik orangnya," kata lelaki tersebut sambil tersenyum manis memandang Nairah.
Kalau nak tahu, hubungan dia dengan Farah seperti adik beradik kerana mak mereka salah sahabat baik sejak zaman bujang lagi.
"Apa tu? Tak kan buah delima lagi? Awak memang tak leh hidup tanpa buah delima kan?" kata Nairah lalu tergelak kecil bila tengok dia dengan buah delima memang tak boleh dipisahkan.
"Kalau la aku buah delima tu. Ish berangan la kau Nairah sekolah pon tak habis lagi! Kalau daddy tahu ni habis la kauu," bisik hatinya.
"Awak... Saya nak tanya satu soalan boleh?" Nairah memandang dia dan menayang sengih.
"hmm tanya nama la tu asyik lupa je dia nii.. kalau susah sangat nak ingat panggil je 'abang'," jawabnya sambil membuat muka merajuk.
"Euww panggil abang? Mimpi lah hahaha" Nairah terus jalan tinggalkan dia walaupun hatinya sudah berbunga bunga.
"Awak ingat betul betul nama saya..."
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
"Hello??? Woii hello" Nairah tersentak apabila lelaki yang menyapa aku tadi memetik jari di depan muka aku berkali kali.
"Erk apa kau cakap tadi?" soal Nairah. Dia memandang lelaki tersebut sekali lagi.
Penampilan lelaki tersebut membuatkan dia teringat pada Mr. Merah Delima kerana kebetulan dia memakai baju kemeja berwarna merah delima.
"Tahu la muka aku hensem tak payah la pandang sampai macam tu," kata lelaki tersebut sambil tersenyum manis.
"Ahh senyum tuu!! Sebiji macam senyum Mr. Merah Delima," jerit hati Nairah sekuat hati namun tidak dapat didengari oleh sesiapa.
"Eleh perasan" dia menjeling ke lelaki itu dan terus melangkah menuju ke pejabat.
"Eh, tunggu Cik Nairah!!" langkah Nairah terhenti bila dia memanggil namanya.
Nairah menoleh ke arah lelaki itu dan mengangkat kening. Dia tersenyum dan menuju ke arah Nairah
"Ish mamat ni senyum senyum, dah lah kau punca laptop aku kene lenyek lori!"
"Hmm panggil je aku Nairah," katanya sebaik saja dia tiba lelaki itu tiba depan Nairah. Dia mengangguk kecil...
"Aku rasa kau orang yang aku langgar tadi tu. Jadi, Aku nak minta maaf. Aku tak sengaja tadi aku fikir aku dah lambat datang sini rupa rupanya aku salah tengok jam," kata lelaki itu dengan jujur. Nairah cuba kawal emosinya supaya tidak menimbul kekecohan lalu dia mengeluh kecil.
"maaf? Hmm boleh dengan satu syarat... Kau ganti balik semua barang aku yang rosak," Nairah memandang tepat ke wajah lelaki itu geram dan marah itu saja yang dia rasa sekarang ni...
"Aik langgar perlahan cam tu pon ada barang yang rosak?" lelaki itu membuat wajah selamba dan tidak bersalah...
"Perlahan kau cakap?! Sampai beg aku boleh ke tengah jalan raya! Itu kau cakap perlahan sudah lah langgar pastu blah macam tu bahu aku sakit kene langgar dengan kau. Ishh sabar Nairah," Nairah mengurut dada untuk tenangkan diri dan terus tinggalkan lelaki itu yang sedikit terkejut dengan perubahan emosi Nairah.
"Ishh Nairah jangan la lari! Tadi kau suruh aku ganti balik barang barang kau pastu kau blah macam tu. Mana aku tahu barang apa yang rosak tu," lelaki itu mengejar langkah Nairah yang sudah jauh tinggalkannya jauh dibelakang.
"Ikut aku," hanya itu saja yang Nairah mampu ungkapkan karang dia buka mulut habis panjang lebar pula bebelnya nanti.
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Ternganga mulut lelaki tersebut apabila melihat beg laptop Nairah serta semua isi isi di dalam beg laptop itu.
"Kau biar betul?! Tak kan la sampai macam ni sekali jadinya?" setelah lama mendiamkan diri akhirnya lelaki itu bersuara...
"Yup kau langgar aku sampai beg ni ke tengah jalan raya at the same time ada lori lalu... Se..." belum sempat aku menghabiskan ayat, dia sudah tergelak besar.
Nairah memandang mukanya dengan penuh rasa marah.
"Ishh... Kau boleh gelak kat aku kurang ajar!!" Bila dia perasan yang muka Nairah sudah merah menahan marah terus dia berhenti ketawa.
"Eh Sorry sorry, tak sengaja tergelak," lelaki tu hanya tersengih..
"hm tapi kenapa nampak macam banyak je isi dalam ni tadi kata beg laptop?" wajahnya terus berubah serius apabila dia membelek belek isi beg tu sekali lagi.
"Yup memang banyak... Ada dua laptop, phone aku dan tiga pen drive.." lelaki itu ternganga apabila mendengar kata kata Nairah.
Nairah hanya tahan tawa dalam hati dia sudah terfikir mesti lelaki itu hairan kenapa dia bawa dua laptop.
"Hmm, okey la aku ganti semua tu. Meh number kau," kata lelaki itu.
"Nak bagi number macam mana kalau phone aku pon kena lenyek lori," lelaki itu diam sebentar mungkin tengah berfikir sesuatu.
"Hmm kalau macam tu next meeting aku bagi semua barang kau," dia berjalan menuju ke arah pintu.
"Ehh jap!! Aku lupa tanya, nama kau apa?!" Kata Nairah dengan nada suara yang agak tinggi memandangkan dia melangkah ke arah pintu.
"Muhammad Naydien Zarief Bin Muhammad Azman Panggil aku Naydien.. Bye assalamualaikum," dia terus melangkah keluar selepas memberi tahu nama penuhnya.
"Waalaikumussalam. Eh?!? Dia tu anak Uncel Azman. Patutla uncel tak ada tadi anak dia yang datang rupanya"
𐡘♡𐡘 𐡘 Bersambung 𐡘 𐡘♡𐡘
YOU ARE READING
Cinta Si Merah Delima
RomantiekComedy tapi sweet tapi lawak. Begitu la kira kira ⋆ ˚。⋆ʚ🎀ɞ⋆ ˚。⋆ Kehidupan seorang gadis bernama Maira Naira bukan mudah. Dihantui kenangan lama. Mencari identiti di sebalik gelaran Mr Merah Delima. Siapa Mr Merah Delima? "Kenangan itu mudah terpa...