Part 14 : Pembunuh

623 50 31
                                    


Malam yang sunyi. Tiada bunyi bising dapat didengari dari dalam hutan. Cahaya bulan sahaja yang menemani manusia tatkala ini.

Ada yang sedang tidur. Ada yang sedang menikmati keindahan malam. Dan ada yang sedang terjaga kerana ingin memburu.

Mata Chanyeol fokus didalam gelap. Dia nampak dengan jelas semua dihadapannya kerana telah dilatih dari kecil. Jeneral Jongin mengetuai pasukan knight Appolonia.

Mereka bergerak pantas bagaikan angin. Licik seperti ular cobra. Tangkas seperti harimau bintang.

Pergerakan musuh dibaca seperti membaca ABC.

Setiap askar Appolonia telah pun mengesan manusia yang sedang berjalan berkumpulan menuju kearah istana. Mereka nampaknya belum sedar dengan apa yang sedang berlaku.

Bibir Chanyeol mengukir senyuman sinis saat ternampak musuh lamanya, Seunghoon. Lelaki itu adalah anak daripada puak manusia yang menentang mereka sekeras-kerasnya. Bapanya telah mati dibunuh Raja Park, ayahnda Chanyeol.

Formasi W dijalankan. Dengan kedudukan askar berupa huruf W, musuh mereka tak akan dapat melarikan diri kerana dikepung.

Salah seorang askar terpijak ranting sehingga membuatkan kedua-dua belah pihak berhenti bergerak. Tak semena-mena, satu anak panah terkena pada askar Appolonia.

Chanyeol tahu, itu tanda peperangan kecil mereka bermula.

"Go!" Teriak Chanyeol.

Dengan sepantas kilat seperti angin, askar-askar Appolonia mara ke hadapan. Setiap satu mangsanya dibunuh.

Chanyeol menghunus pedangnya dengan tangkas seperti bermain dengan mainan kanak-kanak. Tak ada manusia yang hidup saat berdepan dengannya.

Leher mereka dikelar dengan sekali cubaan sahaja. Chanyeol dengan tenang menuju kearah Seunghoon.

"Welcome to my kingdom, my enemy."

Pedang samurai itu menusuk dada Seunghoon tanpa banyak bicara lagi. Lelaki itu, ketua kepada pemberontakan itu jatuh ke tanah.

Chanyeol menekan pedang tersebut dan membelah dada Seunghoon.

Dia mencabut pedang itu dan merobeknya dengan tangan kosong. Giginya mulai menggigit daging mentah itu dengan rakus. Jantung Seunghoon dikeluarkan dan dimakan.

Habis mukanya terkena darah musuh. Chanyeol mengaum seperti singa gila.

Askar-askarnya menjatuhkan pedang dan mulai mengikuti langkah Chanyeol. Mereka membaham musuh sendiri pada malam itu. Seluruh tubuh itu diratah tanpa belas kasihan meskipun ada yang masih bernyawa.

Mereka mati dalam penyeksaan.

Renungan Chanyeol tak ubah seperti Lucifer yang gila. Gilakan darah. Gilakan daging.

Pedang diangkat semula. Chanyeol mulai memotong kepala Seunghoon untuk dijadikan trofi.

Dia mengangkatnya dan menunjukkannya pada askar-askarnya.

"Sebarkan pada manusia yang menentang diarah timur! Siapa yang cari mati dengan beta, dia akan berakhir seperti ini!"

"Baik, tuanku!"

...

Wendy berjalan sendirian didalam istana kerana terlalu bosan. Madam Susan pun sudah lama tak menjenguknya. Dengan hanya memakai baju tidur, dia berjalan melepasi pengawal tanpa rasa gementar.

Dia geisha Chanyeol.

Dia milik Chanyeol.

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now