Part 5 : My Food

435 67 57
                                    

so many ghost reader 😭 macam 5:1

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

so many ghost reader 😭 macam 5:1



Wendy termenung. Perkataan geisha bermain dimindanya. Dirinya sekarang sedang dibersihkan oleh beberapa pembantu.

Wanita yang bernama Madam Susan setia menanti disebelah memerhati dayang-dayang istana membuat kerja. Kadang-kadang dia memarahi mereka kerana terlalu lembap dalam membuat kerja. Baju Wendy dibuka sehingga dia bertelanjang bulat. Segan Wendy dibuatnya bila tubuhnya dipandang.

Jujur, Wendy takut dengan manusia-manusia yang berada dengannya sekarang. Dia dan mereka berbeza.

Mereka ini kanibal, sama seperti Putera Chanyeol. Bila-bila masa sahaja, mereka mungkin menyerangnya. Wendy tak boleh bertenang selagi dia masih berada dibawah bumbung yang sama dengan puak kanibal ini.

Namun melihatkan reaksi dayang-dayang yang tidak terlalu kelaparan itu, Wendy hanya diam sahaja meskipun dia menggeletar.

Seketika, Madam Susan menghentikan dayang-dayang. Dia menuju kearah Wendy dan menilik seluruh badan gadis itu. Luka pada bahagian belakang Wendy disentuh. Kedengaran bunyi keluhan.

"You have too many scars, beautiful lady. This is not good for the prince. Kenapalah kau tak jaga diri baik-baik." Keluhnya.

Wendy mendengus dalam hati. Manalah dia tahu yang dia akan tinggal didalam istana suatu hari nanti. Senang sahaja wanita ini berbicara. Kalau dia jaga diri pun, dia tetap akan diseksa. Eh kejap, macam mana nak jaga diri kalau asyik kena seksa hari-hari? Huh!

"Mandikan dia dengan susu. Sapu ubat pada badannya. Kamu kena jaga badan kamu mulai harini, Cik." Ujar wanita itu, lembut.

Tuturnya berubah lembut. Wendy dibawa masuk ke dalam kolam yang berisi air susu. Gadis itu mengerang saat lukanya tersentuh air. Dia mencengkam tangan dayang kerana sakit. Dayang-dayang menggosok tubuhnya dengan lembut dan berhati-hati agar tidak melukainya.

Madam Susan memasukkan sesuatu ke dalam air kemudian mengacaunya. Dia merenung Wendy. Warna air berubah keruh.

"Ini ubat tradisional. Kamu perlu sembuh dengan pantas, Cik." Jelasnya.

Rambut Wendy dibasahkan. Dayang mulai membasuhnya dengan syampu khas yang diperbuat daripada susu kambing dan minyak zaitun. Mereka perlu pastikan dia selembut sutera saat disentuh putera nanti.

Wendy merenung Madam Susan yang sibuk mengacau sesuatu didalam gelas. Sedar dirinya diperhatikan, Madam Susan menoleh. Wanita tua itu menjongketkan keningnya.

"Kamu ada sesuatu nak tanya ke?"

Wendy terkejut. Dia mengangguk perlahan.

"Malhae.."

"Putera ada sebut tentang ge–, saya tak reti sebut benda tu. Tapi, boleh saya tahu maksudnya?" Ujar Wendy, polos.

Selama dia hidup, ini kali pertama dia mendengar perkataan geisha. Ianya begitu asing ditelinganya. Madam Susan tersenyum pendek.

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now