Second Ending

369 27 16
                                    

"Kalau tengok dekat sini, ini Garden of Eden. Taman ini sekarang milik tuanku kecil berdua— Putera Nick! Puteri Kate!"

Jeneral Jongin mengejar Nick dan Kate yang sedang menunggang anjing milik Raja Baekhyun yang bernama Mongryong itu. Mereka menunggangnya seolah-olah ia adalah sebuah motor.

Padahal tadi dia sedang mengajar mereka tentang selok-belok istana ini.

Dari jauh, Pakcik Iskandar mereka datang sambil membawa kek yang dia sendiri masak. Lelaki itu turut sama berkejaran kerana tak faham dengan apa yang berlaku. Iskandar katanya sudah pun bertunang dengan seorang gadis biasa yang dirahsiakan identitinya.

Wendy ketawa terbahak-bahak melihat anak-anaknya mengerjakan Jongin. Dia tak ada niat pun untuk menghentikan perbuatan kedua anak kecilnya itu.

"Omo! In Joon! Katy! Basah baju noona! Heiii!!" Yoona menjerit saat anjing milik Baekhyun membuat pusingan mengejut sehingga menyepak lumpur ke bajunya. Dia terus mengejar anak-anak Wendy dan menarik Sehun untuk ikut sama.

Dengarnya, Sehun tak berkahwin dengan Yoona. Gadis itu mahu hidup bebas dan tidak dikongkong oleh sesiapa. Mujurlah Sehun menghormati keputusan Yoona. Waktu majlis hari jadi Sehun tempoh hari, Sehun ada berjumpa dengan seorang puteri yang merupakan sepupu kepada Baekhyun, tak silap namanya Miyoung. Sekarang, Baekhyun, Iskandar dan Yoona sedang cuba untuk menjodohkan mereka. Entahlah Sehun terima atau tidak.

Ouh sebelum itu, ya, anak milik Wendy bersama Chanyeol. Park In Joon dan Park Katherine.

Lima tahun dulu, Wendy sebenarnya tidak gugur. Chaeyoung dan tabib Jungwoo merahsiakannya atas permintaan adik Chanyeol itu. 

Wendy mengalami mual dan sebagainya selepas perang besar itu. Raja Leo dan Permaisuri Luna pada awalnya terkejut. Ajaib sebenarnya kerana kedua bayi dalam kandungan Wendy itu berjaya hidup. Chaeyoung pun menyangkakan yang Wendy akan memarahinya kerana menipu. Namun gadis itu sebaliknya berterima kasih.

Kalau Chaeyoung tak selamatkan dia dari awal dulu, mungkin dia tak akan pernah merasa bahagia sebegini. Nicholas(InJoon) dan Katherine serupa sangat macam ayahanda mereka. Suka menyakat dan manja.

Kini, Wendy dan seluruh keluarganya berpindah ke Appolonia dan hidup disana. Wendy ditabalkan sebagai permaisuri kepada kerajaan Appolonia memandangkan gadis itu satu-satunya pasangan Chanyeol. Bahkan dia memiliki pewaris kepada kerajaan Appolonia.

Permaisuri Park melayan Wendy dengan baik sekali sebagai membalas jasa gadis itu kerana sentiasa menyayangi anaknya. Dia pun sudah membebaskan hamba-hamba yang berada di kandang dan memberi kehidupan yang lebih baik buat mereka.

"Hai permaisuri. Sibuk nampak?" sapa seseorang. Wendy menoleh.

"Jaehyun! Lama tak balik! Chaeyoung mana?" soal gadis itu. Jaehyun tergelak.

"Chaeyoung ada hah tengah bercakap dengan bonda dia. Mana anak saudara aku ni?"

Jaehyun mencari anak-anak Wendy yang sedang bermain dengan Jeneral Jongin, Iskandar dan Yoona. Dia tersenyum memandang mereka.

"Ada tu hah tengah menyakat pakcik diorang," jawab Wendy.

"Dah besar dah diorang. Lama jugak aku dengan Chaeyoung pergi luar negara ya?"

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now