Part 26 : Miss You

301 38 4
                                    


Chaeyoung mengintai Jaehyun yang sedang menyusun kotak-kotak roti untuk dibawa ke dalam kandang. Sejak hari dia tersasul tempoh hari, dia tak berani untuk bertemu Jaehyun secara berdepan. Dia takut Jaehyun akan menyoal lebih-lebih.

Chaeyoung menyorok saat Jaehyun menoleh ke belakang. Dia menekup mulutnya supaya tak membuat bunyi bising. Seketika, Chaeyoung kembali menoleh. Jaehyun sudah tidak berada disana.

Dahi gadis itu berkerut. Tiba-tiba, seseorang menyentuh bahu Chaeyoung. Dia menoleh dan serentak itu menjerit kerana terkejut.

"Jae–Jaehyun!"

"Kenapa kau terkejut sangat ni?"

Chaeyoung berdiri tegak. Ketinggiannya hampir menyamai Jaehyun. Lelaki itu tersenyum sinis saat melihat betapa gelabahnya Chaeyoung sekarang.

"Ma–mana ada terkejut. Aku terperanjat je," Chaeyoung mulai mengarut.

Jaehyun berdecit. Dia menarik Chaeyoung menjauhi kandang supaya perbualan mereka tak didengari sesiapa. Mereka melintasi padang luas itu dan pergi ke hujung padang. Di sana, tidak ada sesiapa yang akan menganggu.

"Kau datang nak spy aku lagi atas arahan Wendy ke?" Soal Jaehyun. Chaeyoung membuntangkan matanya. Jaehyun tahu?

"Aku tak bodoh," Ujar Jaehyun.

Chaeyoung naik keatas pagar dan duduk diatas salah satu kayu besar. Dia menghayunkan kakinya disitu. Jaehyun pula bersandar pada pokok.

"Wendy unnie yang minta aku jaga kau," terang Chaeyoung.

Jaehyun tersenyum hambar. Dia nampak kecewa.

"Dia dah berpaling tadah ya?"

"Maksud kau?"

Chaeyoung cuba membaca air muka Jaehyun. Dia ternganga.

"Kau salah faham ni. Dia bukan ada dipihak kitorang," Ujar Chaeyoung. Jaehyun mengangkat mukanya semula.

"Habistu?"

"Susah untuk aku terangkan. Tapi keadaan Wendy sekadar ni lebih rumit dari yang kau sangkakan. Dia tersepit,"

Chaeyoung dan Jaehyun bertatapan buat beberapa saat.

"Tapi dia pilih untuk bersama lelaki yang dah bunuh keluarga dia,"

"Kau akan faham suatu hari nanti,"

"Bila?"

Chaeyoung menghela nafasnya. Dia turun dan mendekati Jaehyun.

"Kalau kau jadi Wendy, mesti kau akan faham. Kau patut bersyukur yang dia masih hidup tau? Bukan selalu abang aku jatuh cinta," kata Chaeyoung. Jaehyun tersenyum sinis.

"Bersyukurlah sangat," jawabnya, sinis.

Kerana geram, Chaeyoung mencucuk lesung pipit Jaehyun dengan tiba-tiba.

"Yah! Apa yang–"

"Kau ada lesung pipit rupanya. Comel," ujar Chaeyoung sambil tersenyum comel. Dia mencucuk-cucuk lesung pipit itu tanpa henti. Jaehyun cuba menghentikan Chaeyoung.

Saat itu, Chaeyoung tersepak batu sehingga membuatnya hampir terjatuh ke belakang. Dengan pantas Jaehyun menangkapnya. Pinggang Chaeyoung dipegang kemas.

"Argh!"

Mereka bertatapan lagi. Jantung Chaeyoung berdegup kencang sekarang. Jaehyun tak dapat melarikan pandangannya.

Was there something I could've said to make your heart beat better?

...

(C)(CANNIBAL) The KingWhere stories live. Discover now