ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦𝐠𝐚𝐝𝐮𝐡
Alessia membetulkan rambutnya, rambut yang panjang mengurai itu di ikat. Baju di belek, risau jika ada yang terkoyak tanpa di sedari.
Memastikan pakaian yang dipakainya sesuai dan tidak terlalu mencolok mata. Cermin dilihat sekali lagi, rambut di pegang dan di ubah kedudukannya sedikit dan, okay cun!
Telefon di ambil dan terus di masukkan ke dalam beg galas. Almaklumlah Alessia seorang yang agak pelupa. Beg di telek sekali lagi, memastikan semua barang keperluan untuk kem itu mencukupi.
'Okay, semua barang cukup!' Alessia bermonolog di dalam hati. Beg diletakkan ke atas bahu dan dibetulkan mengikut keselesaan.
Keadaan bilik dilihat, jika ada sebarang benda di dalam bilik ini yang tidak diletak kembali pada tempat asalnya kembali. Bakul baju kotor diintai, okay kosong! Jumpa lagi 2 minggu, bilik kesayangan! Akibat terlalu excited, Alessia tidak sengaja menghempas pintu biliknya dengan kuat.
Hampir termelatah Alessia dengan tindakan sendiri. Kepalanya di ketuk kuat, 'Ah bodoh! Kalau diorang terbangun macam mana! Haish.' Alessia mengutuk diri sendiri, pintu bilik ibu dan ayahnga di pandang. Tiada sebarang bunyi yang kedengaran, selamat!
Tangga dipijak dengan berhati-hati, takut jatuh je nanti. Tak pasal-pasal ke hospital. Sampai sahaja di tingkat bawah, ruang dapur dituju terlebih dahulu. Ingin mengambil sedikit makanan sebagai snek di perjalanan nanti.
Kitchen Island dibuka, sebelum mengambil bekas jem coklat dan tak lupa juga sebuku roti.
Alessia bernyanyi kecil sebelum jem coklat disapukan ke atas roti, kemudian dilipat menjadi lebih kecil supaya dapat menjimatkan ruang dan dapat meletakkan lagi banyak roti di dalam bekas.
Selesai sahaja Alessia membuat roti. Bekas yang mengandungi roti tersebut Alessia letakkan ke dalam beg galas. Tak lupa juga Alessia untuk mengemas kembali barang barang yang telah digunakan olehnya.
Pintu utama dituju, belum sempat Alessia memulas tombol pintu, ada satu suara yang menyapa Alessia dari aras atas. Itu... Suara ibu! Aduh, masalah lagi.
"Kamu nak ke mana?" Puan Amanda cuba untuk menarik tangan Alessia, menghalang Alessia untuk keluar dari rumah ni.
Alessia hanya diam, tiada niat untuk menjawab soalan yang dilemparkan oleh Puan Amanda. Alessia cuba melepaskan cengkaman tangan Puan Amanda dariku.
"Hei, aku tanya kau ni. Kau nak ke mana pagi pagi buta ni!" Suaranya mula naik seoktaf. Alessia hanya diam sembari matanya memandang ke lantai mermar itu.
Melihat keadaan mereka berdua yang hanya di isi dengan kesunyian, Alessia terus memusingkan badannya kearah pintu utama. Tombol pintu dipulas.
"Alessia nak keluar. Kolej ada buat kem. Kem tu 2 minggu. Alessia keluar dulu. Assalamualaikum." Pintu dibuka, dan Alessia terus menutup pintu utama itu dengan kuat, tidak menunggu lama kedengaran suara Puan Amanda yang menjerit dari belakang pintu yang sudah tertutup tersebut.
"Lepasni jangan balik terus! Merempatlah kau dekat mana mana, jangan tunjuk muka kau dekat rumah ni. Kau faham tak?" Puan Amanda menjerit, benarlah telahan hatinya, wanita itu benar-benar tidak menyukai kewujudannya dalam keluarga ini.

YOU ARE READING
𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦
Teen Fiction[ 𝐓𝐡𝐞 𝐄 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝐈 ] ❝𝐞𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦❞ n. a sense of sadness one experiences when realizing that one won't live to see the future. Alexander Ishraf Hans Jejaka kacukan Malaysia-Amerika ini menjadi kegilaan ramai setiap tahun. Set...