"Amy!! "
Jeritan Lucas dan Lucias itu membuatkan Jay yang kebetulan melalui koridor di luar bilik Amy meluru masuk ke dalam.
"Kau... Kau siapa! Apa kau buat kat adik aku! " Jay meluru masuk dan menyerang Lucas yang sedang mendukung Amy ke katil nya, namun lucas sempat memberhentikan masa.
"Lucas! Apa kau buat ni! Jangan hentikan masa sesuka hati kau!.. " marah Lucias ruangan masa semakin lama semakin terganggu dan Lucias merasakan itu sendiri.
"Apa kau kisah!? Jaga tepi kain sendiri je!" ujar Lucas dan menghilangkan diri selepas meletakkan Amy di atas katil.
"Haish" Lucias turut menghilangkan diri, dan memadamkan ingatan Jay yang terserempak dengan mereka.
"Huh? apa tadi tu..." Jay kebingungan sebentar, dia pasti dia melihat seseorang dalam bilik adik nya
"Amy..Amy...!" Jerit Jay namun tiada respon. Terus Jay meluru keluar memanggil Ayah dan ibunya.
Mendengar sahaja Amy pengsan, Ayahnya segera menyuruh Felix untuk menghubungi Your Holiness, Heika Demint.
Tak sampai beberapa minit, Heika pun sampai bersama pembantunya Jake.
"Dia pengsan lagi?"
"Baiklah..tinggalkan kitaorang sendirian" ujar Heika setelah masuk ke dalam bilik Amy.
"Aku tahu korang ada berdekatan, cepat muncul sebelum aku paksa korang keluar" ujar Heika dan duduk di birai katil, mengusap rambut Amy.
"Eh eh,orang tua ni, ko jangan sentuh dia" Ujar Lucas dan hal itu membuat Heika tersenyum.
"Korang pergi ke tahun 2016 kn.. korang nak ceritakan ke, biar aku cari jawapannya sendiri" ujar Heika dan membuka kipas nya.
"Nak cita apa, kau memang ada juga time tu" kata Lucas dan Heika hanya tersenyum , matanya melirik ke arah Amy yang terbaring kaku..
'aku terpaksa masuk campur juga akhirnya..'
"Tenaga Mana yang kau bekalkan kat dia tak cukup kuat nak stabilkan tenaga mana dalam badan dia. Bukan tu je, minda dan hati dia kelihatan teruk sejak dia sampai ke tahun ni. Baik korang jujur dengan aku, apa sebenarnya yang dah terjadi.." mendengar kata-kata Heika, Lucas dan Lucias pun duduk bersamanya di sofa.
Tenaga Mana adalah sesuatu seperti tenaga dalam badan dalam istilah magis.
"Anatasius, Amy tak sengaja memusnahkan makam kurungan soul Anatasius" ujar Lucas dan wajah Heika berubah.
"Anatasius..adik si blonde tu?? berabad-abad aku hidup,dengan tubuh badan aku yang macam ni,..."belum habis Heika cakap, Lucias sudah pun tergelak, sebab penampilan Heika yang seperti budak berumur 10-12 tahun.
Heika menjeling Lucias dan menendang kakinya.
"Aduh..sakit lah"
"Tahu pula sakit, aku belum habis cakap, kau dah menyampuk. Okay aku sambung balik, berabad-abad aku hidup dengan tubah cam ni, tak pernah lagi aku terfikir yang makam tu termusnah dengan cara tersadung batu je.. "
Lagi sekali Lucias ketawa terbahak-bahak.
Heika dan Lucas menjeling Lucias dan Lucias segera menutup mulutnya.
"Ni aku nak tanya, sejak bila korang jumpa balik dengan Amy kesayangan aku tu" sambung Heika lagi dan mendapat renungan maut dari Lucas .
"Sejak bila jadi Amy kesayangan pula ni" kata Lucas pula dan suasana kelihatan muram dan entah dari mana kilat menyambar dan angin taufan.
ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETE]The Time When I Met You
FanfictionHighest Story Rankings: Top 10 in #sliceoflife Annyeong, its been a while semenjak Author hiatus entah berapa tahun, so i'm back with my new story...it's kind of random genre but the main genre is fantasy, i hope you guys can support this story than...
![[COMPLETE]The Time When I Met You](https://img.wattpad.com/cover/243661025-64-k669144.jpg)