Part 18 : Hurt

386 45 54
                                    

Wendy trauma. Bangun sahaja dari pengsannya, Madam Susan memaklumkan yang Putera Chanyeol telah ke luar negeri lagi. Lelaki itu tak memberitahunya sepatah pun saat ingin pergi.

Pandangan Chanyeol saat itu, seolah-olah sinis terhadapnya. Melihatkan Chanyeol membunuh seseorang tanpa mendengar penjelasan mereka terlebih dahulu membuatkan Wendy terfikir, adakah Chanyeol akan melakukan hal yang sama kepadanya?

Gadis itu dihidangkan teh panas untuk menenangkannya. Kata Madam Susan lagi, dia pengsan selama dua hari. Dia juga meracau-racau didalam mimpi.

Tabib ada datang memeriksanya. Katanya Wendy sihat sahaja. Ubat yang diberikan oleh Hara itu tidak memberi kesan kepada badan Wendy.

Tapi, pandangan tabib kepadanya membuatkan dia ragu-ragu. Lelaki itu tidak berani merenung tepat ke matanya.

Chaeyoung mendekati Wendy seraya memeluk gadis itu dari belakang. Wendy tersentak.

"Unnieee.." Panggilnya, mesra. Wendy tersenyum pahit.

"Chaeyoung dah dengar apa yang terjadi. Nanti saya suruh gandakan lagi pengawal ya?" Ujar gadis barbie itu.

"Tak payahlah. Unnie selamat je ni."

"Nasib baik selamat.." Sindirnya. Dia melepaskan pelukan Wendy dan duduk disebelah kakaknya itu. Kakak ipar.

"Nak pergi jalan-jalan keluar istana tak?" Ajak Chaeyoung. Mata Wendy bersinar sekarang.

"Boleh ke?"

"Chanyeol oppa tak ada. Dia tak akan tahu."

Wendy dan Chaeyoung merenung satu sama lain. Adik iparnya itu memberi senyuman jahat. Lebih kepada nakal sebenarnya.

Dia memimpin Wendy menuju ke kandang kuda dan menarik salah satu kuda berwarna putih keluar. Bulu kuda itu diusap-usap lembut.

"Chaeyoung. Saya rasa tak sedap hati je." Ujar Wendy, takut. Chaeyoung meletakkan alas duduk pada badan kuda tersebut.

"Unnie, kalau nak buat jahat hati kena kental. Hati keras macam Chanyeol."

Wendy mengeluh perlahan. Chaeyoung menghulurkan tangan untuk mempersilakan Wendy naik. Wendy terkial-kial awalnya tapi segera ditahan oleh Chaeyoung yang lebih tinggi daripadanya.

Selepas itu, Chaeyoung pula naik dan duduk dibelakangnya. Tali yang mengikat muka kuda itu dilibas.

Mereka mulai bergerak keluar dari istana. Chaeyoung mengarahkan kuda melalui jambatan yang berada dihadapan istana menuju ke bandar.

Mereka cuma ingin mencuci mata sahaja.

Wendy tersenyum kecil setelah dapat menghirup udara segar. Dia rasa bebas buat seketika. Langit membiru sekarang. Cerah.

Cakk!!

Sepasang anak panah mendarat betul-betul dihadapan kuda Chaeyoung. Chaeyoung menahan dirinya daripada terjatuh.

Pasukan pengawal istana dihadapan mereka dijeling.

"Puteri Chaeyoung, Geisha Wendy! Kalian berdua diminta untuk berundur dan pulang ke istana atas arahan Putera Chanyeol." Tegasnya.

"Kami cuma nak melawat bandar. Pikyeo!" Arah Chaeyoung pula.

"Maafkan kami, puteri. Kami diminta untuk menjaga geisha Wendy. Kalau tuan puteri nak pergi, silakan. Tapi serahkan geisha Wendy kepada kami terlebih dahulu."

Ada keluhan berat keluar dari Chaeyoung.

"Chaeyoung. Kita baliklah." Pinta Wendy, takut saat melihat senjata yang dibawa oleh pengawal itu. Dia tak mahu Chaeyoung tercedera.

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now