Selesai saja mandi, Nairah terus mengenakan blouse warna maroon serta tudung berwarna pink.
Dia turun ke bawah menuju ke dapur kerana ingin mengambil buah delima untuk mengalas perut. Maklum lah dia memang hantu delima.
"Nairah nak pergi mana tu? Sini la dulu duduk breakfast sekali," jemput mummy.
"Ha? Erk sorry mummy urgent ni Nairah pergi dulu ye mummy bye assalamualaikum," Nairah mencapai tangan mummy dan daddy untuk salam.
Hari ni hari terakhir keluarga Naydien duduk disini, kata daddy petang nanti mereka pindah masuk vila yang mereka bersihkan tempoh hari. Tidak jauh pun, hanya belakang vila tempat tinggal Nairah.
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Setibanya di office Nairah terus mencari kelibat Airis dan beberapa staff yang terlibat...
"Nairah sampai pun kau, sini kau tengok ni," Airis menunjuk record laporan kewangan syarikat mereka. Tiada apa apa yang mencurigakan tapi...? Kenapa duit syarikat berkurang secara mendadak bukan seringgit dua tapi hampir 10 ribu!
"Hm ni bila last update?" mata Nairah masih tidak lagi dari memandang skrin computer.
"Erk last... Ermm bulan lepas.." jawab Airis gagap.
"Sini aku tengok..." Nairah mencapai tetikus dan mula 'menggeledah' semua maklumat tentang ini..
Beberapa minit kemudian...
'BAMM'
"Eh, kau dah kenapa hempas meja?!" bebel Airis akibat terkejut.
"Aku rasa ada orang pecah amanah. Aku rasa dia buat ni supaya kita tak dapat kesan aktiviti dia," focus Nairah masih di skirn computer.
"So macam mana?" tanya Airis.
"Jap aku cuba..."
"Cuba apa?" soalan Airis dibiarkan tergantung tanpa jawapan...
Setelah hampir 2 jam bersengkang mata dengan computer.. Nairah tetap gagal untuk mengenal pasti punca dia...
"Kita report polis je la, Nairah," cadang Airis sambil menghulurkan air kotak entah mana dia dapat janji air.
"Hmm entahla Airis.. Eh jap siapa yang sepatutnya yang handle kewangan syarikat ni? Badri kan? Mana dia?" Nairah baru teringat tentang dia sepatutnya dia berada di sini sekali tapi kemana dia pergi?
"Haah Badri Yaseen... Entah la Nairah, kami dah cuba hubungi dia banyak kali semua tak dapat.. tiba tiba je senyap tanpa khabar... Entah entah ni semua kerja dia.."
"Tak kan ni kerja dia? Dia kerja sini sejak daddy jadi pengurus syarikat ni lagi.. tak kan dia? Kalau ni semua dia punya kerja tapi kenapa? Dia pekerja kesayangan daddy. Daddy sendiri yang beri dia jawatan ni.. daddy bukan senang nak percaya kat orang," kata Nairah panjang lebar.
"Hmmm kita buat report polis je la biar polis buat kerja dia."
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Seminggu kemudian..
Nairah memandang lelaki tersebut dari atas hingga bawah.
"Awak, Badri Yaseen?" tanya Nairah.
"Ye saya"
"Awak pengurus hal kewangan syarikat ni kan?" soal Nairah.
"Ye saya puan"
"Awak tahu kan apa yang berlaku sekarang?" soalnya lagi.
"Tahu puan, saya minta maaf minggu lepas saya terpaksa ambil cuti mak saya masuk hospital terjatuh dalam bilik air," kata badri dengan riak wajah yang nampak sedih
"hmm, macam mana mak awak sekarang okey?" sengaja Nairah bertanyakan khabar emak dia mana tahu dia reka cerita.
"Alhamdulliah dia okey cuma... dia tak boleh jalan seperti biasa sebab terseliuh," jawabnya sambil tersenyum sayu.
"Hmm, saya nak awak semak semua maklumat dan laporan mengenai kewangan syarikat ini. Dan saya nak awak terus laporan kan kepada saya kalau ada apa apa yang tak kena. Sekarang, " arah aku...
"Baik puan"
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Di sebelah petang...
"Nairah!"
"Maaf puan saya dah halang dia tapi dia datang juga sini," kata Syaza sambil tunduk memandang lantai.
"It's okey syaza thanks," Nairah senyum ke arahnya dan buat isyarat supaya dia keluar. Dia sudah agak yang Naydien akan datang.
"Nairah kau dah kenapa buat macam ni? Tak kan sebab kau dendam dengan aku pula, Kau batalkan projek ni?" tanpa salam Naydien terus menyerang Nairah dengan beberapa soalan tanpa henti..
"Agak agak ah kalau sebab la dendam. Eh kalau aku dendam aku buat lebih dari ni tau," panas pula hatinya sedap mulut dia je tuduh Nairah macam tu.
"Habistu kenapa kau batalkan projek ni?" Naydien duduk di kerusi hadapan Nairah tanpa dipelawa.
"Huh aku minta maaf tapi... Aku bukan nak batalkam projek ni, tapi aku nak minta kita tangguh sekejap projek ni seb-"
"But why kau tahu tak kalau kita buat macan ni syarikat kita mengalami kerugian yang besar?" potong Naydien.
"We had a little problem so we had to stop this project for a while... Apologies from our side.. please, aku minta maaf tapi kami memang tak boleh nak terus projek ni buat masa sekarang," secepat mungkin Nairah bersuara supaya tidak dapat dipotong oleh Naydien lagi.
"what's going on?" tanya Naydien prihatin.
"Ada orang pecah amanah, this company has suffered a lot of losses."
𐡘♡𐡘 𐡘 Bersambung 𐡘 𐡘♡𐡘
YOU ARE READING
Cinta Si Merah Delima
RomantikComedy tapi sweet tapi lawak. Begitu la kira kira ⋆ ˚。⋆ʚ🎀ɞ⋆ ˚。⋆ Kehidupan seorang gadis bernama Maira Naira bukan mudah. Dihantui kenangan lama. Mencari identiti di sebalik gelaran Mr Merah Delima. Siapa Mr Merah Delima? "Kenangan itu mudah terpa...