Chapter 43

12 12 2
                                    

Sedutan episode lepas, nampaknya mereka hampir mengalahkan Athernis namun siapa sangka yang Athernis bukan mudah untuk diperdayakan sebegitu sahaja. Setelah letupan berlaku dan pokok milik Athernis telah terbakar membuatkan Athernis tak mampu duduk tenang dan mula menunjukkan dirinya yang sebenar.

"Ha"

"Hahahaha"

"Korang ingat senang ke nak kalah kan aku" Athernis mula menunjukkan dirinya yang sebenar,

"Tsk, finally kau tunjukkan juga rupa sebenar kau" Yae tersenyum ketika mengingati rancangan yang mereka bincang beberapa hari yang lepas.

Apa yang berlaku beberapa hari yang lepas...

"Mwo kena buat dia merana? mcm mana?" tanya Lucias namun hanya senyuman yang diberikan.

"Jangan cakap, yang kau nak guna kaedah tu?" tanya Lucias lagi dan Yae hanya mengangguk perlahan.

"Kaedah apa?" Heika yang blur tak tahu cerita mula duduk berhadapan dengan Yae.

"macam ni, kita kan target Athy which badan dia yang kedua yang dia dah tanam sesuatu dalam tu, then kau..ambik benda tu then tunggu masa kau guna divine weapon kau untuk keluar dari lembah tu and buat comback, dan kau Heika, dia akan target kau dulu, so kau kena pura-pura macam kena sedut tenaga kau, tapi kau dah sediakan loceng ni untuk sealkan tenaga kau. so dia ingat aku tinggal sorang. Bila hanya ada aku dan dia, dia mungkin akan tunjukkan rupa sebenar dia.." Yae menyembunyikan perasaan takutnya untuk teruskan semua ini.

" Dan aku akan gunakan Purify Blade untuk bangkitkan diri dia yang sebenar. bila dia rasa sakit, dia akan tunjukkan rupa sebenarnya dan meninggalkan badan Lucas dan perlukan badan yang baru, bila dia tak ada benda yang dia tanamkan tu, ianya semacam benda kecik yang dia keluarkan dari mulut dia dan tanam dalam badan mangsa dia untuk dijadikan perumah or badan dia." sambung Yae lagi dan Lucias mula rasa tak sedap.

"Sebenarnya Athernis ni apa?" akhirnya Lucias bersuara juga, dari dulu lagi dia nak tahu Athernis tu adalah mahkluk seperti apa.

"Imoogi, dia jelmaan ular,dia hmpir menemui potensi sebenar dia, sebelum hal itu terjadi kita kena bunuh dia dan..."

"Kau nak bunuh dia dengan terjun dari tebing kehidupan dan jatuh ke dalam sungai tu? yah!..kau tahu tak..kalau kau buat macam tu kau akan mati dan tak akan kembali ke dunia nyata." Lucias merenung wajah Yae, namun Yae seolah-olah sudah menyangkakan semuanya.

"Aku tahu..sekurang-kurangnya korang selamat..." Air mata Lucias mula mengalir perlahan mengingati perbincangan mereka tempoh hari

'walau apa pun yang terjadi aku tak akan benarkan dia terjun bersama Athernis'

"Jadi ni rancangan korang huh?" ujar Athernis memandang Yae di hadapannya.

"Kau dah tak boleh masuk ke badan sesiapa tanpa benda ni kan?" Yae mengeluarkan sesuatu dari poketnya, sebuah sisik untuk Athernis membuat badan baru.

"Dan pokok tu...badan kau ditanam kat situ kan?" Yae seolah-olah bukan dirinya lagi,Dia mula tersenyum dan ketawa, seoalah-olah dirinya sangat sakit,

"Kau tahu, kau ambik family aku, kau bunuh diaorang, kau posses pakcik Anata kau tahu tak kau buat apa! selama ni apa yang aku fikir bukan lah nyata , apa yang aku rasa bukan lah nyata, apa yang aku nampak semuanya ilusi semata-mata," langkah Yae mula melemah, udara di kawasan itu semakin sukar untuk bernafas, Yae tahu yang Athernis ingin melarikan diri dengan cara licik, namun dia tak mampu kerana kuasa Purify di kawasan itu sangat kuat sehinggakan tak mampu dipecahkan.

"Kau ingat aku takut dengan kuasa korang huh?" Athernis mula masuk ke permainan dan menyerang mereka dari belakang dengan pisau melayang entah dari mana membuatkan  lengan baju Yae terkoyak dan luka.

[COMPLETE]The Time When I Met YouWhere stories live. Discover now