Chapter 29

24 12 16
                                    

Musim bunga berlalu pergi meninggalkan bunga-bunga yang keguguran di bawa angin, deruan ombak semakin kedengaran, dengan daun-daun hijau yang berterbangan ditiup angin, seperti musim panas semakin tiba ke permulaannya, 

Sejak beberapa bulan yang lalu, kehidupan semua orang bertambah baik, namun bukan bagi Min yang masih di dalam dilema, walaupun hari persekolahan telah tiba, Min meminta untuk tidak menghadiri ke kelas untuk sementara waktu kerana dia terpaksa menguruskan beberapa hal kerajaan yang terbengkalai sejak kemangkatan ayahandanya itu, 

Mayat Jun yang turut terkorban dalam peristiwa pada malam itu di makamkan bersebelahan makam ibunya Lady Weiya, Min tidak lah sekejam yang disangkakan, Benci bagaimana pun dia dengan Lady Weiya, dia tetap menyuruh Felix untuk memakamkan mayat Lady weiya yang bentung itu.

Walaupun Min masih muda dengan usia yang belum mencapai 19 tahun, sememangnya tidak layak untuk menguruskan sesebuah kerajaan namun berkat bantuan Felix dan Han, kerjanya jadi lebih mudah, 

Min masih mencari sesuatu yang diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan tenaga mana dalam badannya, dia juga perlu mencari sumber kekuatan lagenda iaitu Lightsource bagi menentang kuasa kegelapan milik Athy yang digelar Darksource.

Sejak hari terakhir dia menjejakkan kakinya ke Istana, wajah namja yang ia samar-samar terlihat talkala tertidur di bawah pokok sakura itu masih terbayang-bayang di ingatannya, sejak hari itu, dia tidak pernah berjumpa lagi dengan namja tersebut, atau merasakan kehadirannya,hanya haruman Citrus Lemon itu sahaja yang terhidu selepas dia terbangun dari lenanya, Sebuah kotak music ditinggalkan bersama sebuah rantai dan sepucuk surat yang Min masih belum dibaca.

Min tidak pulang ke rumah sejak dia terbangun dari lenanya itu dan lagi sekali semua orang kecoh dengan kehilangannya yang tidak diketaui kemana keberadaannya. Min ketika itu sedang dalam misi mencari sesuatu yang dia perlukan semasa pertarungan epicnya dengan lucas,

Sehingga kini, masih menjadi tanda tanya keberadaan Lucias setelah malam pertarungan epic antara highest magician, Lucas itu, Walaupun Heika mengatakan Lucias telah tewas pada malam itu, namun bagi Min Lucias masih ada bersama mereka,

 Mayat Lucias masih tak terlihat badannya, seakan-akan musnah menjadi abu, menjadikan semuanya kekal misteri, Firasatnya mengatakan yang Lucias masih hidup, namun Min mula menerima hakikat tentang kepergian Lucias selamanya,

Setiap perancangan yang akan di buat akan di fikir sehabis baik, Min tak akan buat kesilapan yang sama dan membuatkan rakan-rakan dan keluarganya terkorban lagi sekali..

"Tu...tuanku??" Ketibaan Min di hadapan pintu pagar sekolah pada masa lunch itu membuatkan semua pelajar dan guru memandangnya dengan mata yang tak berkedip tak percaya yang di hadapan mereka adalah Kim Yaemin yang dilapurkan hilang hampir 2 bulan,

"Min?" Ren kebingungan melihat keadaan Min yang agak menyedihkan itu dengan kotoran di baju dan debu-debu pasir di wajahnya.

"Min kau pergi mana, tahu tak lepas kau pergi hari tu, kitaorg tak dapat kesan kau..." Rin memeluk erat tubuh Min yang seperti tidak makan dan tak terurus itu.

"Aku dah jumpa...Lightsourse tu.." bisik Min perlahan dan akhirnya jatuh pengsan setelah hampir 2 bulan menghilangkan diri sejak bulan march menjelma(permulaan musim bunga)

Seakan panik, Ren pun terus mendukung Min terus ke menara jam sekolah iaitu ke bilik president pelajar milik Min.

Setelah keadaan diri mereka tenang sedikit, Rin pun menuangkan air teh ke cangkir Ren. Mereka mula berbual tentang apa yang Min katakan sebentar tadi.

"Lightsourse?apa benda pula tu?" bisik Ren perlahan dan teringat yang dia ada melihat tatu pedang putih di lengan Min.

"Kejap...tatu tu..."

[COMPLETE]The Time When I Met YouWhere stories live. Discover now