Part 38 : Menang

329 40 55
                                    

Pedang dihunus terus ke dalam jantung pihak lawan. Wendy membunuh sesiapa sahaja yang cuba melawannya. Jack pun membantu sama agar Wendy dapat berlawan dengan selesa.

Iskandar, Sehun dan Chaeyoung melindungi Wendy supaya dia tidak diapa-apakan. Bom dilepaskan dikiri dan kanan sehingga mengorbankan begitu ramai jiwa.

Dari atas udara, pasukan Baekhyun menembak mati pasukan Appolonia. Mereka mulai bertempur dengan pesawat Appolonia yang lebih canggih dari segi teknologi. Beberapa buah pesawat milik Bulovia pun tumpas ke tanah.

Askar-askar yang mampu menyeberangi sempadan ditembak oleh pasukan memanah.

"Wendy! Tengok arah pukul tiga!" jerit Sehun.

Wendy menoleh. Seseorang hampir sahaja memenggalnya tadi sebelum dia mengelak. Entah bagaimana, Jack mengamuk dan membuatkan Wendy jatuh. Gadis itu memegang perutnya, sakit.

Dia terus bangun dan kembali berlawan. Wendy mengejar Jack dan cuba untuk menenangkannya. Dia berjaya. Gadis itu terus menunggangnnya semula. Apa yang menakutkan lagi adalah, Wendy nampak beberapa askar Appolonia yang sedang meratah mangsa mereka. Jijik dan kejam!

Chanyeol pun melibas pedang milik keluarganya kearah mangsa. Setakat ini, tiada lagi lawan sebanding dengannya. Ini bagaikan taman permainan baginya. Matanya menangkap figura Wendy yang berada diatas kuda hitam besar sambil melawan orang-orangnya.

Dia terpegun. Terus dia berlari mendapatkan gadis itu.

"Wendy!" jerit Chanyeol.

Wendy menoleh saat mendengar namanya dipanggil. Orang-orang disekeliling menjauhi mereka.

"Chanyeol.." jawab Wendy. Matanya dingin merenung lelaki itu.

"Wen, kau buat apa dekat sini? Tak, itu tak penting. Sayang, balik jom?" rayu Chanyeol. Wendy menggeleng perlahan.

"Aku dah lama balik. Ini rumah aku," balasnya, memaksudkan kerajaannya. Chanyeol memandang istana Genova sekarang.

"Itu bukan rumah kau. Itu rumah orang-orang yang dah buang kau, Wendy. Balik dengan aku. Aku janji aku jaga kau, anak kita. Cuma aku yang sayang kau setulus hati,"

"Tak perlu janji apa-apa lagi. Hubungan kita dah lama tamat. Berundur dan suruh orang-orang kau pergi! Kita tak perlu bazirkan ramai jiwa tak bersalah dekat sini!" tegas Wendy. Chanyeol tersenyum sinis.

"Hubungan kita masih belum berakhir, Wendy. Aku yang tentukan samaada ia berakhir atau tidak! Kau milik aku! Bakal isteri aku!" jeritnya.

Wendy terus turun kudanya menghadap Chanyeol. Pedangnya ditunjuk kearah lelaki itu.

"Kita duel," pinta gadis itu.

"Kau tahu peraturannya, Wendy."

"Siapa mati, dia kalah. Aku tahu,"

Chanyeol turut sama turun dan menghadap Wendy.

"Indeed. Kalau itu yang kau nak. Aku tak akan berlembut,"

"Ouh, tuanku tak perlu. Patik pasti akan mengalahkan tuanku," sindir Wendy. Keduanya menunduk hormat kearah sesama sendiri.

"Kalau macam tu, beta tak sabar nak lihat kemampuan kamu," balasnya.

"Pergi mampus!" jawab Wendy dan terus menuju kearah Chanyeol.

Bunyi dua pedang istimewa milik Appolonia dan Genova bersatu dengan bunyi bingit disekeliling. Wendy tak berhenti-henti menyerang Chanyeol sehingga membuat lelaki itu berkali-kali berundur ke belakang.

"Jangan tahan Chanyeol! Aku tahu kau bukannya jenis yang tak melawan! Jangan kesian hanya sebab aku perempuan!" marah Wendy. Dia rasa seperti dia sahaja yang berlawan sekarang sedangkan Chanyeol tak berusaha pun.

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now