Sejak terjadinya kes histeria di sekolah tersebut, mula hadir rumor tentang sebuah buku sumpahan yang kononnya berhantu dan barang siapa yang membaca mahupun menjumpai buku itu akan menjadi mangsa seterusnya dan hilang tanpa kesan mahupun maut dengan keadaan yang mengerikan.
Buku novel itu bernama The Princess Memories, yang mengandungi rahsia terbesar tentang sebuah kerajaan pada masa dahulu, apa yang berlaku suatu ketika dahulu, maklumat sulit dan kandungan bacaan yang tidak patut dibaca oleh sesiapa terutamanya melibat tentang rahsia keluarga di raja pada zaman itu.
Namun buku tu khabarnya sentiasa muncul ketika seseorang itu mempunyai masalah, kononnya buku itu mampu menghilangkan rasa gusar dalam hati pembaca, namun siapa tahu bahawa buku itu mempunyai sumpahan, sesiapa yang membaca, menemui, menyentuh, mahupun melihat akan menjadi mangsa seterusnya,
Khabar angin tentang mangsa hilang itu akan ditemui 1-2 minggu kemudian dengan keadaan yang mengerikan seakan-akan darah di sedut kering dari badan.
Pasukan khas misteri milik Double L sudah menyiasat pekara ini selama bertahun-tahun namun buku itu bukan mudah untuk di jumpai, kebanyakan nya palsu, buku yang sebenar masih tidak di jumpai sehingga kini, hanya mangsa sahaja yang tahu rupa dan kadungan buku tersebut, namun rata-rata mangsa yang terlibat sudah pun meninggal dunia. Tiada satu pun mangsa yang terselemat.
Buku itu adalah buku yang sama Amy si pelajar kolej malang yang meninggal kerana penyakit misteri yang di katakan kanser stage 4.
Kenapa tetiba ungkit season 1..dgr dulu...nanti author terangkan kenapa..bersedialah..
Buku yang sama itu pernah menjadi bualan hangat beberapa tahun yang lalu.
Peningkatan kes kehilangan remaja bermula 7 tahun yang lalu sehingga kini masih berlaku, namun dapat di kawal, semua library sentiasa di periksa dan di renovate agar tiada unsur-unsur yang boleh membahayakan para penduduk terutamanya pelajar perempuan.
Sehinggalah hari itu..............
____________________________________
Setahun berlalu sejak Min dan Rin bersekolah di Sekolah tinggi Elite itu,
Tibalah tahun pertama menjadi senior dan merupakan Ketua president bagi Min, di mana dia tidak pernah mahu disanjungi seperti seorang puteri sejak hampir 2 tahun bersekolah di situ.
Semenjak dia masuk di situ, pengetua asyik mendesak dia untuk jadi ketua president walaupun ketika itu dia masih seorang junior dan atas desakan semua pengajar akhirnya dia bersetuju setelah berjaya membuktikan kemampuan dia sebagai seorang pelajar yang paling pintar dan berkebolehan di sekolah itu.
Namun, jawatan dia sebagai Ketua President di rahsiakan dari semua pelajar sehingga lah tarikh perlantikan ketua yang baharu setelah Ren lulus sekolah tinggi.
Tahun itu merupakan tahun terakhir Ren dan sememangnya menjadi tugas dia untuk menjaga di hadapan pintu masuk sekolah dan....orang yang selalu lambat adalah..
"Yeah..Sempat!" Jerit Min dan Dap di hadapan Ren yang bertugas di hari itu. kadang-kadang min menari mahupun menyanyi di hadapan Ren.
"Tak sempat!" Ren memukul kepala Min dengan kertas yang dia bawa.
"Ish kau ni tak sporting betul! Naneun..gongju da!" bisik Min dan berlalu pergi
"Haish apa lah nasib aku yang sentiasa di ugut dengan status kau seorang puteri.." bisik Ren perlahan dan Pengetua Park pun mengeluh.
"Apa lah nasib" ujar mereka serentak.
Di dalam kelas Min dan Rin duduk bersebelahan dan mula bergosip tentang sesuatu.
YOU ARE READING
[COMPLETE]The Time When I Met You
FanficHighest Story Rankings: Top 10 in #sliceoflife Annyeong, its been a while semenjak Author hiatus entah berapa tahun, so i'm back with my new story...it's kind of random genre but the main genre is fantasy, i hope you guys can support this story than...