Part 27 : Trouble

263 35 28
                                    

Wendy merenung ubat yang diberikan oleh Seulgi itu. Kata Seulgi, hari ini adalah hari yang sesuai untuk mereka melaksanakan rancangan itu. Wendy cuma perlu menidurkan Chanyeol dan mereka boleh menyeludup keluar dari istana dengan selamat.

Wendy menolak ubat tersebut menjauhinya. Dia menggeleng laju, ketakutan.

"Kita batalkan lah. Saya tak nak buat dia macam ni." Rayu Wendy.

Seulgi yang sedang mengemas baju Wendy berhenti. Puterinya itu dipandang.

"Puteri sanggup ke hidup dengan mereka? Puteri tak nak jumpa ibu dan ayah puteri? Puteri boleh dapatkan lebih dari apa yang Appolonia bagi." Pujuk Seulgi.

Wendy mengurut dahinya. Dia pening. Samaada ingin kekal bersama Chanyeol atau pergi kepada keluarga yang dia tak pernah kenal.

"Saya taknak kecewakan dia."

"Dia dah banyak kali kecewakan puteri. Puteri masih fikirkan pasal dia?"

Wendy terdiam. Chanyeol dah banyak kali kecewakan dia tapi dia masih bersimpati dengan lelaki itu. Samaada Wendy baik hati atau dah dibutakan dengan cinta.

"Puteri cuma goda dia je. Ini demi kebaikan beribu umat manusia yang lain, puteri."

Demi orang lain, yang dia tak kenali.

...

Wendy masuk ke bilik Chanyeol setelah lama berperang dengan Seulgi diluar sana. Dia dan Seulgi saling menolak satu sama lain untuk masuk. Nasib baik pengawal tak ada.

Masuk sahaja ke dalam, Chanyeol nampaknya tak ada di mejanya. Wendy masuk ke biliknya dibelakang pejabat itu. Bunyi pancuran air kedengaran. Chanyeol tengah mandi mungkin.

Wendy cuba bertenang. Dia duduk diatas kerusi sementara menunggu Chanyeol. Ubat tidur didalam poketnya disimpan rapi supaya tak terjatuh.

Tak lama kemudian Chanyeol keluar dengan hanya memakai bathrobe. Lelaki itu nampak terkejut dengan kehadiran Wendy.

"Hai?" Sapa Wendy.

Chanyeol tak mempedulikannya. Dia pergi mengambil tuala untuk mengeringkan rambutnya. Wendy bangun dan mengekorinya. Chanyeol keluar dari bilik wardrobe dan pergi ke depan cermin.

Lelaki itu merenung dirinya didalam cermin sambil mengeringkan rambutnya. Wendy berdiri sebelahnya dan turut sama memandang Chanyeol didalam pantulan cermin.

"Chanyeol." Panggil Wendy lagi dengan suara meleret manja.

Chanyeol kekal dengan wajah dinginnya.

"Awak tahu tak, tak elok kita bergaduh lama-lama macam ni?" ujar gadis itu. Dia mencebik comel demi mendapatkan perhatian Chanyeol.

Dari kedudukannya, dia dapat mencium bau wangi Chanyeol. Ahh. Tenang. Wajah Chanyeol dipandang.

Comel. Nampak macam bakal ayah kepada anak-anaknya. Eh?

"Awak tahu tak, ada pepatah baru yang saya baca sebelum ni. Ianya berbunyi macam ni. Distance doesn't separate people, silence does." Sambung Wendy lagi.

"Apa pendapat awak?" soal gadis itu.

"It's hard to be in control of all this jealousy, honey." Jawab Chanyeol, yang nampaknya sedang menyanyikan bait-bait lirik dari sebuah lagu terkenal.

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now