Part 23 : Gaduh

283 40 22
                                    


Wendy mengikat rambutnya tinggi supaya dapat berlatih dengan Jeneral Jongin hari ini. Lelaki itu yang menggantikan Chaeyoung memandangkan gadis itu tiba-tiba sibuk pula. Kata Wendy, dia nak belajar main pedang sebab nak anaknya mewarisi bakatnya.

Gadis itu perasan yang Chanyeol asyik keluar masuk istana macam hotel sejak kebelakangan ini. Sibuk benar.

Waktu dia tidur dibilik Chanyeol haritu, pagi-pagi lagi Chanyeol dah pergi tinggalkan dia. Nasib baik dia masih berbaju waktu bangun itu.

Wendy perasan juga ada dayang baru yang asyik perhatikan dia sejak kebelakangan ini. Dia nak tegur tapi malas pula. Dayang itu pasti akan mengelak setiap kali mereka bertembung.

"Geisha tak kisah panas ke? Harini panas lain macam geisha." Ujar Jeneral Jongin, risau.

Wendy sudah pun lengkap memakai pakaian besi. Dia nampak bersemangat. Gadis itu meregangkan ototnya.

"Saya tak kisah pun. Perempuan kenalah gagah juga kan?" Jawabnya. Dia terus menuju ke tengah padang.

Jongin berkerut. Dia perasan yang Wendy semakin hari semakin pelik. Macam-macam benda pelik yang Wendy minta dengan dayang istana. Yang paling pelik, dia jadi normal bila Chanyeol ada berdekatan.

"Harini kita akan buat serangan mengejut. Geisha jangan terperanjat bila saya buat macam tu ya?" Ujar Jongin. Wendy mengangguk.

Pedang kayu diberikan padanya. Mereka melagakan pedang tersebut dengan hormat dan memulakan kelas.

"Geisha.."

"Ya?"

"Itu Putera Chanyeol.."

"Mana— Argh!"

Wendy terkejut saat ditusuk Jongin. Dia menahan dadanya daripada meletup.

"Kan saya suruh fokus?" Ujar lelaki itu.

"Manalah saya tahu! Ingatkan betul ada Putera Chanyeol— Yah!"

Pinggang Wendy dipukul oleh Jongin.

"Fokus geisha.."

Wendy mencebik. Belum apa-apa dia dah berpeluh. Matahari tegak tepat diatas kepalanya pada harini. Wendy cuba fokus. Mereka berlatih seperti biasa.

Tapi pandangan Wendy perlahan-lahan memudar. Dia rasa sakit pada kepalanya. Hentakan pada pedang semakin lama semakin lemah.

Jongin turut sama memperlahankan hentakan pedang. Dia memerhati Wendy yang sedang cuba untuk mencelikkan matanya. Kakinya terhuyung-hayang.

"Geisha okey?" Soal Jongin. Wendy menjatuhkan pedangnya.

"Saya—"

"Geisha!"

...

Dah lebih dua minggu lamanya Chaeyoung berkenalan dengan Jaehyun. Sekarang mereka sedang melepak dibawah pokok. Chaeyoung membawa makanan kepada Jaehyun.

Tapi macam biasa, Jaehyun berlaku dingin terhadapnya. Chaeyoung anggap perkara itu biasa sahaja.

"Wendy sihat ke?" Soalnya.

Chaeyoung mengangguk.

"Sihat. Sebab itu awak kena makan jugak."

Kalau dilihat, Jaehyun dah sedikit bersih daripada biasa. Pengembala atau pun pengawal sudah tidak menyentuhnya. Lukanya juga semakin pulih.

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now