"Nairah kita satu team dengan Fikri, Haziq, Nina, Lisa dan Ernie. Cikgu lantik saya jadi ketua kumpulan ni," kata lelaki tersebut sebaik saja cikgu selesai bahagi kumpulan untuk aktiviti malam ni.
Nairah dapat satu kumpulan dengan dia. Hari ni adalah hari ke-2 perkhemahan tahunan diadakan, dan ini kali pertama Nairah sertai perkhemahan anjuran sekolah.
Aktiviti malam ni adalah untuk menguji keberanian diri.
Setiap kumpulan ada 7 orang. Mereka diarahkan untuk meredah hutan tanpa lampu suluh.Walaupun ramai orang yang ada di dalam hutan untuk memantau dan menunjukkan arah kepada mereka, Nairah tetap berasa takut kerana ini kali pertama Nairah akan meredah hutan nasib baik Nairah sekumpulan dengan si dia.
"Okey next!" jerit Cikgu Lan.
"Jom turn kita pulak nii!! Tak sabarnyaa nak masuk hutan tuu," kata Haziq penuh teruja.
"Eleh tak sabar konon.. Karang kau terjerit jerit kalah perempuan," kata Nina selamba sambil menarik tangan Lisa. Mereka semua ketawa bila melihat muka tidak puas hati yang ditayangkan oleh Haziq.
"Apa yang seronok sangat tu? Dah ambil kain ni tutup mata. Sepanjang perjalanan nak pergi hutan tu selawat berzikir, " pesan Cikgu Lan sambil menghulurkan kain tersebut.
"Aik macam mana nak jalan kalau tutup mata?" tanya Haziq pelik.
"Haish kamu ni... Nanti dapat arahan buka mata cabut la kain tu, " Cikgu Lan menggeleng kepala...
𐡘♡𐡘 𐡘 ֎ 𐡘 𐡘♡𐡘
Setibanya ke tempat yang dituju, mereka diarahkan untuk cabut kain tersebut.
"Ahh" jerit Nina dan Lisa serentak bila terlihat patung seperti pocong di pokok yang berhampiran.
"Eh jangan risau yang tu patung je... Tapi bukan satu tu je kat dalam ada banyak lagi.." kata wanita tersebut. Aku menghembus nafas lega
"Huh nasib patung. Kalau tidak, ish jangan fikir bukan bukan," Nairah menggeleng kepala agar berhenti fikirkan hal itu...
YOU ARE READING
Cinta Si Merah Delima
RomanceComedy tapi sweet tapi lawak. Begitu la kira kira ⋆ ˚。⋆ʚ🎀ɞ⋆ ˚。⋆ Kehidupan seorang gadis bernama Maira Naira bukan mudah. Dihantui kenangan lama. Mencari identiti di sebalik gelaran Mr Merah Delima. Siapa Mr Merah Delima? "Kenangan itu mudah terpa...