Wendy berlari ke biliknya dengan pantas. Perutnya pedih disebabkan asid gastrik. Dah seminggu dia tidak makan apa-apa. Dicampur dengan rasa gelinya dengan daging manusia tadi, makin menjadi-jadilah. Sekali lagi, Wendy muntah ditepi jalan.Dia bertahan pada dinding dengan tangannya supaya tidak terjatuh. Matanya dipejamkan. Benda yang keluar dari mulutnya hanyalah air dan asid sahaja.
Tiba-tiba, Wendy terasa ada sentuhan dibelakangnya. Chanyeol menggosok belakang badan Wendy dan menepuk-nepuknya kuat. Dia membantu Wendy supaya mengeluarkan isi perutnya.
Wendy cuba menolak Chanyeol menjauhinya namun tidak berjaya.
Badannya dicempung dan dibawa ke bilik Chanyeol. Tubuh gadis kecil itu dibaringkan diatas katil. Chanyeol tak cakap banyak. Dia cuma memberikan air kosong kepada Wendy supaya gadis itu menghilangkan rasa muntah tadi.
Wendy minum dengan rakus. Ada sedikit air yang terkeluar dari mulutnya. Chanyeol membantu mengelap bibir gadis itu dengan jarinya.
"Kau gastrik ni, honey. Kenapa tak makan?"
Chanyeol memandang Wendy dengan pandangan risau. Gadis itu nampak sungguh tak bermaya. Dia menggeleng-geleng kecil. Pipinya diusap lembut oleh Chanyeol.
Wendy nak sangat pukul mulut Chanyeol sekarang. Apa kau rasa bila kau paksa ikan makan sayur? Tak logik kan?
Macam tu lah Wendy dan daging manusia. Tak logik dan mengarut!
Buah-buahan yang berada ditepi katil dipandang oleh Chanyeol. Lelaki itu mengambilnya dan memberikannya kepada Wendy.
"You want this?" soal lelaki itu.
'Tanya pulak' Sinis Wendy berbicara dalam hati.
Sebiji buah pisang diserahkan kepada Wendy. Gadis itu menerimanya dengan terketar-ketar. Dia merenung Chanyeol, meminta izin untuk makan. Chanyeol mengangguk perlahan. Kulit pisang itu dikupas oleh Wendy dengan pantas. Lagipun, Chanyeol bukannya makan pun buah. Dia tak berapa minat. Dia cuma suka satu jenis buah sahaja dalam dunia. Dan korang tahu itu buah apa. Dasar lelaki.
Isinya dimakan dengan cepat. Wendy tiba-tiba menangis. Setelah lama tidak merasa makanan, akhirnya dia dapat juga. Dia menangis kerana gembira bukan sedih.
Chanyeol mengelap air mata Wendy. Gadis itu mengambil pula buah epal. Tangan kirinya memegang pisang manakala tangan kanannya memegang epal. Dia bergilir-gilir makan seperti orang kelaparan selama 100 hari.
Ada satu keluhan dilepaskan oleh Chanyeol. Lelaki itu mengusap pipi Wendy dengan lembut. Gadis itu masih tak berhenti menangis.
"Kau lagi suka buah dari aku?" Soal Chanyeol, kecewa.
"Hm?"
"Kau lagi suka buah?"
Wendy berhenti mengunyah sebentar. Matanya bergetar. Dah kenapa Chanyeol tunjuk mata kesian pulak ni?
YOU ARE READING
(C)(CANNIBAL) The King
Mystery / ThrillerPernah dengar pasal kanibal? Pastilah. Tapi pernah dengar kisah kanibal yang jatuh cinta dengan manusia? Kanibal yang jatuh cinta pada makanannya sendiri? The walking food. 🚨TW // harassment, cannibalism, torturing, toxic relationship, 18+🚨