Part 25 : I Can't Stand You

305 38 39
                                    

Musim panas yang agak perit. Wendy duduk ditengah-tengah Taman Eden dibawah gazebo yang indah. Kata Jeneral Jongin, Chanyeol yang membinanya.
Lelaki itu seorang yang suka bertukang. Dia juga pandai memahat. No wonder dia boleh mengukir namanya pada mayat musuh yang dia bunuh.

Wendy tersenyum kecil saat melihat rama-rama yang berterbangan diatas kelopak bunga, mencari madu. Dia menongkat dagu.

Sebentar tadi, dia menerima khabar yang Lady Irene telah pun selamat melahirkan seorang anak perempuan. Putera Sehun pun telah pulang ke Hilgovia setelah lama bermalam di Appolonia.

Sehun sempat mengucapkan terima kasih kepada Wendy kerana melayannya dengan baik dan memahami perasaannya. Ada senyuman pahit di wajah Sehun ketika itu. Wendy tahu bukan mudah untuk berpisah dengan orang yang disayangi. Dia faham perasaan Sehun.

"Putera carilah gadis lain. Saya yakin, banyak yang menanti putera."

"Saya mungkin tak ada masa untuk itu sekarang, geisha. Ayahnda nak hantar saya ke Kerajaan Far Far Far Away untuk sambung belajar. Mungkin saya akan fokus untuk belajar cara memimpin negara dulu,"

Wendy ketawa. Baru sekarang Sehun nampak matang.

"I'm sure. Putera pun akan jumpa kebahagiaan sebenar diluar sana. Putera cuma perlu buka mata. Mata hati,"

Sehun mengangguk kecil.

"Boleh saya panggil awak adik tak?" Pinta Sehun. Dia nak panggil kakak, tapi Wendy lagi muda darinya.

"Kenapa?"

"Sebab baru sekarang saya rasa bagaimana ada adik yang peduli pasal saya," Sehun menguak lembut rambut Wendy.

"A-adik?" pipi Wendy merah.

"Awak tak pandang rendah pada saya macam yang lain, Wendy. Chanyeol patut berbangga yang dia ada seorang bakal permaisuri yang memiliki hati sebaik ini,"

Wendy terdiam. Dia tersenyum pendek.

"Abang pergi dulu ya, adik? Jagakan Putera Chanyeol baik-baik. Jangan bagi dia nakal-nakal lagi."

Wendy menghela nafas panjang. Dia bosan sekarang. Chaeyoung tak ada diistana, Jeneral Jongin dilarang ajar dia main pedang, Seulgi pun hilang entah kemana, dan Chanyeol...

Dia dan Chanyeol ada perang dingin sekarang. Wendy rasa sakit hati bila dia diabaikan sebegitu. Mereka berdua sama-sama punya ego sendiri. Masing-masing tak mahu mengaku kesalahan sendiri.

Wendy turun dari gazebo dan berjalan berdekatan pintu istana. Saat itu, pintu terbuka. Tak sengaja, dia mendengar suara seseorang merayu meminta bantuan. Langkah Wendy terhenti.

Seorang gadis sedang diseret diatas jalan di belakang kereta kuda. Wendy sepertinya kenal dengan suara itu. Dia terus berlari menghentikan kereta kuda.

"Geisha Wendy! Tolong jangan halang jalan kami!" Tegas Jeneral Jongin.

Wendy tak menghiraukannya. Dia berlari ke belakang kereta kuda mendapatkan gadis yang diseret itu. Guni yang menutup wajahnya dibuka. Alangkah terkejutnya Wendy saat melihat wajah yang dia kenali itu.

"Yoona!" Jeritnya.

Yoona membuka matanya untuk melihat seseorang dihadapannya. Matanya terbuntang saat melihat Wendy.

"Unnie!" Jeritan Yoona tidak berapa jelas kerana mulutnya diikat dengan kain. Gadis itu menggelupur ingin dilepaskan.

"Kenapa Yoona ada dekat sini?" Soal Wendy, terkejut. Yoona menggeleng laju, tidak tahu. Dia menangis.

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now