ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦𝐃𝐢𝐚
'Ceh, malang betul nasib aku harini. Sudahlah tadi lambat submit assignments. Lepas itu, disebabkan ada student yang bising, kami semua didenda untuk menulis karangan 1000 patah perkataan.'
Alessia mengeluh. Teringat kembali kejadian tadi.
Keadaan kelas yang agak bising tadi kerana baru habis sahaja waktu rehat mula diam apabila Madam Helen melangkah masuk kedalam ruangan kelas kami.
"Tolong senyap ya, saya mahu berikan satu pengumuman. Minggu hadapan, kamu akan menjawab exam untuk mid-sem dan saya amat berharap sangat kamu semua dapat berikan yang terbaik untuk peperiksaan kali ini."
Kami semua mula memandang antara satu sama lain dan kebanyakkan menunjukkan reaksi yang tidak senang hati.
Suasana kelas yang sunyi itu, mula kedengaran suara bisikan dan percakapan tentang apa yang diumumkan oleh Madam Helen sebentar tadi.
"Tolong senyap. Saya belum habis cakap lagi, kenapa kamu semua bising sangat ni. Tak boleh nak bawa bersabar ya?"
Suara suara itu mula menghilang tetapi masih lagi kedengaran percakapan pelajar yang degil.
"Baiklah, memandangkan ada pelajar yang tidak mendengar arahan saya sebentar tadi. Saya akan denda kamu semua untuk menulis karangan berjumlah 1000 patah perkataan dan kamu mestilah tulis sebab kamu memilih course ini sebagai pilihan untuk kerjaya kamu dan kamu perlu hantarkan kepada saya sebelum petang ini. Terima kasih."
Madam Helen terus melangkah keluar dari kelas dan meninggalkan kami yang hanya mampu tercengang dengan tugasan yang diberikan sebentar tadi dan kebanyakkannya menyalahkan pelajar yang bercakap sebentar tadi.
Madam Helen menghentikan langkahnya dan berpusing kearah kami semula.
"Oh ya, sebelum saya terlupa. Minggu depan pihak kolej akan berikan senarai nama untuk pelajar yang wajib menyertai kem musim panas dan saya mahu kamu semua turut serta dalam aktiviti ni, faham? Melainkan kamu semua ada hal yang mustahak dan kecemasan. Itu saja yang saya ingin pesan. Terima kasih sebab fokus ya."
Sempat juga Madam Helen meninggalkan perlian kepada kami semua sebelum dia melangkah keluar dari dewan.
Kini, kami semua pelajar yang didenda sedang berkumpul mengikut course dan berbincang bagaimana untuk menulis karangan tentang sebab-sebab kami semua memilih course yang sedang kami ambil.
Secara tiba-tiba, kedengaran suara jeritan perempuan yang kami yakin berasal dari tempat meletakkan kenderaan untuk para pelajar.
"Weh, kenapa diorang menjerit-jerit tu? Dah macam orang kena histeria je aku tengok." luah Ariel yang tampak tidak senang dengan suara jeritan tersebut.
"Korang nak pergi tengok ke? Kalau tak mahu, aku pergi dengan Aina je." Ujar Jessica. Sebelum mereka pergi, kami semua memesan minuman untuk menghilangkan rasa dahaga kami semua.
Semakin lama, semakin kuat jeritan yang mereka semua dengar sebentar tadi dan disebabkan itu, mereka hampir sahaja hilang sabar kerana jeritan itu amat mengganggu mereka untuk mengulangkaji pelajaran.

YOU ARE READING
𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦
Novela Juvenil[ 𝐓𝐡𝐞 𝐄 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝐈 ] ❝𝐞𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦❞ n. a sense of sadness one experiences when realizing that one won't live to see the future. Alexander Ishraf Hans Jejaka kacukan Malaysia-Amerika ini menjadi kegilaan ramai setiap tahun. Set...