26 | 𝐭𝐚𝐥𝐤

131 62 1
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

"Alessia, buka pintu ni." Alessia yang sedang tidur, terkejut mendengar bunyi pintu biliknya yang diketuk ketuk.

Alessia terus bangun dan dengan terhuyung-hayangnya, dirinya berjalan ke arah pintu. Tombol pintu dipusing dan Alessia menjengulkan mukanya untuk melihat siapa yang mengetuk.

"Ke..kenapa, kak?" Alessia menguap sebaik sahaja bertanya kepada Aryna tentang keberadaannya di biliknya.

"Oh, kamu tengah tidur ke? Maaf akak ganggu." Aryna yang ingin berjalan pergi itu Alessia halang.

"Eh, takpe kak. Masuklah." Alessia membuka pintu biliknya seluas yang boleh memberi ruang untuk Aryna masuk.

Aryna terus berjalan masuk dan cepat cepat menyuruh Alessia untuk menutup pintu bilik.

"Em, kenapa kak?" Alessia terus melabuhkan punggungnya pada birai katil.

"Oh ya, mula mula akak nak minta maaf pasal Ishraf tadi ya."

Terkedu Alessia seketika mendengar wanita itu meminta maaf. "Ta..takpe kak, saya yang sepatutnya minta maaf sebab buat dia marah."

Aryna hanya mengukir senyum nipis, dia juga turut berjalan dan duduk juga pada birai katil.

"Boleh akak tanya sesuatu?" Alessia tersenyum seraya mengangguk, membenarkan Aryna bertanyakan soalan kepadanya.

"Kamu kenal Ishraf berapa lama?" Ketika mengutarakan soalan ini, riak wajah Aryna betul betul serius. Bagaikan ada sesuatu yang melanda hatinya.

Namun, belum sempat Alessia membuka mulut. Telefon Alessia berdering minta diangkat.

Alessia terus memandang muka Aryna, meminta izin untuk mengangkat panggilan tersebut.

Aryna terus mengangguk, membenarkan. Dengan cepatnya Alessia terus menjawabnya.

"Hello?" Terdengar suara lelaki yang agak berumur disebalik telefon tersebut. "Suara ni.. suara ayah.." Alessia bergumam sendiri.

"Hello, ayah. Ayah apa khabar? Alessia minta maaf ya, kalau beberapa hari ni Alessia jarang call ayah." Senyuman yang agak nipis dicarik.

Serba salah sahaja menjawab begitu pada ayahnya, namun apakan daya. Dia hanyalah seorang tebusan yang ditukarkan di sini.

Aryna yang mendengar perbualan Alessia itu hanya tersenyum. Agak terkelu juga dia sebenarnya apabila mendengar jawapan Alessia tadi.

Teruk sangatkah layanan adiknya pada wanita muda ini? Adakah lelaki itu selalu menyakitinya tanpa dia ketahui?

"Iya, ayah. Jangan risau. Alessia okay je dekat sini." Alessia diam. Terubat sedikit rindunya apabila mendengar suara ayahnya.

"Jangan risau sangatlah, ayah. Ayah pergi jaga mak okay? Kirim salam dekat yang lain sekali tau? Assalamualaikum." Alessia terus memutuskan panggilan. Dia melihat ke arah Aryna sebelum tersengih.

"Sorry, kak. Saya buat akak tunggu lama ke?" Aryna hanya menggeleng, menidakkan apa yang dikatakan oleh Alessia.

"Kalau akak dekat tempat kamu pun, akak akan cakap lama lama juga dengan ayah akak." Aryna membalas.

Alessia hanya mengukir senyum tipis. "Akak tanya apa tadi?" Alessia menyuruh Aryna untuk mengulang semula soalannya sebentar tadi.

"Oh, akak tanya dekat kamu. Berapa lama kamu kenal dengan Ishraf." Selesai sahaja dia mengulang soalannya tadi, Aryna dapat melihat Alessia mengangguk.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now