ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Alessia dapat merasai bahunya ditepuk. Matanya dibuka secara perlahan-lahan cuba untuk membiasakan diri dengan cahaya matahari yang terik.
"Hoi, kau tak nak bangun ke?" Kedengaran suara Ishraf mengejutku. Ishraf mengundurkan sedikit badannya, memberikan Alessia ruang untuk keluar dari tempat duduknya.
"Em, kita ada dekat mana ni?" Sempat juga Alessia menguap sebelum melontarkan soalan kepada Ishraf. Alessia sedar soalan yang dia tanya tadi agak klishe.
"Kita dekat RnR ni. Diorang nak berhenti kejap. Nanti dalam setengah jam, baru gerak balik." Ishraf menjawab dan dia terus berjalan ke arah pintu keluar bas tersebut.
Alessia hanya mengangguk sebelum turut berjalan kearah pintu keluar. Sempat juga Alessia berhenti untuk melihat jika dia ada tertinggal apa-apa barangan.
Rambutnya yang serabut di betulkan terlebih dahulu, pipinya ditepuk-tepuk perlahan, agar dapat menghilangkan rasa kantuk.
Seusai saja Alessia turun dari bas, Aina dan Tasha terus mengajaknya untuk ke gerai makan yang disediakan.
Ishraf? Dia sedang bersembang dengan kawannya sambil bersandar pada badan bas tersebut. Almaklumlah, lelaki. Mana pernah serik nak bersembang, mengalahkan perempuan pula.
"Em, weh. Sorry tau sebab tinggalkan kau sorang-sorang tadi." Tasha mengukir senyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Oh, pasal tu. Tak apa, asalkan aku dah ada tempat duduk pun dah cukup baik." Alessia menarik senyum.
Sampai sahaja digerai, kami bertiga mula melihat jika ada tempat duduk yang kosong dan... Jumpa!
Alessia mula menepuk bahu Aina. "Weh, tu ha ada tempat tu. Jom jom!" Alessia mula menarik Aina dan Tasha untuk mengikut jejak langkahnya.
"Woi, sabar jap! Aku tak habis lagi beli makanan ni!" Aina mula merengek, dia ni dengan makanan berpisah tiada.
"Ish, kita pergi 'cop' dulu tempat duduk tu lah! Nanti orang ambil, padan muka!" Alessia terus meninggalkan mereka berdua di belakang.
Akhirnya, dapat pun tempat duduk. Alessia terus melabuhkan punggung di kerusi. Belum sempat Alessia ingin duduk dengan selesa, si Ishraf and the gang datang. Untuk apa? Meminta simpati sebab semua tempat memang dah penuh.
"Woah, kau berjalan ke apa doh. Penat kitorang cari kau! Eh asal ni?" Tasha merungut dan dalam masa yang sama bertanya tentang keberadaan Ishraf di tempat duduk mereka.
"Diorang nak duduk sini. Boleh ke?" Alessia meminta pendapat mereka berdua. Nanti kalau dia sahaja yang buat keputusan, rasa tidak adil pula kan?
"Hmm, bagi jelah diorang duduk. Kesian, tempat lain memang dah penuh." Aina memberi kata putus.
Alessia mengangguk sebelum dia menyuruh Ishraf dan rakan rakannya agar duduk di tempat tersebut.
Mereka semua pun duduk dan mula menyantap makanan masing-masing.
Keadaan diantara mereka, senyap sunyi. Hanya kedengaran suara suara pelanggan yang lain.
Habis sahaja makanan, kami mula kemas dan membersihkan meja supaya dapat digunakan pelanggan yang lain.
Mereka semua telah berjalan dahulu, hanya tinggal Alessia dan Ishraf sahaja di belakang.
"Weh." Ishraf cuba memecahkan suasana sunyi antara kami berdua. Alessia tidak menjawab panggilannya. Cuma, dia dapat lihat yang Ishrfa mula membuka jaketnya dan memberikannya kepada Alessia.

YOU ARE READING
𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦
Fiksi Remaja[ 𝐓𝐡𝐞 𝐄 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝐈 ] ❝𝐞𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦❞ n. a sense of sadness one experiences when realizing that one won't live to see the future. Alexander Ishraf Hans Jejaka kacukan Malaysia-Amerika ini menjadi kegilaan ramai setiap tahun. Set...