"Akakkkkkkkkkkkk mana dia niiiiiii" rengek Alif. Sekarang mereka dekat bowling centre seperti yang dijanji kan semalam.
"Yoo sorry lambat," cakap lelaki itu.
"Sampai pun ingat kan kau dah..." Nairah tidak menghabiskan ayatku sengaja biar tergantung.
"Erm suka kau lah. Yang pasti, kau belanja kan?" kata lelaki itu.
"Yes sepatutnya aku yang belanja tapi kau lambat so sebagai benda kau yang belanja," jawab Nairah selamba.
"Tak de, tak de, kau yang belanja. Kau langgar aku semalam kan," kata lelaki itu. Lelaki itu adalah Adrian...
Adrian Mikael salah seorang kawan Nairah semasa sambung belajar di London dulu. Orang yang Nairah terlanggar semalam adalah dia sebagai tanda 'minta maaf' Nairah perlu belanja dia main bowling.
Sepatutnya Naydien juga turut bersama mereka tetapi dia tolak... katanya dia agak busy.
"Eee mengungkit kalah perempuan," mereka berbalas jeling. Maklum la lama tak jumpa.
"Dahh laa gaduhhh kalau akak dengan abang Ad tak nak bayar biar Alif je yang bayar. Upss!" Alif terus menekup mulutnya sebaik sahaja menghabiskan ayatnya.
"CUNN!" Kata Nairah serentak dengan Adrian, mereka tahu Alif terlepas cakap... Nak buat macam kan? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Seletah hampir dua jam bermain bowling. Nairah mendapat 300 mata bersamaan dengan 12 strike, Adrian mendapat 5 strike dan Alif. Semuanya masuk longkang...
"So... Seperti yang dijanjika kita dah nampak siapa yang kene keluar duit malam ni," kata Adrian sampai menyiku Alif yang duduk disebelah dia.
"Tak aci! Korang tak pe la dah biasa main. Akakk pleaseee," Alif menarik muka.
"Alalala kesiann adik akak nii, ye la akak yang belanja steamboat malam ni," jawabnya.
"Yeahh akak belanjaa," kata Alif dan Adrian serentak.
"Sapa akak kau. Wei belanja lah air hauss," kata Nairah kepada Adrian.
"Kau nak air apa?" tanya Adrian
"Akak jee?? Alif?" sampuk Alif.
"Alif kalah beli sendiri," kata Adrian sambil menjelir lidah pada Alif.
"Hmm beli la milo ais."
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Sementara menunggu Adrian membeli air.
"Akak tu bukan abang Nay ke?" tanya Alif sambil tunjuk ke sesuatu arah. Ye betul itu Naydien.. tapi siapa perempuan yang bersama dia tu?
Tiba tiba terasa panas hati melihat kemesraan diorang. Nairah hanya mengangkat bahu dan menoleh ke tempat lain.
"Kejap tau akak, Alif nak pergi tandas," kata Alif. Nairah tidak memberi respond. Dan terus mendiamkan diri.
"Nairah nah air," kata Adrian yang tiba tiba berdiri disebelah tempat duduknya..
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
"Mairaaaa penat saya cari awak.. nah ambil air ni," kata lelaki itu.
"Thanks!" jawab Nairah pendek.
"Macam mana tadi? Dapat nombor tak?" soal lelaki itu.
Harini adalah hari sukan tahunan peringkat sekolah. Nairah dengan dia menyertai acara lumba lari. Sekarang kesemua acara sudah tamat dan hanya tunggu keputusan sahaja. Nairah dengan dia dalam rumah sukan yang sama iaitu rusa, rumah merah.
"Hmm" Nairah menunduk kepala.
"It's okey, don't worry next time boleh cuba lagi," kata lelaki itu.
"Sekarang adalah masa untuk menyampaian hadiah acara lumba lari bagi perempuan kategori menengah atas oleh itu dijemput yang berbahagia tuan...." Nairah tersenyum gembira.
"Maira awak dah kenapa seny-"
"DAN TEMPAT PERTAMA DIMENANGI OLEH NUR MAIRA NAIRAH BINTI MOHD RIZMAN!!" Nairah terus bangun dan maju kehadapan manakala lelaki itu masih lagi 'loading' dengan apa yang berlaku sekarang ini.
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
"HOII!! Ambil la air nii sejuk tahu takkk. Yang kau pandang aku macam tu apahall?! Tahu la aku makin hensem," jerkah Adrian. Nairah tersentak lalu mengambil air yang dihulur Adrian.
"Kau okey tak ni?" tanya Adrian.
"Hmm okey je kenapa?" Nairah memandang ke arah lain.
"Aku bukan baru kenal kau semalam. Cakap la kenapa ni?" kata Adrian lalu mengambil tempat duduk Alif. Bertentangan dengan Nairah.
"Aku okey la... Erm aku nak pergi tandas kejap. Alif pun ada kat tandas tu. Tunggu la kejap," tanpa melengah masa dia terus melangkah ke tandas.
𐡘♡𐡘 𐡘 Bersambung 𐡘 𐡘♡𐡘
YOU ARE READING
Cinta Si Merah Delima
RomanceComedy tapi sweet tapi lawak. Begitu la kira kira ⋆ ˚。⋆ʚ🎀ɞ⋆ ˚。⋆ Kehidupan seorang gadis bernama Maira Naira bukan mudah. Dihantui kenangan lama. Mencari identiti di sebalik gelaran Mr Merah Delima. Siapa Mr Merah Delima? "Kenangan itu mudah terpa...