3 | 𝐛𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐨𝐬𝐨𝐧𝐠

566 240 6
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

𝐛𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐨𝐬𝐨𝐧𝐠

Alessia hanya tersenyum sahaja hari ini, memandangkan urusannya juga hampir selesai dan Alessia akan cuba untuk selesaikan masalah ini apabila tamat sahaja cuti semesta kali ini.

Alessia amat berharap dengan bantuan abang Aina ini, kerana Alessia telah berjanji dengan ibunya yang dia mahu menolong ibunya untuk selesaikan masalah ini.

Alessia teringat perbualan mereka berdua beberapa minggu yang lalu. Ketika itu, Alessia sedang menemani Puan Amanda untuk menyiapkan makan malam dan pencuci mulut.

"Boleh Alessia tolong ibu?" Alessia bertanya. Puan Amanda yang ketika itu sedang sibuk memotong sayur terhenti.

"Hmm, kau nak tolong aku? Tolong aku selesaikan masalah ni." Puan Amanda membalas.

Belum sempat aku membalas, dia memotong percakapanku. "And sebagai balasan, aku akan maafkan kau."

Alessia terkedu dengan balasan Puan Amanda, dan keluarganya akan menjadi bahagia semula?

Puan Amanda terus menyambung kerjanya memotong sayur. Hanya kedengaran bunyi potongan dari papan pemotong dan bunyi kipas yang dipasang oleh Alessia. Keadaan ini berterusan sehingga dia sudah menyiapkan makan malam dan pencuci mulut.

Selesai sahaja, kami sekeluarga hanya berbual kosong sebelum aku sendiri naik ke tingkat atas untuk merehatkan diri dan akhirnya, tertidur pulas kerana terlalu mengantuk.

Lamunannya terhenti apabila terasa yang telefon bimbitnya sedang bergetar, dia melihat nama yang tertera di skrin telefon.

"Adrran?" Nama seseorang meniti di bibir Alessia. Bukankah sekarang ini waktunya jejaka ini berehat?

Tangannya mencapai telefon yang sedang berdering, jarinya digeserkan ke skrin telefonnya.

"Hello?" Kedengaran sapaan dari Adrran. Alessia hanya mampu tersenyum nipis mendengar suara deep milik Adrran.

Rutgers University, New Jersey, America Syarikat. Itulah yang menimbulkan perbezaan waktu 12 jam antara mereka berdua.

Alessia mengeluh berat. Adakah hubungan ini bakal berjaya? Jika mengikut perkiraanku, tahun ini sudah masuk tahun yang ke empat hubungan mereka berdua.

Muhammad Adrran Shah. Alessia bukannya tidak percaya pada lelaki itu... Namun hati ini terasa ragu ragu. Adakah Alessia cuma bertepuk sebelah tangan?

Dan, petang itu hanya di penuhi dengan Adrran yang meluangkan masanya dengan Alessia.

__________

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now