17 | 𝐜𝐚𝐥𝐥

214 122 1
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

call

Alessia yang sedang berjalan itu tiba tiba ditarik.

"Eh, apa ni. Main tarik tar.." Alessia memandang orang yang menarik tangannya sebentar tadi.

"Oh, kau. Asal?" Alessia memandang Laila yang menarik tangannya sebentar tadi. Kemudian menggosok pergelangan tangannya yang merah.

"Jauhkan diri kau dari Ishraf." Alessia mengerutkan dahinya.

'Asal semua orang nak suruh aku jauhkan diri dari Ishraf ni?' monolog Alessia sendiri.

Laila memetikkan jari di hadapan muka Alessia. "Hello, I'm talking with you." Alessia tersedar sebelum meminta maaf.

"I nak suruh you jauhkan diri you dari Ishraf sebab dia akan bunuh sesiapa sahaja yang dekat dengan you." Alessia mengerutkan dahi.

Alessia terus menekapkan tangannya di dahi Laila untuk memastikan sama ada Laila demam atau tidak.

Laila yang mulai rimas dengan tindak tanduk Alessia terus memegang dan menurunkan tangan Alessia. "I tak bergurau and thats the truth."

"Why semua orang nak suruh I jauhkan diri I? Why? Did he to dangerous or what? Why you guys cannot tell me!" Suara Alessia mula naik seoktaf, cukup lama dia memendam perasaan.

Laila hanya mengeluh. "Depends on you if you want to believe it or not. This is my first and last warning, just please stay away from him." Selepas sahaja Laila memberikan amaran yang 'terakhir' itu, dia terus melangkah pergi.

Alessia memegang dada kirinya. Alessia terus bersandar pada dinding. Rasa sakit mula menjalar ke urat sarafnya. Nafas yang mula tersekat Alessia mula kawal.

Sedikit demi sedikit, Alessia mampu mengawal rasa sakit tadi dan mula berdiri. Telefon yang berada di dalam poket Alessia gapai.

Nombor Andrei di cari. Selepas sahaja panggilan dijawab, Alessia terus straight to the point sahaja.

"Tolong ambil aku boleh?" Alessia berkata kepada Andrei.

"Ha, okay. Tunggu kejap, aku pergi dekat kau." Andrei terus memutuskan panggilan.

Sementara menunggu Andrei, Alessia kembali duduk di koridor yang kosong itu.

Derapan kaki seseorang kedengaran, Alessia berpusing melihat siapa yang menghampirinya. Lihat sahaja sosok itu, Alessia terus berdiri. Tidak kisah dengan keadaan dirinya yang masih agak lemah.

"Kenapa kau nak lari? Aku cuma nak tanya satu soalan je dekat kau." Sosok itu tersenyum sinis.

Alessia memegang penghadang koridor, kaki yang amat lemah dia cuba gerakkan. Berlari menyelamatkan diri.

Terdengar kekehan dari mulut Ishraf. Derapan kaki tadi kembali mengejar dirinya. 'sial, mana Andrei ni?' gumam Alessia sendiri.

"Keep running, babygirl. No one escape me before." Kata kata Ishraf sebentar tadi membuat Alessia meremang. Alessia terus memecut laju, mengabaikan rasa sakitnya.

Ishraf juga mula berlari, mengejar langkah Alessia. Alessia hanya masuk sahaja ke dalam mana mana bilik yang dirinya rasa kosong ketika itu sebelum mengunci bilik tersebut.

Dentuman di pintu, Alessia abaikan. "Buka pintu ni, Alessia! Cepat sebelum aku pecahkan pintu ni." Alessia mendengar Ishraf bersandar pada pintu bilik tersebut.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now