Chapter 33

21 12 28
                                    

Sudutan episode lepas,

Yae telah berjumpa dengan The Highest Level Magician, Lucas satu-satunya magician yang berambut Hitam dengan mata ruby red miliknya.

Bukan itu sahaja Yae telah berjumpa dengan Lynn yang merupakan Pelatih di Light Tower di selatan dan merupakan bekas pengawal istana di Eslain Kingdom.

Menurut Lynn Lucas adalah Highest Level Magician yang ketiga, yang masih menjadi tanda tanya dalam diri Yae ialah, Lynn telah disahkan meninggal dunia namun kenapa Yae masih boleh berhubung dengan Lynn yang telah meninggal dunia.

Apa lagi misteri yang Yae perlu selesaikan satu persatu. Sekarang, dirinya masih di dalam dilema mengenai segala misteri yang masih belum terungkaikan olehnya satu-persatu.

Sudah hampir 2 minggu Yae berulang-alik dari biliknya ke library istana untuk mencari segala buku-buku mengenai magis. Seolah-olah dirinya mencari jawapan mengenai pengembaraan masa mahupun tentang dunia selari. Mungkin jawapan kepada sesuatu yang dia pun tidak pasti apakah ia.

"Kalau dia tak nak ajar aku, aku akan belajar sendiri! Ingat dia hebat sangat ke puii!!" begitu lah kata-kata yang selalu Yae ucapkan untuk meningkatkan semangatnya untuk belajar, Walaupun tak padan dengan rupanya yang seperti bocah, boleh tahan merapu juga perangainya.

Setelah sekian lama dia membaca buku tebal tersebut akhirnya terbaring di lantai, Yae mengeluh perlahan mengenang nasibnya ketika itu.

"Ahhh susah lah bahasa es ni, satu benda aku tak faham berkali-kali aku baca pun aku tak faham siot lah, padahal tak jauh beza pun dari bahasa english" Yae mula memejamkan matanya untuk berehat sejenak.

Secara tiba-tiba suasana sekeliling berubah menjadi gelap dan entah dari mana serangan dari pedang merah yang seakan berlumuran darah itu hampir menikam dirinya, namun Yae berjaya mengelak dengan melompak ke arah belakang.

Huh? aku? aku kat mana ni? Bukan aku di library ke tadi? ugh...kenapa dengan udara di kawasan ni?

ahh, sakitnya dada aku...

Si..siapa pula dia tu..

"Kim Yaein finally aku jumpa kau...hahahhaha.."bunyi gema tapak kaki menghampirinya

"Si..siapa kau!!" Suaranya seakan bergema-gema ketika itu. Dia mula merasakan dirinya teramcam dengan aura kegelapan yang dia rasai ketika itu.

"Aku..kau kenal aku siapa, kau pernah jumpa aku berkali-kali"

"Aku tak ada masa nak main teka teki dengan kau!"jerit Yae, ketika itu dia merasakan dirinya di dalam mode dewasa atau di badan sebenarnya.

 "Chills, aku mungkin adalah takdir kau? atau mungkin orang yang yang kau lari dari dulu sehingga lah aku jumpa kau lagi...kenapa kau lari, ahh mungkin sebab Dia bukan?"

"Kau takut, takut kehilangan Dia lagi, sampai bila kau ingin melindungi orang yang tak pernah hargai kau"

"Ahh kau bukan yeoja tu...Aku tahu kau siapa..." kedengaran suara gelak tawanya di dalam kegelapan membuatkan Yae mula mengengam penumbuk untuk dilepaskan ke wajah namja yang bermain-main dengannya.

Dengan samar-samar , wajah tersebut mula disinari cahaja dan menampakkan wajah sebenarnya, Rambut blonde yang pudar seakan golden,mata biru jewels yang seakan dark blue atau ombre blue-navy tersenyum memandang ke arahnya.

"oraenmanhi, Yae-shii"

Yae terus membuka matanya, kelihatan seluruh library di dalam keadaan gelap, jam menunjukkan pukul 8 malam, nampaknya Yae terlepas masa makan malam pada jam 7.

"Arghhhh!!!" Yae terduduk dan mengusap wajahnya berkali-kali. Dia mula menarik nafas dengan perlahan-lahan untuk melegakan dirinya.

"Ahh nampaknya aku terlepas  makan malam lagi!" Yae terus bangun dari baringnya setelah melihat jam di dinding perpustakaan.

[COMPLETE]The Time When I Met YouWhere stories live. Discover now