Part 28 : Oh no

247 37 9
                                    

Before You Go - Lewis Capaldi

"Masih ada masa untuk tarik balik arahan tu, putera. Kesian geisha," rayu Jeneral Jongin. Dia merenung Wendy yang sedang berdiri lemah bersama pengawal-pengawalnya disana.

Chanyeol membuka butang bajunya dengan kasar. Dia mendengus.

"Ajar dia. Biar dia tahu, mana neraka yang sebenar. Sini atau luar sana," arahnya. Chanyeol terus pergi tanpa berlengah lagi.

Wendy menangis teresak-esak sambil merenung Chanyeol yang melewatinya tanpa menoleh walau sedikit pun. Dia akan diiringi oleh Jeneral Jongin untuk keluar dari istana.

Chanyeol mengarahkan pengawal untuk membawa Wendy keluar seperti yang gadis itu inginkan. Itu yang gadis itu nak kan? Tinggal dengan Jaehyun.

Pergilah. Berambus. Nak sangat hidup dengan kanibal lain kan? Pergilah.

Wendy tak berhenti menangis walaupun telah meninggalkan perkarangan istana beberapa minit tadi. Bukan ini penyelesaian yang dia minta. Dia akan dibawa ke tengah bandar dan bukannya kandang manusia.

Wendy akan ditempatkan disebuah kediaman dibawah pemerhatian Jeneral Jongin. Walau bagaimana pun, Wendy tetap seorang geisha.

Dia berkemungkinan membawa anak Chanyeol, jadi mereka perlu melindunginya daripada kanibal-kanibal lain. Wendy tidak akan dibenarkan untuk keluar melainkan ditemani Jeneral Jongin.

Tak lama selepas itu, mereka tiba disebuah hotel mewah. Jeneral Jongin membantu Wendy untuk turun. Mereka masuk ke dalam dan menuju ke bilik yang telah ditempah buat Wendy.

"Ini kediaman sementara geisha. Kalau perlu apa-apa, beritahu kami," ujar Jeneral Jongin. Wendy mengangguk dan memandang sekilas Jongin bersama orang-orang bawahannya.

Pintu bilik hotel ditutup. Dia terjatuh memeluk lutut sambil menangis lagi. Wendy tak tahu kenapa sekarang dia semakin sensitif. Padahal, dia patut gembira yang Chanyeol dah lepaskan dia. Tapi hatinya mengatakan sebaliknya.

Apatah lagi saat mengetahui yang Seulgi masih berada disana. Tak ada siapa boleh membantu Wendy sekarang.

Sementara itu diistana, Chanyeol merenung dirinya sendiri didalam cermin. Lantas, cermin tersebut ditumbuk. Dia kesal dengan keputusannya. Kenapalah dia tak pandang Wendy dan tarik semula gadis itu masuk ke dalam istana tadi.

Tangannya berdarah sekarang. Chanyeol tak mendesah kesakitan. Dia lebih sakit hati dengan dirinya.

"Wendy.."

"Chanyeol.."

Kedua insan ini saling memanggil satu sama lain. Sayangnya, tak ada diantara mereka yang mampu mendengar mahupun menjawab panggilan itu.

Chanyeol menjilat luka pada tangannya dan tidak sekalipun mengaduh kesakitan. Lelaki ini, psiko.

...


Beberapa hari berlalu, Wendy masih terkurung didalam hotel. Dia cuma berlegar-legar didalam kerana tidak berani untuk keluar.

Chanyeol mengintai Wendy yang sekarang sedang berada di lobi hotel yang dia tempatkan. Gadis itu tak banyak bergerak. Dia cuma duduk diatas sofa sambil mengelamun.

Ada beberapa orang pengawal yang menjaganya tak jauh dari situ. Mereka menyamar sebagai orang biasa sekarang. Roh Wendy nampak seolah-olah hilang. Yang tinggal cuma jasadnya sahaja.

Air kopi diminum sedikit. Wendy menunduk dengan mata berair. Perutnya diusap.

Wendy terpandang kanibal yang sedang membawa peliharaannya yang juga merupakan manusia untuk keluar. Badan manusia itu penuh calar-balar. Dia mengalihkan pandangan.

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now