Part 30 • Perangkap!

37 10 6
                                    

"Hello girl" Kata orang dihujung talian. Nairah yang mendengar suara itu terus tidak keruan, sudah seharian dia tunggu Naydien pulang namun masih tiada kelibatnya di rumah ini. Mendengar suara tersebut dia tahu suara itu kepunyaan siapa, hati nya terus berdetak tak tentu arah. Dia risau kalau suatu yang buruk berlaku pada Naydien kerana malam sebelum Naydien hilang, dia mendapat satu message yang berbau ugutan...

"Fa.. Farah." Jawabnya, gagap.

"Eh hahahah. Kau kenal suara aku.? Haha Maira. Kau fikir kau boleh terus bahagia lepas kau ambil Naydien dari aku.? Hmm.? Jangan harap.! Kalau aku tak dapat dia, so semua orang tak akan dapat dia.. HAHAHA aku kasi kau masa untuk datang sini, untuk kau tengok husband kau yang tercinta buat kali terakhir sebelum aku hantar dia 'balik' ke tempat asal dia." Kata Farah berselang seli dengan gelak sinis nya sebelum dia mematikan panggilan talifon. Nairah sudah tidak tentu arah dia tidak tahu apa yang perlu di buat dan siapa yang harus dia jumpa untuk minta tolong.

"Maira.! Sini cepat ikut kitaorng.!" Jerit seseorang dari luar. Dia kenal suara tu. Itu suara Adrian. Dengan cepat dia menyarungkan tudung di kepala nya dan berlari keluar untuk berjumpa dengan Adrian. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dia lihat Adrian tidak berkeseorangan, Adrian datang bersama Fikri, Haziq dan Alif.

"Akak cepat masuk kita pergi dekat Abang Nay." Kata Alif lalu menarik tangannya masuk ke dalam kereta. Nairah masih mendiam kan diri dia masih terkejut dengan apa sudah berlaku di sekelilingnya.

"Nairah, kau ikut je plan je kami. Sampai sana nanti..."

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

"Go Maira, take care. Kitaorng ada kat sini.. Ikut plan kita.." Kata Fikri lalu mengangguk kepala isyarat untuk Nairah terus pergi ke tempat yang Farah suruh dia datang sendirian, manakala yang lain tunggu di situ. Jauh sangat jauh dari lokasi dimana Farah berada.. Nairah tetap beranikan diri memandu seorang diri menuju ke location yang di hantar oleh Farah. Dalam hatinya tidak putus doa agar mereka semua dilindung oleh - Nya dari segala benda buruk...

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

"Abang sayang, bangun la Naydien." Farah menepuk lembut pipi Naydien. Rancangan yang dia cadangan berjalan dengan lancar.

"Fa.. Farah, apa kau buat ni.? Kenapa kau ikat aku macam ni.?" Soal Naydien sambil melihat sekelilingnya, sunyi sepi.

"Abang, Farah minta maaf.. Farah terpaksa.. Ini je cara Farah untuk dapatkan abang.. Tapi abang tetap nak Maira, apa yang Maira ada sampai abang tak nampak Farah kat dekat mata ni.?" Kata Farah sambil bermain main dengan pisau yang ada di tangannya. Sengaja dia dekatkan pisau di pipi Naydien..

"Farah letak jauh pisau, bahaya dear." Kata Naydien, lembut. Farah agak tersentak dengan panggilan 'dear' tadi..

"Apa awak cakap tadi.?" Soal Farah ingin kepastian.

"Dear, please lepas abang. Okey abang akan ikut cakap awak dear.." Kata Naydien lagi. Farah mengukirkan senyuman sinis. Dia meletakkan pisau di lengan Naydien lalu mentoreh tangannya.

"Farah stop it.!" Jerit Nairah sebaik sahaja tiba di situ. Dia sangat terkejut melihat keadaan Naydien yang diikat pada kerusi dan sedang menahan sakit di lengannya akibat di toreh oleh Farah. Farah menghentikan 'aktiviti' itu serta merta lalu ketawa sekuat hati..

"HAHAHA, hello Maira. Finally awak sampai jugak kat sini. Miss me girl.?" Kata Farah dengan senyuman sinisnya.

"Farah apa yang awak nak sebenarnya.? Kenapa boleh boleh jadi begini? Farah, stop farah. Ingat Allah farah." Kata Nairah perlahan lahan dia melangkah mendekati Farah memandang dia hanya memegang pisau dan tiada senjata lain yang merbahayakan. Dia cuba merampas pisau tersebut dari tangan Farah. Berjaya..

"Eh bagi balik pisau tu. Aku punya la si*l.!" Tengking Farah lalu menarik tudung Nairah. Nairah sempat mengelak dari Farah, malangnya akibat tersilap langkah dia terjatuh tetapi dia sempat membaling pisau itu ke arah pintu masuk yang dia gunakan tadi.

Tanpa fikir panjang farah pergi berlari ke arah pintu tersebut. Dia hanya upah orang untuk culik Naydien sahaja, selebihnya dia ingin lakukan sendiri. Alangkah terkejutnya dia apabila dia ternampak empat jejaka yang amat dia kenali...

𐡘♡𐡘 𐡘 Bersambung 𐡘 𐡘♡𐡘

Cinta Si Merah DelimaWhere stories live. Discover now