ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦𝐜𝐨𝐧𝐜𝐢𝐝𝐞𝐧𝐜𝐞
Kegembiraan yang mula membalut diri, mula terhapus apabila Encik Taufik membuat pengumuman yang mengejutkan ramai pelajar.
"Maaf, pihak atasan telah membuat keputusan untuk membatalkan perjalanan balik kita semua." Berita tersebut membuat ramai beriak tidak suka.
"Apa ni, tadi kata boleh? Mesti korang semua ada rancang apa apa kan?" Ishraf menjerit tidak suka.
Terdengar bisikan bisikan yang mula ketakutan dengan apa yang dicakap oleh Ishraf.
"Tak, jangan risau. Kami tak ada rancang apa apa pun. Pihak atasan yang membuat keputusan secara mengejut. Mahu atau tidak, perjalanan balik kita semua mesti dibatalkan." Madam Helen bersuara bagi pihak Encik Taufik.
Si 'dia' yang berada dibelakang mula tergelak kecil, dan berlakon sedih.
'Dia' mula mengangkat tangannya keudara, ingin menanyakan soalan.
"Ya, ada apa?" Cik Hanis mula menenangkan pelajar untuk mendengar pertanyaan rakan mereka yang mula ditenggelami suara.
"Hm, bila kitorang semua dibenarkan balik? S..saya takut, dahlah tinggal saya berdua je dengan Lyn." 'Dia' mula menitiskan air mata.
"Jangan risau, kamu akan dibenarkan balik dalam masa terdekat. Kita cuma kena tunggu pihak atasan sahaja sekarang ni." Cik Hanis menjawab dan mendapat persetujuan dari semua pensyarah.
'Dia' mengangguk sambil mengesat air matanya. Lyn mula menarik 'dia' supaya dibawa kebelakang untuk menenangkan dirinya.
Alessia mula berdecit, tidak berpuas hati dengan apa yang sedang berlaku. Alessia terus bangun sambil menggalas beg miliknya.
"Hei, kamu nak kemana tu?" Panggilan Encik Taufik membuatkan semua orang memandang ke arah Alessia.
"Nak buat apa lagi? Pergi pasang khemah baliklah. Encik nak suruh kami duduk berapa lama lagi dekat sini?" Alessia mula menyuarakan ketidakpuasaan hatinya dan terus berjalan pergi.
"Detention for you, Alessia Cassandra. Memang tak ada adab ya bercakap dengan kami?" Madam Helen menggelengkan kepalanya, kesal melihat kerenah pelajarnya.
Alessia yang memang sudah tiada 'mood' hanya berjalan. Tidak mengendahkan lagi sesiapa.
'lantaklah apa yang nak jadi pun, yang aku tahu sekarang benda ni jadi makin pelik' monolog Alessia seorang diri.
Selepas kesalahfahaman tadi, Alessia dan Tasha tidak lagi satu khemah. Kini hanya tinggal kami berdua sahaja. Alessia sudah menceritakan semuanya kepada Aina.
"Weh." Alessia mencuit bahu Aina. Aina yang sedang berbaring mula mengiring menghadap Alessia.
"Hm, apa?" Aina memandang Alessia sambil menahan rasa kantuknya.
"Kau tak rasa pelik ke? I mean dengan semua ni. Lecturer kita tu mula mula bagi balik tau. Lepastu tak bagi pula." Alessia menyuarakan perasaan yang menyelubunginya saat itu.
YOU ARE READING
𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦
Novela Juvenil[ 𝐓𝐡𝐞 𝐄 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝐈 ] ❝𝐞𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦❞ n. a sense of sadness one experiences when realizing that one won't live to see the future. Alexander Ishraf Hans Jejaka kacukan Malaysia-Amerika ini menjadi kegilaan ramai setiap tahun. Set...