"Putera tak perlu mencemar duli sendiri. Dekat sana kotor. Patik yang akan selesaikan segalanya!"Jeneral Jongin, pahlawan terkemuka Kerajaan Appolonia menahan Putera Chanyeol daripada menjejakkan kaki ke dalam kandang manusia.
Di sana, bauan darah sahaja yang dapat dihidu. Busuk. Bau seperti bangkai. Menjijikkan. Seorang seperti Putera Chanyeol tak sepatutnya menjejakkan kaki ke sana.
"Beta nak pilih sendiri. Kali terakhir korang pilih, daging dia liat! Rasa macam sampah!" Bantah Chanyeol.
Kemejanya dibutangkan sambil dia menatap cermin. Jeneral Jongin mengeluh lagi. Wajahnya berkerut.
"Putera. Mereka tu kuat melawan. Kalau ada yang sampai pegang putera nanti macam mana? Habis segala virus melekat! Nanti putera sakit." Lelaki itu masih cuba memujuk.
"Macamlah mayat yang kau bawak balik tu tak ada virus sendiri." Chanyeol membidas kata-kata Jongin. Lelaki itu tersenyum sinis.
Jeneral Jongin hilang kata. Tapi ini kes lain! Kalau sampai ada yang menyerang Chanyeol, lelaki itu pasti murka. Hamba hina seperti manusia tak boleh sentuh orang semulia Chanyeol.
Kalau Chanyeol sendiri yang melihat bagaimana manusia-manusia itu melawan saat ingin disembelih, pasti dia mengamuk sakan.
Inilah padah mempunyai putera yang degil. Degil sejak azali. Degil sampai ke ubun-ubun dan hujung tulang sulbi. Degil yang tak boleh diajar dengan rotan. Degil yang kena diberi pengajaran dengan pedang dan darah.
"Ini arahan beta, Jeneral Jongin."
Jeneral Jongin menunduk. Dia tak dapat melawan Chanyeol lagi. Silap hari bulan, dia yang dijamah Chanyeol. Kepalanya ditunduk.
Chanyeol siap. Mereka mulai keluar dari bilik menuju ke kereta kuda.
Rombongan istana mulai bergerak menuju ke kandang terbesar dunia. Kandang yang memuatkan hampir sejuta manusia. Lebih besar daripada yang ada di Olympian. Sepanjang perjalanan, golongan bangsawan kanibal berbaris menyambut kedatangan Putera Chanyeol mereka dengan penuh hormat.
Sebaik Chanyeol melewati mereka, mereka meneruskan semula kegiatan hidup seperti biasa. Pemandangan seperti manusia ditarik dengan tali lagaknya seekor anjing merupakan hal yang biasa bagi Chanyeol.
Bahkan ada yang sedang memakan makanan daripada tong sampah saat tidak dilihat oleh tuan mereka. Bila tertangkap, mereka akan dibedal dengan amukan keras. Sama macam layanan manusia kepada haiwan 130 tahun dahulu.
Karma? Mungkin.
Ketibaan mereka di kandang manusia disambut oleh pekerja-pekerja disana. Chanyeol menapak ke dalam kandang itu buat pertama kalinya. Selalunya, dia berada diluar sahaja.
Dia memerhati dari luar seperti burung helang. Burung helang yang kejam bak Cobra.
Bunyi tangisan manusia kedengaran dicuping telinga lebar Chanyeol. Dia berjabat tangan dengan beberapa pengembala manusia. Mereka sedang menerangkan sesuatu pada Chanyeol.
YOU ARE READING
(C)(CANNIBAL) The King
Tajemnica / ThrillerPernah dengar pasal kanibal? Pastilah. Tapi pernah dengar kisah kanibal yang jatuh cinta dengan manusia? Kanibal yang jatuh cinta pada makanannya sendiri? The walking food. 🚨TW // harassment, cannibalism, torturing, toxic relationship, 18+🚨