3 • Reject

77 16 18
                                    

"Assalamualaikumm" Nairah memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke tangga untuk ke biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikumm" Nairah memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke tangga untuk ke biliknya..

"Nairah! Dah balik dah sayang... Kenapa mummy call banyak kali Nairah tak angkat?" tegur mummy, Eryna Lithia yang berada di ruang tamu bersama Aunty Hannani dan anaknya Hazmi Haikal...

"Sini la duduk Nairah macam mana Nairah ngan anak aunty okey?" Nairah hanya menayang senyum ke arah aunty.

"Sekejap ya aunty, Nairah naik bilik dulu segarkan badan, solat asar,"

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

"Arghh macam mana aku lupaaa harinii Aunty Hannani datang!!!" katanya sambil menekup wajahnya di bantal untuk menjerit sepuas puasnya.

Mummy suka kenenkan Nairah sama anak anak kawannya. Kalau nak tahu, semua Nairah recjet dengan pelbagai alasan. Itu pon Nairah kene date dengan dia dulu.

Bukan dia tapi semua la sebanyak 3 kali pastu baru boleh buat keputusan selanjutnya sama ada nak terima atau sebaliknya. Sudah tentu lah Nairah akan tolak.

Sebenarnya Nairah masih tunggu Mr. Merah Delima...

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

"Akak!!! Turunn sekarang mummy panggil!!" kata Alif sambil ketuk pintu bilik aku.

"Ye kejapp!! Jangan la ketuk pintu kuat kuat ishh roboh pintu tu karanggg!!" sebaik saja Nairah buka pintu, dia lihat Alif yang masih berdiri di depan aku sambil menayang gigi.

"Kau nak apa tersengih sengih?" Alif menghulurkan tangannya isyarat meminta sesuatu.

"Oh phone kau? Akak pinjam kejap yee... Phone akak rosak," kata Nairah sambil mengenyit matanya.

"Alaa akak pulang la balik phone Alif.. Alif nak guna la, orang nak pergi class niii cepat kasi balik," Nairah hanya menjelirkan lidah lalu melangkah keluar bilik tetapi ditahan oleh Alif.

Dia mendepakan kedua dua belah tangannya di depan pintu. Muka dia sudah masam mencuka.

Nairah hanya gelak kecil dan memulangkan semula phone milik Alif.

Nairah dengan Alif adalah adik beradik kandung, tapi muka mereka memang jauh beza dan umur mereka pun beza 6 tahun aku 25 dia 19.

Nairah mempunyai sepasang mata berwarna merah kehitaman manakala Alif tidak mempunyai mata sepertinya tetapi rambut dia yang berwarna dark red.

Mata Nairah mewarisi warna mata Nenda iaitu mak kepada mummy, setiap kali mereka keluar berdua ramai sangka mereka ni pasangan bercinta.

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

"Nairah, lama dah mummy tunggu ni," mummy bersuara sebaik saja Nairah duduk sebelah mummy.

"Sorry kalau lama sangat tunggu Nairah..." mummy dan Aunty Hannani menggelengkan kepala serentak manakala Hazmi hanya tersenyum senyum memandang Nairah.

"Okey la kita straight to the point terus la... Kalau Nairah sudi terima Hazmi jadi peneman hidup Nairah minggu depan juga Aunty masuk meminang Nairah. Macam mana Nairah?" kata kata Aunty Hannani terus mematikan senyuman dia.

"Erm, aunty... Sorry to say tapi Nairah.. Hmm Nairah yakin ada orang lain yang lebih baik untuk Hazmi. Sorry aunty, Na-"

"But why Nairah? Sampai hati awak recjet saya. Apa saya ni tak cukup hensem ke? Atau kau pandang harta mama aku?" belum sempat aku merangka ayat Hazmi sudah bersuara...

"Eh jaga sikit mulut kau! Kau fikir aku ni materialistik?!!! Tolong sikit, aku tak pandang la harta kau! Harta tu semua tak jamin syurga pon!" marah Nairah, saat ini dia sudah menghiraukan kehadiran Mummy dan Aunty Hannani di situ lagi.

"Aku nak tanya waktu kita keluar sama sama mana pergi semua waktu solat kau?! Bila kali terakhir kau masuk masjid?! Bila kali terakhir kau buka Al-Quran?! Kau nampak orang selekeh dari jauh kau dah hina!" soalnya bertalu talu kepada Hazmi.

"Kau fikir semua benda yang kau ada kat dunia ni, harta, pangkat, duit boleh bawa kau masuk syurga?! Kaya pon belum tentu masuk syurga kalau iman tak ada!" habis merah padam muka Nairah tahan marah. Dia terus bangun dan menuju ke bilik.

Dia akui Hazmi mempunyai semua ciri ciri idaman wanita. Hensem, segak bergaya, kaya tapi dia tak pandang semua tu.

Nairah perasan dia ni agak sombong dan angkuh. Waktu jalan bersama dekat taman ada budak jatuh basikal dia cuma pandang je, siap gelak lagi. Nairah pulak yang susah payah tolong budak tu..

𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘

Sewaktu dinner...

"Ish, anak dara sorang ni apa nak jadi laa. Umur dah masuk 25 tak kahwin kahwin lagii. Bla bla bla....." mummy terus membebel sebaik saja Nairah duduk di meja makan berhadapan dengan mummy.

"Haah ni mummy nak tanya macam mana phone kamu rosak? bukan baru beli ke phone tu?" Nairah terdiam bila mummy tanya soalan macam tu.

"Erk... Rosak sebab... Ermm..."

"Apa erm erm? Cepat jawab!" nampak gayanya kali ni mummy memang naik angin.

"Phone.... kene lenyek... lori," Nairah tundukkan kepala tidak sanggup melihat muka mummy macam nak telan orang tuu manakala daddy dan Alif cuba tahan daripada tergelak. Kalau mereka tergelak berdarah la telinga kami semua malam nii...

𐡘♡𐡘 𐡘 Bersambung 𐡘 𐡘♡𐡘

Cinta Si Merah DelimaWhere stories live. Discover now