Seminggu berlalu...
Majlis pertunangan antara Mairah Nairah dan Naydien Zarief berlangsung dengan jayanya walaupun Nairah tidak rela.Majlis pertunangan mereka hanya dibuat secara kecil kecilan sahaja. Simple. Hanya family Nairah dan family Naydien sahaja kecuali Naydien kerana Aunty Laila melarang Naydien untuk turut serta.
Nairah memakai baju yang baru dibeli oleh mummy. Reka fesyen bajunya juga simple dan modern. Aunty Laila menghampiri dia untuk menyarungkan cincin tunang. Nairah hanya tersenyum.
"Sekarang Nairah dah jadi tunang Naydien. Mama harap Nairah terima semua ni dengan hati yang terbuka. Mama memang nak sangat Nairah jadi menantu mama. Mama yakin Nairah dengan Naydien akan bahagia hingga ke akhirnya.." kata Aunty Laila kepada Nairah lalu memeluknya erat. Nairah hanya mengangguk.
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Selesai sahaja majlis pertunangan, Nairah hanya duduk dibilik. Dia tidak pasti sama ada pilihan dia untuk bertunang dengan Naydien betul atau tidak. Dia keliru. Kerana mummy dia teruskan sahaja. Tetapi... Bagaimana dengan Mr. Merah Delima? Dimana dia..
Selesai menunaikan farhdu ain, iaitu solat zohor, Nairah hanya duduk di bilik. Dia tidak tahu apa yang harus dibuat. Seketika dia terpandang cincin tunang ku di atas meja sebelah katil.
Cantik. Simple. Pandai Naydien pilih. Senyuman kecil mula terbit dibibirnya. Dia mengambil cincin tersebut lalu sarungkan dijari manisnya."Ya Allah, Kalau betul Naydien sudah tertulis untuk ku, kau bukakan la pintu hatiku untuk terima dia. Tetapkan hati aku yang berbolak balik ni untuk dia. Hilangkan la rasa gusar di hati ku..."
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Sebaik sahaja majilis selesai, Aunty Laila pulang ke rumah dengan hati yang berbunga bunga. Nairah pun sudah menjadi tunang Naydien, satu satunya anak kesayangan dia.
"Mama! Mama macam manaa tadii!" Naydien terus menerpa ke arah mamanya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah. Aunty Laila hanya menayang senyum.
"Ish mama ni, Nay tanya soalan jawab la. Senyum senyum pulak," bebel Naydien.
"Haih anak mama sorang ni tak reti sabar," kata Aunty Laila lalu mencubit lengannya.
"Cerita la mama, macam mana? Semua okey tak?"
"Okey, sayang. Kalau tak okey kenapa mama senyum senyum.. Hm?" Aunty Laila mengangkat keningnya. Sengaja mahu usik anak kesayangannya. Lalu manceritakan 'kronologi' majlis pertunangan tadi.
"Mama, Nay nak tanya lagi satu soalan boleh."
"Tanya la." jawab Aunty Laila.
"Bila kitaorng kahwin?"
"Ya Allah. Naydien!" alangkah terkejut Aunty Laila mendengar soalan yang ditujukan oleh anak nya itu. Baru saja bertunang sudah tanya tentang khawin. Anak sapa la ni. Uncle Azman yang mendengar perbualan mereka hanya menggeleng kepala.
"Naydien sini kejap," panggil Uncle Azman. Tanpa berlengah lagi, Naydien terus menghampiri papanya.
"Naydien dengar sini, perkahwinan bukan satu mainan tau. Bukan boleh buat main. Kamu kene pasti kan diri kamu tu betul betul bersedia untuk pikul tanggungjawab seorang suami. Naydien, ingat ni pesan papa. Walau apa pun terjadi, bercerai atau berpisah bukan la satu jalan penyelesaian yang terbaik," pesan Uncle Azman panjang lebar. Naydien hanya mengangguk tanda faham.
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Dari jauh Farah hanya memandang gelagat mereka sekeluarga dengan rasa penuh cemburu dan marah. Mana tidaknya Farah sudah lama menaruh hati pada Naydien, tetapi sedikit pun Naydien tidak mengambil peduli. Pernah sekali, Farah meluah kan perasannya pada Naydien, apa yang cakap ialah dia cuma anggap aku tak lebih dari adik angkat...
"Jangan harap kau dapat dekati dia!" bisik Farah perlahan.
"Aku akan pastikan mama benci kau Maira.. Benci sebenci bencinya! Lepas ni jangan harap kau boleh tunjuk muka kau lagi! Jangan harap kau dapat bersama dengan Naydien! He is mine!" sambung Farah lagi. Terbit senyuman penuh makna. Mindanya sudah merancang pelbagai idea untuk pisahkan mereka. Hanya tunggu masa sahaja...
𐡘♡𐡘 𐡘 Bersambung 𐡘 𐡘♡𐡘
YOU ARE READING
Cinta Si Merah Delima
RomanceComedy tapi sweet tapi lawak. Begitu la kira kira ⋆ ˚。⋆ʚ🎀ɞ⋆ ˚。⋆ Kehidupan seorang gadis bernama Maira Naira bukan mudah. Dihantui kenangan lama. Mencari identiti di sebalik gelaran Mr Merah Delima. Siapa Mr Merah Delima? "Kenangan itu mudah terpa...