Part 30 : Abused

304 35 45
                                    

"Kau cedera!"

"Saya tak nak awak sentuh saya!"

Wendy menjauhkan diri daripada Chanyeol setelah sampai diistana. Gadis itu pucat sekarang. Dia kehilangan terlalu banyak darah.

"Tuanku! Bahagian selat utara kita kena serang!" Pengawal bernama YangYang datang melapor.

Musuh mereka telah mengambil kesempatan untuk menyerang saat Chanyeol leka.

Dengusan kasar dapat didengari. Chanyeol dengan kasar menarik badan Wendy menuju ke penjara bawah tanah.
Gadis itu ditolak masuk ke dalam salah satu kurungan. Awalnya, Chanyeol cuma ingin melindungi Wendy disana, tetapi setelah sel otaknya berhubung, dia terus menyerang Wendy. Atau lebih tepat lagi, saat sel otaknya terputus.

"Kau yang hubungi diorang kan?!" Tuduh Chanyeol.

Wendy yang sedang terbaring diatas tanah menayangkan wajah bingung. Siapa, siapa? Siapa hubungi siapa?

"Saya tak faham Chanyeol."

"Bullshit! Mula-mula Hara, kemudian Seulgi. Sekarang kau panggil orang lain pula. Dah berapa lama sejak kau tahu pasal Genova?!" Soal Chanyeol lagi.

Wendy menggeleng laju.

"Saya tak tahu pun diorang siapa Chanyeol. Tolonglah percaya saya. Saya tak tahu! Awak sendiri tahu yang saya ada dengan Jeneral selama ni! Macam mana saya boleh hubungi sesiapa?!"

Chanyeol membuka jaketnya. Pintu kurungan ditutup. Tali pinggangnya dibuka.

"Aku dah habis percayakan kau, Wendy."

Bush!

Chanyeol menghayun tali pinggangnya ke badan Wendy. Gadis itu menjerit meminta tolong sekarang.

"Tu..Tuanku..Tuan Putera.." Para pengawal terkedu melihat betapa gilanya Chanyeol sekarang terhadap Wendy.

Sayang sekali, mereka tidak mungkin dapat melindungi Wendy.

...

Wendy dikurung didalam kurungan ini bersendirian. Tak ada sesiapa pun yang berani untuk memberinya makan. Perutnya sudah pun berbunyi namun Wendy sendiri tak ada nafsu untuk makan.

Dia menangis mengingatkan Jaehyun yang sudah pun meninggalkannya. Kenapa Chanyeol buat dia macam ni? Apa salah Jaehyun padanya?

Wendy merenung kurungan dihadapannya. Dia terkejut saat melihat badan yang tergantung disana. Semalam dia tak perasan pun apa yang ada disana kerana gelap.

Itu Seulgi. Seluruh badannya telah dipotong kepada bahagian kecil dan digantung seperti ayam. Kepalanya sedang menghadap Wendy dengan lidah yang terjelir keluar. Wendy rasa mual sekarang.

Pintu penjara dibuka. Chanyeol datang lagi. Kali ini, mukanya agak tercalar. Chanyeol masuk dan menarik Wendy mendekatinya.

"Bagitahu aku siapa tali barut dalam istana ni?!" Arah Chanyeol, menjerkah Wendy secara tiba-tiba. Chanyeol kelihatan seperti orang gila sekarang.

Kening Wendy hampir bercantum. Dahinya berkerut. Lengannya sakit kerana dicengkam kuat oleh Chanyeol.

"Saya tak faham, Chanyeol!"

"Tak faham tak faham! Habistu apa yang kau faham?!"

"Tolonglah.. Saya berani bersumpah saya tak tahu apa-apa.."

"Jangan bersumpah depan aku kalau kau sendiri tak tunduk pada aku!"

Pipi Wendy ditampar.

"Dia lelaki atau perempuan?! Jawatan apa?! Macam mana dia tahu jalan masuk sempadan negara aku! Mereka tak akan masuk dengan senang kalau tanpa bantuan orang dalam! Mengaku sekarang sebelum aku bunuh yang lain perempuan sial!" Chanyeol menggila.

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now