16 | 𝐪𝐮𝐞𝐞𝐧

248 125 1
                                    

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

queen

_____

If all of the kings had their queens on the throne
We would pop champagne and raise a toast
To all of the queens who are fighting alone
Baby, you're not dancin' on your own

❛Ava Max - Kings & Queen
_____

"Siapa kata aku nak berhenti? Banyak betul rumor keluar waktu aku tak ada eh." Alessia berjalan di koridor bersama Aina.

Setelah hampir seminggu di tahan di hospital bersama Andrei. Akhirnya, dia dapat kembali ke kolej seperti semula. Tetapi dengan syarat jangan terlalu stress. Itulah yang di pesan Doktor Hyejin kepadanya.

Andrei? Dia hanya goyang kaki di rumah sahaja. Almaklumlah, dah habis belajar. Itu pun katanya nak rehat dulu sebelum mula kerja.

Oh ya, Encik Yusri ada mencerita tentang kehilangan Puan Amanda kepada mereka berdua.

Encik Yusri bercerita bahawa dirinya terputus hubungan dengan Puan Amanda selepas sahaja Alessia pergi ke kem musim panas tersebut.

'manalah ibu pergi ya?' monolog Alessia sendiri.

"Weh, weh. Tengok tu!" Aina menjuihkan bibirnya ke satu arah.

"Apa benda kau ni, Ai..na." Kata kataku terputus apabila melihat Andrei yang sedang berada di koridor.

'bodoh, apa yang mangkuk ayun tu buat dekat sini?' Alessia mengumam.

Alessia terus berjalan pergi, meninggalkan Aina yang sedang sibuk meng'usha' Andrei.

"Woi, Alessia! Kau tinggalkan aku pula." Aina yang perasan Alessia telah pergi meninggalkannya terus mengejar Alessia.

Andrei yang sedang bersembang terus terhenti apabila mendengar nama adiknya disebut. Dia melilau mencari dari mana sumber suara itu datang.

Bingo. Andrei terus berhenti bercakap dan meninggalkan rakan rakannya. Dia berjalan melihat ke mana adiknya mahu pergi.

Dia berada di sini kerana majlis reunion bagi batchnya yang di adakan di dewan bawah. Semua alumni di benarkan untuk melawat kawasan kolej tersebut memandang sudah beberapa tahun dia tidak menjejaki kakinya di kolej tersebut.

'Ah, tak jadilah nak ikut. Tapi, aku nak kenakan dia sikit je' monolog Alex sendiri sambil tersengih sengih.

Alessia yang merasakan cukup jauh berjalan dari Andrei itu berhenti. "Kenapa kau nak lari dari abang kau?" Aina bertanya sambil termengah mengah mengambil nafas.

Alessia menggaru pipinya yang tidak gatal. 'aduh, nak kena cerita ke eh? lantaklah.' monolog Alessia sendiri.

"Okay, sebenarnya macam ni tau. Abang aku tu dulu pernah study dekat sini tapi tak lamalah sebab dia dapat tawaran nak pergi luar negara kan." Alessia menarik nafas panjang sebelum menyambung lagi cerita tadi.

"Then, dekat sini. Dia tu jadi budak paling popular tau. Aku tak nak diorang tahu yang Alex tu abang aku. Takut nanti semua terhegeh hegeh nak kawan dengan aku." Alessia menghembuskan nafas. Fuh, macam nak rapping eh dia bercerita tadi.

𝐇 || 𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦Where stories live. Discover now