"Oh my god! HAHAHAHA! Look at that walking food!"
Putera Sehun tergelak besar dari atas kuda tunggangannya. Dia geli hati saat melihat bagaimana sekumpulan manusia melarikan diri seperti kawanan lembu tatkala dikejar pengembala manusia.
Lelaki yang agung itu turun dari kuda tunggangan seraya mendekati pagar yang memisahkannya dengan ladang manusia.
Ladang yang dahulunya sepatutnya digunakan untuk kawanan lembu, kini digunakan untuk memerangkap manusia. Manusia yang bukan kanibal. Lebih kepada makanan.
Putera daripada kerajaan Hilgovia itu tidak dapat menahan seleranya. Daging manusia sungguh menyelerakan. Rasanya seakan-akan daging babi, namun lebih sedap. Itu yang dia dapat pastikan.
Kawanan manusia itu dipukul dengan cemeti. Mereka meraung-raung meminta belas kasihan. Sayang, tidak ada yang dapat menolong.
Nasib mereka kerana tidak memihak pada puak kanibal.
Wendy, salah satu hamba yang bakal dijadikan sajian suatu hari nanti mengelak setangkas mungkin daripada dipukul. Badannya sudah berbirat tapi dia tahan. Sahabatnya menarik dia ke dalam pelukan supaya tidak terkena libasan cemeti.
Putera dari kerajaan sebelah itu dipandang dengan penuh dendam. Lelaki itu langsung tidak akan bersimpati dengan mereka, sama seperti putera kerajaan ini.
Appolonia. Kerajaan paling kuat sekali selepas Olympian.
Sejak 130 tahun lalu, puak kanibal dengan bantuan ahli politik tamak telah menguasai dunia. Puak kanibal menjanjikan kekayaan yang mutlak kepada ahli-ahli politik ini sehinggakan mereka dengan senang hati menyerahkan negara-negara dunia kepada puak kanibal.
Sejak puak kanibal yang memerintah, sistem pemerintahan negara diubah menjadi kerajaan. Bermaksud, negara-negara besar akan digabung menjadi sebuah empayar yang diperintah oleh seorang Raja Mutlak. Negara seperti China, Rusia, Amerika disatukan menjadi kuasa besar dunia. Tiada perselisihan bangsa di sini. Cuma ada dua makhluk yang berbeza sahaja, iaitu kanibal dan bukan kanibal.
Ternyata selama ini, mereka sudah membuat persediaan awal untuk mengawal dunia.
Dahulu, mereka dicaci kerana perbuatan yang dianggap hina. Mereka dikurung di dalam penjara dan dipukul habis-habisan. Kaum mereka dipamerkan dihadapan orang awam dan dilontarkan tohmahan dan cemuhan kasar seperti boneka.
Makan sesama spesis? Tidak jijikkah?
Tidak kalau kau tanya kanibal. Itu makanan mereka. Kenapa mereka perlu jijik? Jika dihidangkan ahli keluarga sendiri pun, mereka sanggup makan.
Hati mereka hitam. Sifat tamak menguasai diri. Sifat keji yang tiada tandingannya. Sekarang, mereka lakukan hal yang sama kepada manusia.
Fair and square isn't it?
YOU ARE READING
(C)(CANNIBAL) The King
Misterio / SuspensoPernah dengar pasal kanibal? Pastilah. Tapi pernah dengar kisah kanibal yang jatuh cinta dengan manusia? Kanibal yang jatuh cinta pada makanannya sendiri? The walking food. 🚨TW // harassment, cannibalism, torturing, toxic relationship, 18+🚨