Part 36 : Halusinasi

266 34 16
                                    

Wendy dipandang oleh keluarganya sekarang. Raja Leo dan Permaisuri Luna kelihatan serba-salah. Sedangkan Wendy, dia tenang sahaja menyatakan hasratnya.

"Tapi, kamu tu baru pulih. Mana boleh lasak-lasak lagi. Kami nak lindungi kamu, Wendy. Bukan bahayakan kamu. Lagipula, kamu akan menentang Chanyeol sendiri, kamu yakin boleh jatuhkan dia?" suara Permaisuri Luna, bimbang.

Dia perlahan-lahan memegang bahu Wendy, takut-takut. Bukan takut yang Wendy akan memarahi dia, tapi takut kerana selama dua puluh tahun ini, dia tidak pernah sekalipun melihat anaknya sedekat ini. Tahu-tahu, dah besar panjang. Cantik pula tu dan tabah.

"Iya, Wendy. Ayahnda tak yakin yang Chanyeol akan lepaskan kamu macam tu je sebaik sahaja dia nampak kamu. Ada baiknya kamu bersembunyi," cadang Raja Leo pula. Keselamatan Wendy adalah keutamaannya sekarang.

"Setuju. Puteri adalah penerus kerajaan ini. Jadi puteri perlu dilindungi sebaiknya. Maaf, saya menyampuk," ujar Jeneral Joshua. Raja Leo menjelingnya sehingga membuat Joshua terundur ke belakang. Haih.

"Ini macam nak bunuh diri. Silap hari bulan, Chanyeol tinggalkan askar dia dan kejar Wendy je. Tak boleh tak boleh. Kita sedang susah payah asingkan penduduk Genova sekarang. Kita tak boleh biarkan perang ni berlalu begitu sahaja tanpa hasil yang berbaloi iaitu musnahkan Appolonia!" tegas Sehun. Hampir-hampir dia mahu menghisap rokok tadi.

Mujurlah Baekhyun cepat-cepat menepis. Budak kecil mana boleh merokok. Terus dia yang mengambil rokok tersebut, mengambil satu sedutan maut tersebut dan membuang puntung rokok tersebut ke dalam tong sampah.

"Sabarlah. Korang tak dengar pun lagi penjelasan dia. Dia baru cakap nak ikut, korang dah buat assumptions masing-masing. Puteri Wendy bukannya bodoh. Saya tahulah, saya yang latih dia," celah Chaeyoung. Mata gadis itu masih sembap dan lebam namun semangatnya masih utuh.

Wendy berdiri. Dia memandang satu-persatu dari manusia yang berada disana.

"Saya bukan saja-saja nak ikut semata-mata untuk kacau hal negara. Kalau ada yang fikir saya cuma nak ikut sebab nak tengok Chanyeol, kalian salah,"

Wendy menunduk sebentar, seperti ingin mengingat sesuatu.

"Dulu, waktu saya tinggal dengan Nanny Marry, nanny ada jaga seorang lagi budak, iaitu Jaehyun. Dia dah bagaikan abang kepada saya. Selama kami bersama, Jaehyun selalu lindungi saya sampailah suatu hari, Chanyeol datang untuk ambil saya.

Jaehyun cuba untuk hentikan dia, tapi tak boleh. Jadi sejak dari itu, saya minta bantuan Chaeyoung untuk perhatikan Jaehyun. Sampailah suatu hari, Jaehyun dipaksa masuk ke dalam suatu pertandingan tradisional kaum Appolonia. Dia tergadai nyawa demi nak melindungi saya dan kaum manusia yang lain,"

Wendy terjeda sebentar. Dia memandang kearah Chaeyoung yang nampaknya masih bersedih dengan kematian Jaehyun.

"Jaehyun dengan saya selalu bayangkan suatu hari nanti, kitorang dapat bebaskan umat manusia daripada belenggu Chanyeol. Tapi dia terpaksa pergi dahulu. Jadi sekarang saya rasa bertanggungjawab untuk tunaikan permintaan terakhir dia. Ayahnda dengan bonda pun tahu kan kita perlu hormat orang yang dah meninggal kan?"

Wendy memandang kearah Raja Leo dan Permaisuri Luna. Dia nampak monumen miliknya yang berada ditengah-tengah istana. Ianya diletakkan disana untuk menunjukkan bahawa Wendy akan sentiasa berada bersama mereka tidak kira dimana gadis itu berada.

Dan bukan Wendy sahaja, monumen seluruh keluarga Son juga ada disana. Terukir indah dan dijaga rapi. Raja Leo dan Permaisuri Luna mengangguk. Mereka tidak boleh menidakkan kebenaran.

"Ayahanda bagi kebenaran pada kamu untuk ikut serta tapi bukan dipadang besar. Kamu akan berada didalam istana. Selagi Chanyeol tak jejak dalam istana, selagi itu kamu jangan keluar," tegas Raja Leo. Wendy mengangguk faham.

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now