Part 22 : Genova?

361 43 21
                                    

for this story, kim mmg dah ada draft sampai part 30 something. but tak update every weekend bcs i want to wait for surene ff first.

"Dia masih hidup?" Raja Leo bangun dari takhta. Wajah gadis yang dilukis pada kertas kuning itu dipandang. Cantik. Wajahnya seiras dengan isterinya.

"Ya, tuanku. Tapi, kita ada masalah." Ujar pembantunya. Raja Leo mendongak.

"Apa masalahnya? Beritahu beta!" Gesanya. Pembantunya mengeluh perlahan.

"Puteri ada dengan musuh kita tuanku. Di kerajaan Appolonia. Musuh umat manusia, sejagat."

"Salah satu orang kita, Hara, juga telah dibunuh oleh Putera Chanyeol sewaktu cuba menyelamatkan puteri." Sambungnya.

"Bedebah. Beta tak akan berdiam diri kalau anak beta mengandungkan benih lelaki dari keturunan itu! Hantar yang lain! Kita bagi petunjuk pada puteri supaya dia tahu kewujudan kita!"

...

Wendy cuba menghunus pedang yang dia ambil daripada pengawal dipadang. Gadis itu tersenyum kecil. Chaeyoung yang sedang memerhatinya mendekati lantas menepuk bahunya.

"Dah puas hati?" soal gadis itu. Wendy menggeleng. Tak tahu kenapa dia tiba-tiba mengidam nak bermain pedang. Dicampur pula dengan perasaan geram saat Chanyeol menghentikannya haritu. Dia rasa macam bendul pula bila nak bunuh orang, tapi tak tahu cara yang betul.

Chaeyoung membetulkan kedudukan Wendy. Dia tak mahu kakak iparnya itu tercedera.

"Saya dah jumpa lelaki yang unnie beritahu tu." Ujarnya. Wendy menjatuhkan pedang dan menoleh kearah Chaeyoung. Matanya membulat.

Chaeyoung menghela nafas lega. Nasib baik pedang tadi tak tercucuk ke kakinya.

"Betul ke?" Soal Wendy, terkejut. Chaeyoung mengangguk.

"Di-dia sihat ke?" Soal Wendy. Chaeyoung kelihatan ragu-ragu.

"Kurus. Ada kesan pukul pada muka dia." Jelas gadis itu. Wajah Jaehyun masih segar dimindanya. Riak wajah Wendy berubah.

"Chaeyoung, tolong tengok-tengokkan dia boleh? Lindungi dia?" Pinta Wendy, risau. Tangan Chaeyoung dipegang. Gadis itu terkebil-kebil memandang Wendy.

"Itu.. tak pastilah unnie."

"Sorang je, Chaeyoung. Jaehyun sorang je. Lindungi dia. Jangan sampai dia cedera teruk." Rayu Wendy. Chaeyoung menghela nafas, dalam. Mata Wendy ditatap.

"Okey. Tapi unnie kena cerita sepenuhnya pasal Jaehyun pada Chaeyoung. Barulah saya boleh jaga dia macam yang unnie minta."

Wendy mengangguk faham. Dia akan buat apa sahaja supaya Jaehyun terselamat.

"Jaehyun single lagi kan? Bukan boyfriend unnie?" Tanya Chaeyoung, lagi.

"Mestilah. Dia cuma abang saya je. Sebab itulah, saya minta sangat-sangat Chaeyoung jagakan dia."

"Kenapa tak minta oppa yang buat? Dia lagi berkuasa."

"Awak rasa dia akan tolong ke?" Wendy seolah-olah menyindir.

Chaeyoung terdiam. Betul juga kata Wendy. Nanti ada salah faham pula. Sudahlah Wendy dan Chanyeol tengah bergaduh sekarang. Sejak putera-putera dan puteri-puteri itu pulang ke kerajaan masing-masing, Wendy dan Chanyeol pun menghilang juga. Mereka tak menyapa satu sama lain kerana ego.

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now