15 | 𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧

248 129 0
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧

Andrei dan Alessia di letakkan di bilik yang sama dengan arahan keluarga mereka.

Encik Yusri, ayah kepada Alessia dan Andrei terkejut mendengar apa yang berlaku kepada anak-anaknya.

Encik Yusri runsing dengan apa yang berlaku.  Semua kakitangan tidak mengetahui apa yang berlaku kepada mereka berdua sehingga kehilangan kesedaran.

Erangan terdengar. Encik Yusri terus bangun. Melihat Andrei yang bersandar pada kepala katil sambil memegang kepalanya.

Andrei yang baru tersedar terus mencari Alessia. Dia terus duduk sebelum mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya yang berbalut.

"Ma..mana adik?" Alex bertanya Encik Yusri. Dia melihat sekelilingnya sebelum terpandang tirai yang menutupi ruangan sebelah.

Tangannya di panjangkan, ingin menyelak tirai yang menutupi ruangan sebelah. Namun di halang oleh Encik Yusri.

"Jangan kacau adik kamu tu. Dia masih lagi belum stabil."

"Belum stabil? Maksud ayah?" Andrei memandang Encik Yusri.

"Dia tak ada cerita apa apa dekat kamu ke?" Encik Yusri bertanya. Pelik sebab Andrei tidak tahu.

Andrei menggeleng, memang waktu dia masuk je, Alessia dah meraung macam orang tak betul.

"Tak apalah, kamu tunggu je adik tu cerita dekat kamu. Kalau ayah cerita karang, takut ke lain je nanti." Andrei hanya mengangguk.

Encik Yusri bangun, ingin melangkah keluar. "Ayah nak pergi mana tu?" Andrei memandang Encik Yusri yang sedang melangkah keluar.

"Ayah nak beli makanan kejap. Nanti kalau ada apa apa, roger je okay?" Encik Yusri terus keluar menuju ke kafeteria hospital tersebut.

Erangan dari tirai sebelah kedengaran, Andrei yang mulai risau terus menyelak tirai tersebut. Alessia yang cuba untuk duduk terkejut.

Alessi yang terkedu melihat keadaan abangnya itu, terus menggamit Andrei agar mendekatinya.

Alessia membelek balutan di kepala Andrei sebelum digosok perlahan kawasan cedera tersebut. Dia sedar abangnya begitu kerana olahnya sendiri.

"Kau okay tak?" Alessia bertanya kepada Andrei, suaranya bertukar sebak. Apalah salah yang abangnya telah buat sehingga menjadi mangsa dirinya melepaskan amarah?

Andrei mengangguk sambil mengenggam tangan Alessia yang sedang menggosok kepalanya yang sedang berbalut, terasa ngilu apabila adiknya berbuat begitu.

"Aku okay." Andrei terus memeluk adiknya yang seorang ini. Dialah tempat bergurau, menangis dan bergelak ketawa.

Kalau dia jadi macam ni, aku memang dah tak ada tempat untuk berpegang teguh. Dialah satu-satunya tempat aku.

"Aku minta maaf pasal semalam. Ak..aku be..betul tak boleh kawal di..diri aku se..semalam." Alessia terisak isak. Menyesali tindakannya yang menyebabkan kecederaan kepada orang lain.

Andrei hanya menggeleng. "Aku lelaki tau. Mana boleh selalu masuk hospital macam ni. Buat malu jantina je. Kau tahu tak?" Andrei menunjal dahi adiknya. Dia tergelak kecil sebelum memeluk pinggang Alessia.

Meletakkan gadis itu di dadanya, fikirannya menerawang ke tempat lain. Tangannya bergerak ke arah kepala adiknya sebelum bermain dengan rambut milik Alessia yang panjang mengurai tersebut.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now