Part 29 : The Fight

233 37 24
                                    

Wendy dikhabarkan yang akan ada perlawanan dilangsungkan distadium besar Appolonia. Katanya, dia perlu hadir ke sana sebagai tetamu. Dia diberi pakaian serba putih oleh Jeneral Jongin.

"Perlawanan apa tu, Jeneral?" Soal Wendy.

Selalunya, stadium akan digunakan untuk perlawanan penting sahaja. Jarang ianya digunakan. Kadang-kadang sekali setahun sahaja.

"Kami tak dibenarkan untuk beritahu geisha. Ini arahan putera." Balasnya. Wendy mengeluh perlahan.

"Geisha berehat lah dulu sementara itu. Simpan baju-baju ni elok-elok." Arahnya. Wendy mengangguk sahaja. Ada tiga hari lagi sebelum hari perlawanan.

Apa agaknya lah yang dirancang oleh Chanyeol itu?

...

Jaehyun dibawa ke kandang persendirian dengan tiba-tiba. Dia bingung saat dirinya dihumban masuk ke sana.

Jaehyun tak diberi makan pun sejak dimasukkan ke sana. Pengawal pun kadang-kadang datang memerhatinya dengan pandangan sinis. Apa yang berlaku ni?

Chaeyoung pun sudah lama tidak datang melawatnya. Gadis itu kata, dia ada sesuatu yang dibincangkan haritu. Entahlah nak bincang pasal apa.

"Jung Jaehyun!" Namanya diseru oleh pengawal.

Jaehyun mendongak.

"Ya, saya?"

"Kamu akan dihadapkan didepan putera Appolonia didalam perlawanan antara askar dalam beberapa hari sahaja lagi." Maklum pengawal itu. Jaehyun terkejut.

"Kejap. Apa?! Saya apa?!"

"Kau akan kena sembelih dihadapan jutaan rakyat Appolonia, Jung Jaehyun. Bersiap sedialah untuk mati."

Dengan sinis, penjaga kandang manusia menyampuk. Dia dah lama menyimpan dendam dengan Jaehyun kerana selalu mempertahankan manusia-manusia yang ingin disembelih dan berlagak seperti hero.

Jaehyun tergamam. Pandangannya jadi kosong. Dia menayangkan wajah risau dengan dirinya sendiri sementara pengawal-pengawal kandang manusia ketawa.

Help?

...

Hari yang ditunggu telah pun tiba. Seluruh rakyat Appolonia dijemput ke stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Wendy telah pun siap memakai gaun yang diberikan oleh Chanyeol itu.
Dia diiringi oleh Jeneral Jongin ke stadium sekarang. Ramai kanibal yang sedang berpusu-pusu menuju ke stadium dikiri dan kanannya.

Diistana pula, Chaeyoung dilepaskan buat pertama kalinya. Dia baru diberitahu tentang perlawanan itu pada hari ini. Tetapi perlawanan antara siapa itu, dia belum tahu.

Dia cuma diarahkan untuk bersiap dan pergi bersama Chanyeol.

Wendy tiba distadium menggunakan jalan pintas. Dia dibawa duduk disalah satu tempat yang paling strategik yang dapat dilihat oleh Chanyeol. Jeneral Jongin menjaganya dari belakang. Wendy perasan yang kerusinya lebih tinggi daripada yang lain dan juga agak jauh. Seolah-olah tumpuan harus diberikan kepadanya.

Beberapa kanibal menjeling satu sama lain sambil memandang Wendy. Mereka tak tahu siapa Wendy dan kenapa dia duduk di kerusi milik bangsawan tertinggi itu. Yang mana kerusi ini tidak pernah diduduki oleh sesiapa. Hanya yang dipilih oleh raja atau putera ahaja boleh berada disitu.

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now