Part 11 : Milik Chanyeol

467 54 46
                                    

"Nama sebenar Diana Wendy Son

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nama sebenar Diana Wendy Son. Umur 20 tahun. Tarikh lahir 21 February ****. Anak tunggal. Jenis kelamin, perempuan. Tinggal bersama Nanny Mary dan seorang lelaki bernama Jaehyun."

"Lelaki? Bukankah setiap Nanny diberikan seorang bayi sahaja kecuali kembar?"

"Nama, Jung Jaehyun. Dia merupakan anak jagaan Nanny Lily sehingga berusia dua tahun sebelum wanita itu meninggal bunuh diri. Nanny Mary menjadi penjaga sah Jaehyun dengan kebenaran government kita."

Chanyeol mengetap giginya. Pen dengan hujung yang tajam itu dimain-mainkan dengan jarinya.

Jaehyun. Dia pernah dengar nama lelaki itu disebut sewaktu Wendy tidur. Lelaki ini mendengus kasar.

"Apa hubungan dia dengan Wendy?"

"Sekadar abang-adik sahaja, tuan putera. Pengembala kata, mereka selalu bersama tapi bukan sebagai kekasih. Jung Jaehyun juga menjaga perempuan-perempuan lain disana memandangkan dia lebih tua dari mereka."

Chanyeol tersenyum sinis. Hero tempatan lah ni? Berlagak macho lah ni?

Gambar Jaehyun yang berada diatas meja itu dipandang. Renungan Chanyeol seolah-olah ada laser merah yang boleh membakar wajah itu kerana api cemburu.

Dia cemburu buta lagi.

"Siasat lagi pasal dia. Kerjakan dia kalau betul dia ada hubungan dengan Wendy. Beta serahkan semuanya pada kau, Jeneral Jongin."

Jongin mengangguk faham.

"Baik, tuan putera."

Dia berundur dan keluar dari pejabat Chanyeol, menuju ke kandang manusia.

Chanyeol mengeronyokkan gambar Jaehyun dengan geram dan terus melemparnya ke dalam api. Pisau yang berada diatas meja itu dimain-mainkan dibibirnya. Sesekali dia menjilatnya.

Tak semena-mena, pisau tersebut dibaling ke dinding dan terkena papan dart. Pisau itu berkumpul dengan pisau-pisau lain.

Chanyeol merenung langit melalui hujung mata. Asap berkepul keluar dari kandang manusia. Mungkin ada parti BBQ sedang dilangsungkan sekarang.

Sebut pasal BBQ, dia rasa lapar pula sekarang.

...

"Jadi, awak tua setahun je dari saya?" soal Chaeyoung sambil merenung Wendy dari atas ke bawah. Wendy mengangguk.

Chaeyoung tak menggunakan bahasa istana dengan dia. Bahkan nama panggilan pun dia gunakan saya awak sahaja, bukan beta kamu. Gadis ini juga tak lekang dari senyuman. Berbeza 240° dengan Chanyeol yang beku.

"Mulai harini, awak akan belajar macam mana nak bertingkah macam seorang puteri. Macam mana tatatertib seorang puteri dan sebagainya." Jelas Chaeyoung.

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now