"Macam mana boleh jadi macam ni?!"
"Tak pernah lagi daging istana dipilih dua kali!"
"Tapi kita tak tahu tujuan sebenar mereka datang lagi! Jangan panik!
Wendy terjaga dari lenanya. Dia termangu seketika. Kepalanya pening sangat. Pandangannya pudar.
Daging istana. Itu sahaja yang dia dapat tangkap. Setiap sekali seminggu, pihak istana akan datang mengambil bekalan mereka untuk acara makan.
Cuma sekali. Itu kerana daging istana digunakan sebagai sajian saat keluarga besar berkumpul. Kalau hari lain, mereka akan ambil sesiapa sahaja dari bangsal secara senyap.
Tak adalah begitu senyap, cuma pengawal tak akan beritahu siapa mangsanya. Macam cabutan bertuah. Mereka akan diseret dalam diam saat orang lain tidur. Kadang-kadang, tengah meragut rumput pun pengawal boleh tiba-tiba datang heret ke bilik sembelihan. Bak kata orang..
Kalau ada, adalah tu.
Kalau hilang, hilanglah.Macam chipsmore.
Kesimpulannya, kau tak selamat walau dimana kau berada.
Kedengaran bunyi rayuan pengembala manusia disebalik pintu kandang. Kesemua manusia menoleh serentak. Adrenaline mengalir laju.
"Tuan putera tak boleh masuk!"
"Dalam sana kotor tuanku! Cuma sampai garis merah ini sahaja yang dibenarkan!"
"Tuan putera tolonglah dengar!"
Pengembala hanya mampu merayu sahaja memandangkan mereka tak dapat memegang Putera Chanyeol. Pengawal diraja berada di kiri dan kanan Chanyeol. Mengawal pengembala daripada mendekati Chanyeol.
Lelaki mewah itu menerjah masuk ke dalam kandang. Dia menuruni anak tangga dan memijakkan kakinya keatas tanah yang kotor lagikan tercemar itu.
Para manusia tunduk. Lelaki paling zalim yang pernah mereka dengar sekarang berada dihadapan mereka. Lelaki yang menggerunkan setiap mata memandang.
Badan Chanyeol benar-benar gagah seperti khabar berita yang mereka dengar. Rambut lelaki itu lebat dan berwarna hitam berkilat. Matanya tajam dan menakutkan.
Chanyeol melewati setiap kandang kecil yang memuatkan dalam enam orang didalamnya dengan perlahan-lahan. Matanya mencari seseorang.
Tujuannya hanya satu.Dia.
Chanyeol berhenti dihujung bangsal. Tiada. Perempuan itu tiada disini. Dia mengeluh. Adakah gadis cantik itu sudah dijual kepada saudagar kaya?
Kalau ya, melepaslah dia. Terpaksalah dia hukum bunuh siapa yang berani-beraninya mencuri daging miliknya.
Chanyeol memusingkan tubuhnya untuk pergi. Bau darah menyengat ke dalam lubang hidungnya. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Saat itu, matanya tertancap pada seorang gadis yang sedang terduduk diatas lantai dibelakang beberapa orang manusia lain.
YOU ARE READING
(C)(CANNIBAL) The King
Mistério / SuspensePernah dengar pasal kanibal? Pastilah. Tapi pernah dengar kisah kanibal yang jatuh cinta dengan manusia? Kanibal yang jatuh cinta pada makanannya sendiri? The walking food. 🚨TW // harassment, cannibalism, torturing, toxic relationship, 18+🚨