"Tadi aku nampak Geisha Wendy jalan dengan Madam Susan. Aku nampak lebam-lebam dekat leher dia. Kau buat eh?" Tegur Baekhyun.Chanyeol yang sedang melukis tersentak. Dia memandang ke kiri dan kanannya mencari seseorang.
"Kau cari siapa?"
"Wendy. Mana? Dia ada dekat sini?"
"Aku cakap tadi. Bukannya sekarang." Balas lelaki itu.
Chanyeol kembali murung. Ingatkan Wendy ada dekat sini.
"Kau ni dah angau Yeol." Sambung Baekhyun lagi.
Chanyeol tergelak kecil. Dia menikmati teh yang dihidangkan kepadanya itu. Kepalanya didongak merenung Baekhyun lagi.
"Apa salahnya kan?" Balasnya.
Baekhyun menggeleng kecil. Kerusinya ditarik mendekati meja.
"Jadi dia virgin ke?" Soal lelaki itu. Itu sajalah yang ada didalam isi kepalanya. Chanyeol mengangguk.
"Ketat sangat eh?" Tanya Baekhyun lagi. Chanyeol menjelingnya, tajam.
"Kau kena ingat.. Dia manusia, kau-"
"Kanibal." Sambung Chanyeol.
Wajahnya berubah. Tiada lagi senyuman diukir. Baekhyun berdecit. Dia bukannya nak menyakitkan perasaan Chanyeol. Cuma nak menasihati sahaja.
"Pandai pun." Kata Baekhyun.
"Tapi dia.. lain daripada yang lain.."
"Lain macam mana?"
"Dia buat aku tak boleh tidur malam."
"She wild?! That wild?!"
Baekhyun menjadi teruja. Kepala Baekhyun terus diketuk dengan kuat oleh Chanyeol. Lelaki itu meringis kesakitan. Chanyeol berpuas hati selepas dapat membuli Baekhyun. Geram dengan tingkah Baekhyun.
"Maksud aku. Dia buat aku asyik teringat dia je. Faham?"
"Bukan sebab badan dia je?" Duga Baekhyun sambil menggosok kepalanya. Chanyeol terdiam sebentar.
Badan Wendy terbayang dimatanya sekarang. Cara Wendy memandangnya semalam, naik bulu roma dia.
"Dah agak dah. Kau horny. Benda tu takkan lama sebab bila kau bosan dengan dia, kau akan buang dia macam sampah."
"Aku-"
Kata-kata Chanyeol terhenti saat melihat Wendy yang berada dipintu masuk. Gadis itu sedang menatang dulang, membawa makanan kepada Chanyeol dan Baekhyun. Pandangan Wendy pada Chanyeol jadi kosong. Senyumannya tadi meluntur.
Baekhyun menjongket keningnya. Dia menoleh ke belakang. Serta-merta mulutnya ditekup. Gadis itu masuk ke dalam bilik dengan mata yang berair.
Dia menunduk hormat dan meletakkan dulang berisi makanan itu diatas meja Chanyeol. Lelaki itu tak mampu berbicara sekarang.
"Patik bawakan snek untuk Putera Chanyeol dan Putera Baekhyun." Ujar Wendy. Baekhyun mulai rasa bersalah.
"Geisha.."
Tanpa berlengah, Wendy terus beredar dari sana. Air matanya gugur jua.
"Tengok apa kau dah buat!" Marah Chanyeol.
Baekhyun terdiam. Kenapa dia rasa kesian pula sedangkan selama ini dia tak pernah melayan manusia dengan baik?
"Aku minta maaf, Yeol."
YOU ARE READING
(C)(CANNIBAL) The King
Misterio / SuspensoPernah dengar pasal kanibal? Pastilah. Tapi pernah dengar kisah kanibal yang jatuh cinta dengan manusia? Kanibal yang jatuh cinta pada makanannya sendiri? The walking food. 🚨TW // harassment, cannibalism, torturing, toxic relationship, 18+🚨